18 : Lee Sohee

1.3K 160 22
                                    

( Yuri's pov )

"Jom saya hantarkan awak balik." kata Wonwoo sebaik sahaja aku meleraikan pelukan. Aku tertunduk sebelum menggelengkan kepala perlahan Dia ni suka nak susahkan diri.

"Tak apa. Saya boleh balik sendiri." ujar aku sebelum kembali memandangnya dan tersenyum namun ekspresi wajahnya sekarang seolah-olah tidak membenarkan aku untuk balik sendiri.

"Tak. Saya kena hantar awak. Manalah tahu, nanti awak cuba nak bunuh diri lagi." katanya senada sambil membetulkan beg yang disandang pada bahunya. Aku tersenyum pendek sebelum menggangguk perlahan.

Lagipun mungkin ada betul apa yang dia cakap. Kalau aku balik sendiri, keinginan aku untuk bunuh diri akan kembali lagi.

Aku dan Wonwoo pun beredar dari bumbung sekolah tersebut menuju ke pagar sekolah semestinya. Sepanjang aku berjalan beriringan dengan Wonwoo, aku tak tahu kenapa aku rasa selamat. Rasa dilindungi.

Entahlah, Wonwoo mengingatkan aku kepada lelaki misteri tu pulak.

"Eh?" titisan air yang mendarat pada pipi aku membuatkan ku tersedar dari lamunan yang singkat. Wonwoo yang tadinya memandang lurus ke hadapan kini menoleh memandang aku.

"Kenapa?" soalnya.

"Saya rasa hari nak hujan lah." perlahan-lahan aku mendongakkan kepala untuk memandang langit yang kini agak gelap berbanding tadi. Bila masa pulak mendung?

Dan tidak lama kemudian, titisan demi titisan air hujan mula turun dengan lebatnya membasahi bumi.

"Kkaja." bahu aku terus ditarik oleh Wonwoo. Aku pandang balutan yang berada di pergelangan tangan aku. Dengan pantas, aku melindungi pergelangan tangan aku di sebalik blazer supaya tidak dibasahi oleh hujan.

Kaki kami melangkah pantas untuk mencari tempat berteduh yang berdekatan. Tempat berteduh yang selesa dan menghangatkan untuk menghapuskan rasa sejuk pada tubuh ini.

Lari punya lari, jumpa juga tempat berteduh. Itu pun cuma perhentian bas terdekat sahaja yang kami temui. Tempat berteduh yang lebih selesa berada beberapa meter jauh, takkanlah nak meredah hujan yang semakin lebat ni untuk ke sana?

Tiba-tiba terasa sesuatu yang agak tebal diletakkan pada badan aku. Sesuatu yang membuatkan badan aku yang tadinya sejuk menjadi sedikit hangat.

"Awak mesti sejuk, kan?"

Rupa-rupanya, itu sweater hitam milik Wonwoo. Sempat lagi dia keluarkan dari beg sekolah semata-mata nak pakaikan aku dengan sweater ni.

"T-terima kasih." ucap aku lalu tersenyum. Aku pun tak tahu kenapa aku tergagap. Mungkin disebabkan rasa segan?

Hujan yang tadinya lebat menjadi semakin lebat. Entah bila agaknya hujan ini akan berhenti. Sweater Wonwoo yang berada di badan aku pegang. Macam pernah nampak sweater hitam ni.

Sweater ni pun mengingatkan aku dengan lelaki misteri tu. Tapi takkanlah dia Wonwoo kan?

Aku menoleh ke sisi, memandang Wonwoo yang kini dengan tenang memerhatikan langit. Dia nampak bergaya bila tengah memerhatikan hujan.

Eh, apa yang aku fikir ni?

"Awak tak sejuk ke? Awak boleh ambil balik sweater awak ni kalau awak sejuk. Saya risau kalau awak demam." kata aku. Matanya yang tadi merenung langit kini beralih dan memandang tepat ke anak mata aku. Bibirnya mengukir satu senyuman sebelum menggeleng perlahan.

"Saya dah biasa dengan cuaca dingin macam ni. Awak pakai je lah sweater tu. Kalau awak demam, saya lagi risau." ujarnya sebelum mengalihkan pandangannya ke jalan raya yang sibuk pula. Entahlah, jantung aku tiba-tiba berdegup dengan kencang bila dia cakap macam tu.

Last Forever || WonwooWhere stories live. Discover now