13 : Tisu

1.4K 178 14
                                    

Aku pandang lelaki yang memakai jaket berhud hitam yang masih berdiri di hadapan aku sekarang dengan teliti. Tisu poket yang dia dihulurkan aku hiraukan.

"Ambillah."

Aku menggelengkan kepala.

"Ambil."

Disebabkan aku malas nak bertekak, aku pun ambil tisu poket yang dia hulurkan.

Lelaki itu terus melangkah kaki untuk meninggalkan aku namun aku bertindak lebih pantas untuk menahan lengannya. Dengan beraninya, aku bertanya.

"Awak ni siapa?"

Dia hanya mendiamkan diri tanpa apa-apa reaksi. Aku cuba untuk melihat wajahnya dengan lebih dekat namun dia terus menepis tangan aku yang tengah memegang lengannya itu.

"Awak tak payah tahu siapa saya."

Sebaik sahaja kata-kata itu keluar dari mulutnya, dia pun melangkah pergi meninggalkan aku dalam kebingungan.

Jujur, aku macam pernah nampak figura ni tapi entahlah. Aku sendiri tak pasti.

Tisu yang dia berikan tadi aku gunakan untuk membersihkan luka aku. Sakit? Langsung tidak. Mungkin rasa sakit itu sudah mula sebati dalam diri aku.

Dalam diri aku sekarang, aku dapat rasakan satu keinginan yang kuat telah pun wujud. Aku harap, aku dapat kawal keinginan tersebut sebelum terlambat.

---

"Cik Yuri! Cik pergi mana tadi?"

Aku hanya tersengih di pintu hadapan sebaik sahaja salah seorang pembantu rumah aku datang menerpa. Aku balik rumah ni pun sebab aku belum jumpa tempat berlindung so .. yeah.

Aku terpaksa kembali jugak kat penjara ni.

"Maaflah buat ahjumma risau. Yuri cuma pergi bersiar-siar je tadi." ujar aku lalu tersengih sendiri. Pembantu rumah aku hanya memandang pelik ke arah aku sebelum satu senyuman diukir pada bibirnya.

"Kalau macam tu, lepas ni cik makan-- eh? Bibir Yuri tu luka lagi ke?"

Perlahan-lahan, aku tutup luka di hujung bibir aku dengan tisu tadi sebelum tersenyum pendek di hadapan pembantu rumah aku.

"Jari Yuri gatal nak pegang.. sebab tu lah." jawab aku. Tanpa banyak bertanya, pembantu rumah aku hanya mengangguk tanda faham. Baguslah dia tak tanya banyak kan?

Aku pun menghayunkan kaki aku menuju ke dapur untuk minum segelas air memandangkan tekak aku rasa kering sangat sekarang ni.

Sebaik sahaja aku memasuki dapur, aku pun mengambil segelas air kosong untuk diminum. Entah kenapa, mata aku mula berminat untuk memandang satu objek yang tak patut aku pandang.

Pisau.

Hati aku tiba-tiba terdetik untuk mengambil pisau yang hanya terletak di hadapan mata aku.

Aku tak tahu kenapa aku tak dapat kawal tangan aku sekarang. Sedar tak sedar, pisau yang cukup tajam itu sudah pun berada di tangan kiri aku.

Gelas yang aku pegang tadi aku letakkan di atas meja. Pisau yang tengah dipegang aku tenung lama.

Aku rasa nak mati ...

Perlahan-lahan, aku mendekatkan pisau tadi pada pergelangan tangan kanan aku. Semakin dekat sehinggalah ia betul-betul mendarat pada kulit aku yang putih mulus itu.

Agaknya, sakit tak kalau aku cuba?

Tanpa aku sedari, darah sudah pun mula mengalir keluar sebaik sahaja aku cuba untuk mengelar pergelangan tangan aku. Rasa sakit yang sememangnya mampu membuatkan beban aku rasa sedikit ringan.

Last Forever || WonwooWhere stories live. Discover now