06 : Ego Chanyeol

1.7K 191 35
                                    

"Okey class, berkumpul!" sekali lagi, Mr Kim meniup wisel sehingga menampakkan urat di lehernya. Pelajar terus berkumpul sebaik sahaja arahan diterima.

"Minggu depan mungkin saya tak jalankan kelas PE jadi, sila buat ulangkaji di kelas dan jangan nak ponteng. Arachi?"

Mr Kim melihat satu persatu wajah anak muridnya. Mereka terus mengangguk laju.

"Okey, class. Bersurai!!"

---

( Yuri's pov )

Akhirnya tamat jugak kelas PE. Rasa bertahun pulak aku tunggu kelas ni untuk tamat. Terpaksa duduk berdua dengan budak baru pulak tu. Kekok duh.

Tapi sekarang ni, aku tak kisah sama ada aku kekok atau tak pasal budak baru tu. Aku cuma risaukan Chanyeol.

Ya, aku risaukan abang aku, Chanyeol.

Tadi, aku ternampak dia jatuh tersungkur waktu tengah main bola keranjang dengan classmatenya. Tak tahu lah teruk ke tak kecederaan tu tapi aku teringin nak tahu keadaan dia.

"Wonwoo, saya pergi dulu ya." kata aku mengundur diri. Actually, dari tadi aku nak undur diri tapi tak tahu alasan apa yang perlu aku guna hoho.

Wonwoo hanya mengangguk sebagai jawapan. Fuh ! Nasib baik dia tak tanya macam-macam.

Aku pun melajukan langkahku menuju ke bilik rawatan. Aku pasti, Chanyeol sekarang tengah berehat di bilik tersebut memandangkan dia mengalami kecederaan.

Tiba sahaja aku di hadapan bilik rawatan, aku menghendap sedikit melalui tingkap untuk memastikan sama ada Chanyeol ada di dalam ataupun tidak.

Dan ya. Dia memang ada di dalam tengah duduk berehat di sebuah katil. Kawan baiknya, Baekhyun juga ada bersama.

Mereka berdua tengah rancak berborak. Entah apa yang mereka borakkan tapi syukurlah kecederaan dia tak seteruk yang aku sangka. Lega sikit rasa hati.

"Yuri?"

Suara seseorang memanggil nama aku dari arah belakang membuatkan bahu aku terhinjut sedikit sebab terkejut. Dengan pantas, aku menoleh ke arah tuan empunya suara.

"J-jongdae sunbae?"

Jongdae tersenyum manis ke arah aku. Di tangannya terdapat sebungkus plastik berisikan makanan dan sebotol air minuman. Mungkinkah itu untuk Chanyeol?

"Nak jenguk Chanyeol ke?" pertanyaan Jongdae membuatkan lidah aku terkelu seketika. Aku tak tahu sama ada aku perlu jawab atau elak pertanyaan Jongdae itu.

Belum sempat aku hendak bersuara, pintu bilik rawatan dikuak perlahan. Kepala Baekhyun muncul di sebaliknya.

"Eo, korang nak masuk ke?" tanya Baekhyun sambil matanya memandang ke arah aku dan Jongdae secara bergilir. Ikutkan hati, aku memang nak masuk tapi aku cuma takut kalau Chanyeol masih marah dengan aku.

"Kitorang nak masuklah ni. Jom, Yuri." belum sempat aku hendak menjawab, Jongdae telah menolak bahu aku terlebih dahulu untuk masuk ke dalam.

Baekhyun pula mengikut rapat dari sisi.

Perlahan-lahan kami bertiga menghampiri Chanyeol yang tengah baring dengan selesa di katilnya.

"Yeol-ah!" panggil Jongdae. Aku segera memerlahankan langkahku tatkala kepala Chanyeol berpaling ke arah kami.

Mujurlah Jongdae berjalan di hadapan aku. Dapat juga badan aku yang kecil ni berselindung di sebalik dirinya yang tinggi itu.

"Nah. Ini untuk kau sebagai tanda maaf aku sebab buat kau terjatuh tadi." kata Jongdae lalu menghulurkan beg plastik putih itu kepada Chanyeol.

Last Forever || WonwooWhere stories live. Discover now