09 : Cola

1.5K 182 1
                                    

( Yuri's pov )

"Jangan nak merepek boleh tak?"

Aku merentap kasar lengan aku dari pegangan Wonwoo lalu berlalu pergi meninggalkan Wonwoo sendiri. Disebabkan terlalu geram, nada suara aku juga agak tinggi. Lagipun, siapa suruh dia cakap yang bukan-bukan.

Mungkin dia bukan lelaki yang selamatkan aku malam tadi. Lagipun, kenapa dia nak bahayakan diri dia semata-mata nak selamatkan aku kan?

Dalam perjalanan menuju ke kelas, aku bertembung pula dengan Seolhyun and the gang. Hah, budak-budak gedik ni nak apa pulak?

"Morning, Yuri!!!"

Seolhyun menyapa aku diikuti dengan kawan-kawannya yang lain. Untuk pengetahuan korang, Seolhyun dan gang dia ni termasuk dalam list kawan aku yang bertalam dua muka. Jadi, aku tak layan sangat perangai gedik mereka ni.

"Hm, morning korang."

Aku sekadar tersenyum pendek ketika menyapa. Ikutkan hati, aku nak angkat kaki sekarang ni namun apakan daya, aku terlalu baik.

"Betul ke semalam kelas korang ada pelajar baru?"

Salah seorang daripada kawan Seolhyun yang bernama Mina menyoal aku. Aku hanya mengangguk sebagai jawapan.

"Aku dengar, dia lelaki. Hensem tak?"

Yuna yang berada di sisi Seolhyun pula menyampuk. Kalau pasal lelaki, memang nombor satu. Tak ada kerja lain, nak menggatal lah tu.

"Bagi aku, biasa je." jawab aku ringkas. Kebetulan, aku ternampak Kyungmi tengah melambai ke arah aku dari jauh. Tanpa berlengah, aku pun mengundur diri dari perbualan kosong itu.

"Korang, aku nak masuk kelas ni. Nanti-nantilah borak lagi." kata aku lalu mengangkat kaki aku jauh daripada mereka. Mereka mengangguk dan sempat melambai ke arah aku sambil menayangkan senyuman di bibir masing-masing.

"Okey, bye Yuri!"

Aku pun meluru ke arah Kyungmi yang tengah berdiri di tengah-tengah laluan pelajar sambil membawa beberapa buah buku di tangannya.

"Awak borakkan apa dengan Seolhyun dan kawan-kawan dia tadi?"
Kyungmi menyoal lalu tergelak kecil. Dia juga tahu, aku tidak berapa menyenangi Seolhyun dan kawan-kawannya itu disebabkan mereka mementingkan rupa dan harta dalam bab memilih kawan.

"Tak ada benda yang penting pun. Mereka cuma tanya pasal budak baru kelas kita tu." jawab aku malas.

"Maksud awak, Jeon Wonwoo?"

Aku menganggukkan kepala tanda mengia.

"Siapa lagi budak baru kat kelas kita kalau bukan dia."

"Ah, geurae. Yuri-- eh, kenapa dengan bibir awak?"

Kyungmi mendekatkan wajahnya untuk melihat luka yang masih bertapak di hujung bibir aku. Semuanya disebabkan kejadian yang tidak diingini malam tadi. Aku terus menutup luka tersebut dengan menggunakan tangan aku.

"O-oh .. ini. Saya tergigit bibir waktu makan malam tadi. Jangan risaulah." ujar aku lalu menepuk bahunya perlahan. Kyungmi hanya meng'oh'kan sahaja alasan aku namun, aku pasti Kyungmi memang meragui jawapan aku.

Tengah leka kami berbual, loceng pun berbunyi. Kami pun mula berlari dengan pantas menuju ke kelas memandangkan kelas pertama adalah kelas Mr Yoo. Kalau lambat masuk kelas, berdiri di luar lah jawabnya nanti.

---

Setibanya kami di kelas, aku dan Kyungmi pun berjalan menuju ke tempat duduk kami. Nasib baik Mr Yoo belum masuk lagi.

Last Forever || WonwooWhere stories live. Discover now