07 : Hero

1.5K 192 9
                                    

"Kenapa Chanyeol buat Yuri macam ni?"

Malam mula menjelma namun Yuri masih belum pulang ke rumahnya. Sekarang, dia tengah duduk menyendiri di taman, masih lengkap berpakaian seragam sekolah.

Air matanya tidak henti daripada mengalir. Hidungnya mula berair, matanya mula kembang dek kerana menangis terlalu lama.

Orang ramai yang lalu lalang ada yang menerpa namun Yuri hanya mengendahkan.

Angin sejuk malam melanggar pipi dan rambutnya. Kesejukan mula dirasai dikala malam mula menjelma. Orang ramai yang berada di taman itu juga sudah mula pulang ke rumah masing-masing.

Kini, hanya Yuri sendiri.

Tengah duduk di sebuah bangku ditemani bintang-bintang yang menerangi kegelapan malam.

Kereta yang lalu lalang di jalan raya ditatapi seketika. Jalan raya yang tidak pernah lekang dari kesesakan itu mula menarik perhatian.

Hanya satu perkara yang terlintas di fikiran Yuri ketika melihat beberapa buah kereta memecut laju di jalan raya tersebut.

"Patutkah aku..." matanya masih memandang ke arah jalan raya utama yang berada hanya beberapa meter sahaja di hadapannya.

"Ah, apa yang aku fikir ni?" Yuri menggelengkan kepalanya dengan pantas, memadamkam anasir-anasir jahat yang menyelubunginya sebentar tadi.

Dia mengerling ke arah paparan jam yang terpapar di skrin iphonenya. Jam ketika itu menunjukkan pukul 7.15 malam.

Yuri pun bingkas bangun dari bangku tersebut dan menyandang begnya di bahu. Bersedia untuk pulang ke rumah dengan berjalan kaki.

Jarak rumahnya mungkin agak sedikit jauh namun dia hanya pasrah. Nak naik bas tetapi perhentian bas terlalu jauh.

Dalam perjalanan, Yuri hanya fokus memandang ke hadapan. Jalan menuju ke rumahnya agak sunyi dan sepi. Namun dia beranikan diri untuk meneruskan perjalanan.

Tetapi, apa yang tidak diingini muncul di hadapannya.

Dua orang lelaki dalam keadaan mabuk tengah berjalan menghampiri dirinya yang bersendirian di laluan pejalan kaki. Yuri cuba untuk mengelak namun kedua-dua lelaki itu bertindak lebih pantas.

"Cik nak pergi mana?" salah seorang daripada lelaki itu berhenti di hadapannya, meembuatkan jalan Yuri terhalang.

Yuri cuba untuk mengelak namun seorang lagi lelaki menarik lengannya dengan begitu kuat menyebabkan Yuri terundur sedikit ke arah lelaki tersebut.

"Janganlah terburu-buru sangat." lelaki itu tersenyum sinis ke arah Yuri. Yuri pula mula rasa tidak selesa dengan kewujudan dua lelaki yang berbau arak dan rokok itu.

"Lepaskan saya.." dia cuba untuk melepaskan tangan lelaki yang menggengam lengannya dengan kuat namun ia hanyalah sia-sia kerana badannya terlalu lemah dan kecil berbanding dengan lelaki-lelaki tersebut.

"Janganlah kasar sangat, cik." kata yang seorang lagi. Tangannya mula membelai rambut Yuri dengan lembut.

"L-lepaskan saya!" kali ini suara Yuri sedikit kuat membuatkan lelaki tadi menampar pipinya yang gebu itu dengan kuat. Cecair merah pekat mula kelihatan di hujung bibir Yuri.

"Siapa suruh cik kasar sangat, kan dah luka." kata yang seorang lagi lalu tergelak sinis. Sebaik sahaja dia ingin menarik lengan Yuri, satu pukulan yang agak kuat hinggap di belakangnya.

Lelaki yang menggenggam lengan Yuri tadi jatuh ke tanah dan tidak sedarkan diri dek kerana pukulan tersebut.

Yuri memandang ke arah gerangan yang memukul belakang lelaki tadi.

Last Forever || WonwooWhere stories live. Discover now