11 : Why?

1.5K 173 8
                                    

( Yuri's pov )

Setelah aku kembali ke kelas bersama Seokmin, aku terus menapak ke tempat duduk aku di sebelah Kyungmi. Nasib baik cikgu belum masuk ke kelas lagi untuk mengajar.

"Seokmin, gumawo pasal tadi."

Seokmin sekadar mengangguk perlahan dan tersenyum ke arah aku.

"Tak apa. Awak rehatlah ya." katanya sambil menepuk bahu aku. Aku hanya tersenyum sebelum meneruskan langkah aku menuju ke tempat duduk aku. Dan aku dapat rasakan, seseorang tengah memandang aku dengan tajam.

Aura itu datangnya dari pelajar baru itu. Pelajar yang bernama Jeon Wonwoo. Entah kenapa, kebelakangan ini aku dapat rasakan dia selalu perhatikan aku seolah-olah aku ada buat salah dengan dia.

Walaupun aku tidak memandang Wonwoo yang tengah duduk di belakang aku, aku dapat rasakan Wonwoo masih memandang aku dengan matanya yang tajam itu.

"Yuri, macam mana? Dah okey?"

Kyungmi menyoal aku sambil menongkat dagunya. Aku menganggukkan kepala dan tersenyum. Sejujurnya, aku rasa sedikit lega buat masa sekarang. Mungkin hanya buat masa sekarang ...

Beberapa minit kemudian, guru matematik kami iaitu Mrs Song pun masuk ke kelas untuk memulakan pembelajaran. Tanpa berlengah, pelajar yang lain termasuklah aku sendiri terus mengeluarkan buku teks matematik dan pen serta buku nota.

Aku cuba untuk tumpukan perhatian 100% terhadap apa yang diajar oleh Mrs Song dihadapan. Namun, perhatian aku seolah-olah melayang seketika disebabkan sesuatu.

Entah kenapa, aku masih dapat rasakan yang aku tengah diperhatikan oleh pelajar baru yang duduk di belakang aku sekarang.

Siapa lagi kalau bukan Jeon Wonwoo.

--

"Baiklah, siapkan latihan yang saya berikan. Esok mesti hantar. Faham?!"

Sebaik sahaja Mrs Song berkata begitu, dia pun terus melangkah keluar dari kelas diiringi dengan bunyi ketukan kasut tumit tingginya. Cantik dan elegan tapi garang. Itulah Mrs Song.

Tidak sampai satu minit, Mrs Song kembali ke kelas kami. Kepalanya muncul di sebalik pintu kelas. Matanya liar mencari seseorang sehinggalah dia memandang ke tempat duduk aku dan Kyungmi.

"Oh, ya. Min Kyungmi?"

Mendengar sahaja namanya disebut, Kyungmi pantas menoleh ke arah Mrs Song yang masih lagi berdiri di pintu hadapan kelas.

"Ya, saya?"

"Sila ikut saya ke pejabat sekarang. Ada benda saya nak bincangkan dengan kamu."

"Ah, dae."

Kyungmi berpaling dan memandang ke arah aku dengan riak wajah yang aku sendiri tak dapat tafsirkan. Takut? Gemuruh? Lebih kurang begitulah riak wajahnya sekarang.

"Kenapa agaknya Mrs Song nak jumpa saya?" soal Kyungmi dengan dahi yang berkerut seribu. Aku hanya mengangkat bahu aku perlahan tanda tidak tahu.

"Entahlah. Awak pergi je lah. Mungkin penting sangat benda yang dia nak bincangkan tu." kata aku.

Kyungmi memandang aku sekilas sebelum bangun dari tempat duduknya dan berjalan menuju ke pintu kelas. Sempat juga dia menghantar satu senyuman kepada aku sebelum berjalan keluar dari kelas bersama Mrs Song.

Kini, tinggallah aku di sini.

"Yuri ssi."

Aku dapat dengar dengan jelas suara garau milik  seseorang yang memanggil nama aku dari belakang. Aku pasti itu Wonwoo. Pada mulanya, aku hanya endahkan kerana aku sememangnya tiada mood untuk berbual dengan sesiapa sekarang.

Last Forever || WonwooWhere stories live. Discover now