15 : Let's have some fun

1.3K 168 6
                                    

Aku tak tahu apa yang perlu aku lakukan sekarang tapi yang pasti, aku nak larikan diri. Walaupun otak aku mengarahkan aku untuk berlari namun kaki aku masih kekal berdiri tanpa berganjak walau seinci.

Chanyeol yang tengah merenung tajam ke arah aku sekarang membuatkan aku rasa gerun yang teramat. Pandangannya itu sememangnya sukar untuk ditafsirkan. Dengan perlahan, aku menoleh ke tempat lain.

"Yuri? Park Yuri?"

Namun, suara seseorang yang memanggil nama aku membuatkan niat aku untuk melangkah keluar dari kedai terhenti. Aku tahu, itu pasti suara milik Jongdae kawan kepada Chanyeol. Kenapalah dia panggil aku?!

Nak tak nak, aku terpaksa menoleh ke arah mereka yang hanya berada beberapa meter sahaja dari aku. Masing-masing memegang plastik yang berisikan snek dan minuman.

"Apa yang Yuri buat kat sini? Bukan Yuri ada kelas piano ke?" soalan yang diajukan oleh Chanyeol membuatkan lidah aku terkelu.

"Y-Yuri sesat." hanya ayat itu sahaja yang mampu aku fikirkan. Aku terus tertunduk sebaik sahaja kata-kata itu terkeluar dari mulut aku tanpa sengaja. Kalau boleh, aku nak hilangkan diri sekarang tapi apakan daya aku hanyalah manusia biasa.

Terasa tangan seseorang hinggap pada bahu aku membuatkan bahu aku terhinjut sedikit. Sebaik sahaja aku mengangkat wajah aku semula, rupa-rupanya tangan itu milik Chanyeol.

Kenapa ni?

"Yuri ikut oppa balik je lah ya?" bibir Chanyeol mengukir satu senyuman manis membuatkan aku rasa seram sejuk. Kenapa dia tiba-tiba senyum sampai macam tu sekali? Ada maksud tersirat ke?

Memandangkan aku tiada pilihan lain, aku terpaksa mengangguk, akur dengan kata-kata Chanyeol. Nasib baik Baekhyun dan Jongdae ada bersama. Tak ada lah aku rasa gerun sangat.

"Yuri, kenapa masih berpakaian sekolah?" Baekhyun bertanya kepada aku. Aku terdiam buat seketika, memikirkan jawapan yang sewajarnya. Takkanlah aku nak beritahu yang aku ada kelas tahanan tadi? Tambahan lagi, Chanyeol ada di sini.

"Yuri tadi ada hal. Sebab tu lah Yuri keluar lewat. Ingatkan nak terus pergi kelas piano tapi sesat ke sini pulak." jawab aku senada. Baekhyun mengangguk kepalanya tanda faham.

Setelah keluar daripada kedai tersebut, Baekhyun dan Jongdae meminta diri untuk pulang. Tinggallah hanya aku dan Chanyeol. Aku hanya mengikut ke mana sahaja Chanyeol pergi memandangkan dia berjalan di hadapan aku.

Masing-masing hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan menuju ke perhentian bas yang berdekatan. Aku rasa, Chanyeol dah biasa naik bas kot. Cuma aku ni, masih tak biasa lagi.

"Yuri, balik nanti kita bincang."

---

"Yuri, jujur boleh tak? Hal apa yang kau buat kat sekolah tu sampai boleh balik lewat?" Chanyeol menyilangkan tangannya ke dada sambil merenung tajam mata aku. Aku menelan air liur.

"Y-yuri ada kelas tahanan.."

"Kelas tahanan? Oh, kau dah pandai buat hal sekarang ni?" Chanyeol mengangkat salah satu keningnya ke atas perlahan. Matanya masih setia memandang aku.

"Bukan! Tadi kan Yuri datang lewat--"

"Kau lebih suka masuk kelas tahanan kan? Sampai kelas piano pun kau sanggup ponteng." Chanyeol memotong kata-kata aku tanpa sempat aku memberi penjelasan. Aku terdiam lalu tertunduk. Tak berani nak menjawab.

"Tangan tu kenapa?" pandangan mata Chanyeol beralih dan mula memerhatikan pergelangan tangan aku yang berbalut. Walaupun diselindungi oleh blazer, masih jugak dia nampak.

Last Forever || WonwooWhere stories live. Discover now