05 : Kawan

1.6K 201 0
                                    

( Yuri's pov )

Tamat sahaja waktu rehat, aku dan Kyungmi pun kembali ke kelas semula. Selepas ini , kelas PE yang dikendalikan oleh Mr Kim akan dijalankan.

Rasa malas pulak nak masuk kelas PE. Bukan disebabkan aku tak nak bersukan cuma sekarang ni aku tak ada mood.

"Yuri, awak tak nak tukar baju ke?" tanya Kyungmi. Aku terus menggeleng dan tersenyum pendek. "Kenapa pulak? Selalunya, pasal sukan awak memang tak nak lepaskan." tambah Kyungmi lagi.

"Saya cuma pening." tipu aku. Setiap kali aku tiada mood hendak bersukan, aku akan gunakan alasan pening dan kurang sihat padahal aku bukannya sakit      

"Oh, okay. Saya pergi tukar baju dulu. Awak nak ikut tak?" soal Kyungmi setelah mendapatkan pakaian sukannya dari loker. Aku tersenyum pendek sebelum menggeleng.

"Awak tukarlah dulu. Nanti saya menyusul." jawab aku. Kyungmi sekadar mengangguk faham lalu berlalu pergi menuju ke bilik persalinan bersama classmate aku yang lain. Ini sebahagian dari arahan Mr Kim juga. Pelajar mesti tukar baju sukan sebelum dia masuk ke kelas. Siapa lambat, lari keliling padang lah jawabnya.

Tengah syok aku menikmati waktu bersendiri, datang pula dua jejaka berjalan masuk ke kelas. Dua jejaka yang aku maksudkan adalah ketua kelas aku dan budak baru tu.

"Eo, Yuri. Tak pergi tukar baju ke?" soal Seokmin kepada aku. Aku hanya menggelengkan kepala sebagai jawapan. Sempat juga aku memandang ke arah wajah kosong budak baru yang berdiri di sebelahnya itu.

"Oh, okay. Wonwoo, aku pergi tukar baju dulu ya." Seokmin pun mengambil baju sukannya yang terletak di dalam loker dan terus berjalan keluar dari kelas. Kini, tinggallah aku dan budak baru sahaja di sini. Hanya kami.

"Awak tak pergi sukan?" soal dia kepada aku. Dia masih kekal berdiri di posisinya tanpa berganjak walau seinci.

"Tak."

"Kenapa tidak?" tanya dia lagi lalu berjalan menghampiri aku. Dia sekarang tengah berdiri di hadapan meja aku dengan wajah kosongnya. Dia ni busybody sangat kenapa?

"Habis tu, awak tak pergi ke?" soal aku kepadanya pula. Yelah, dia ni dari tadi sibuk tanya orang.

"Saya lupa bawa baju sukan." jawabnya lalu tersenyum ke arah aku. Sekarang, punggungnya sudah dilabuhkan di kerusi kosong yang terletak di hadapan aku. Kini, kami duduk menghadap antara satu sama lain. Dia ni tak rasa kekok ke?

"Saya Wonwoo. Jeon Wonwoo." dia menghulurkan tangannya ke arah aku. Pada mulanya aku nak elak tapi macam tak sopan pula jadi aku pun sambut tangan yang dia hulurkan.

"Park Yuri."

"Yuri, selamat berkenalan." katanya lalu melepaskan tangan aku perlahan.

"Awak ada masalah ke?" pertanyannya membuatkan lidah aku terkelu. Macam mana dia tahu yang aku ni ada masalah?

"Gadis yang menangis tadi, awak kan?" tambahnya lagi. Aku hanya terdiam tanpa sepatah kata pun yang keluar dari mulut aku.

"Awak salah orang kot." balas aku dingin. Aku tak nak dia tanya lebih banyak lagi soalan. Aku tak nak dia masuk campur dalam masalah peribadi aku walau sebaik manapun niatnya itu.

"Salah orang? Tapi, saya pasti gadis tadi tu ialah awak." matanya yang tajam itu memandang aku dengan begitu serius sekali. Suaranya yang garau itu membuatkan bulu roma aku menegak dengan sendiri.

Tanpa berfikir panjang, aku pun bangun dari tempat duduk aku dan terus berjalan keluar dari kelas, meninggalkan Wonwoo di situ sendiri.

Kenapa dia sibuk sangat? Macam lah dia tu nak ambil kisah tentang masalah aku.

Last Forever || WonwooWhere stories live. Discover now