20 : Tuala

1.3K 151 11
                                    

( Yuri's pov )

"Yuri!" sebaik sahaja kaki aku melangkah masuk ke dalam kelas, Seokmin yang kebetulan tengah membersihkan papan hitam menghampiri aku sambil tersenyum lebar.

"Eh, kenapa muka awak merah ni? Demam ke?" soalan Seokmin itu membuatkan aku terus memegang kedua belah pipi aku. Panas. Cis, ini semua Wonwoo punya pasal.

"Em, tak ada apa." jawab aku lalu tersenyum pendek di hadapannya. Apa yang dah berlaku pada diri aku ni? Seokmin hanya mengangguk tanda faham walaupun aku tahu dia tak berapa nak percaya sebenarnya.

Tidak lama selepas itu, Wonwoo muncul di muka pintu dengan wajahnya yang kelihatan tenang dan seperti dingin itu. Belum sempat aku mengalihkan pandangan, mata aku bertembung dengan mata tajam milik Wonwoo.

Kenapa jantung ni tiba-tiba berdegup kencang?

"Oh, Wonwoo! Morning!" Seokmin menyapanya mesra sambil memberikan high five kepadanya. Wonwoo sekadar tersenyum sebelum menepuk tangan Seokmin itu.

Aku terus berjalan menuju ke tempat duduk aku tanpa mengambil tahu apa yang tengah dibualkan oleh Seokmin dan Wonwoo sekarang. Kalau aku ada kat situ, mungkin aku akan rasa pelik semacam. Eh, apa yang aku mengarut ni?

"Yuri-ah!" Kyungmi terus menarik lengan aku sebaik sahaja aku menghampiri tempat dudukku. Aku tersenyum gembira. Akhirnya, kawan baik aku sudah pun kembali. Tiada lagi rasa kekosongan di sebelah aku ni nanti.

"Kyungmi, saya rindu awak tau. Kenapa pergi lama sangat? Awak tahu tak saya sunyi bila awak tak ada duduk kat sebelah ni?" aku merungut lebih kepada mengadu. Kyungmi sekadar tersengih mengalahkan kerang busuk mendengarnya.

"Ala, tenanglah. Sekarang saya dah ada kan? Jadi awak takkan rasa sunyi lagi lepas ni." kata Kyungmi. Sempat lagi dia buat aegyo. Nasib baik kawan aku.

"Eh, kenapa ni?" pergelangan tangan aku ditariknya lembut apabila matanya terlihat balutan bandage padanya. Aku menarik perlahan tangan aku daripada genggaman Kyungmi.

"Tak ada apa. Cuma luka." jawab aku perlahan lalu tersenyum pendek. Kyungmi memandang aku dengan kerisauan di matanya. Sekali lagi, tangannya memegang pergelangan tangan aku yang mempunyai bandange itu.

"Yuri, sejak dari dulu saya tahu awak ada masalah tapi kali ni saya dapat rasakan masalah awak jadi semakin teruk. Sebab tu awak cuba nak lukakan diri awak, kan?" kata-kata Kyungmi membuatkan aku menundukkan kepala sedikit. Memang aku terasa ni.

"Saya sebagai kawan cuma nak nasihatkan, walau seteruk manapun masalah tu janganlah awak cuba nak lukakan diri awak, Yuri. Awak boleh luahkan kepada saya." kata Kyungmi lagi. Perlahan-lahan aku mengangkat kepala memandangnya sebelum bibir aku tersenyum.

"Dah, tak payah nak fikir sangat pasal ni. Saya tak suka nak berdrama, okey?" aku berpura-pura mengesat air mata. Kyungmi hanya menggelengkan kepala sebelum tergelak halus melihat aku.

"Yuri." aku tersentak apabila Wonwoo tiba-tiba menepuk bahu aku ketika melewati tempat duduk aku. Aku memandangnya dengan dahi yang berkerut namun dia hanya menayangkan senyuman pendeknya ke arah aku.

"Oh nampaknya sejak saya pergi wakil sekolah, awak dah rapat dengan Wonwoo rupanya." usik Kyungmi sambil mencuit lembut bahu aku. Pantas aku menampar lengannya.

"Jangan fikir yang bukan-bukan ya? Saya dan dia cuma kawan dan tak serapat yang awak fikirkan." aku menafikan walaupun aku memang terfikir bahawa aku dan Wonwoo pun sudah mula rapat sejak kebelakangan ini.

"Apa-apa je lah. Kalau awak bersama dengan Wonwoo nanti, karamlah kapal YuMin saya tu." dia mula mengarut lagi tentang ship entah apa-apa tu. Aku hanya mengendahkan.

Last Forever || WonwooWhere stories live. Discover now