21 : Perasaan Aneh

1.4K 144 12
                                    

Tamat sahaja kelas PE, semua pelajar pun mula kembali ke kelas termasuklah Yuri dan Kyungmi. Bagi Yuri, kelas PE hari ini terasa bosan kerana dia hanya mampu duduk di tepi padang dan memerhati pelajar lain bermain.

"Seronok tak tonton kitorang main?" soal Kyungmi lebih kepada mengusik. Sikunya sengaja menyiku lengan milik Yuri. "Best tau kitorang main tadi." tambah Seokmin pula. Yuri menjelingnya tajam sebelum mendengus.

"Mentang-mentanglah saya tak dapat main." Yuri melipatkan tangannya ke dada, membuatkan Seokmin dan Kyungmi tergelak halus.

"Okey, saya nak pergi simpan barang ni dulu. Korang pergi dulu, tukar baju. Nanti tak sempat." arah Seokmin sebelum mengeluarkan kunci bilik stor dari poketnya. Bakul yang berisikan bola keranjang dan bola baling tadi sudah pun ditinggalkan di hadapan bilik stor.

"Okey." Kyungmi dan Yuri mengangguk serentak sebelum mengatur langkah menuju ke bilik persalinan untuk menukar pakaian. Seokmin pun tanpa berlengah memasukkan kunci yang Cikgu Jongkook berikan tadi dan membuka pintu bilik stor sukan tersebut.    

Sebaik sahaja pintu stor sukan ditutup dan dikunci, Seokmin pun mula mengatur langkah menuju ke kelasnya. Apabila dia lalu di kawasan koridor, bertembung pula dengan seorang gadis yang sudah lama dia tidak lihat.

"Sohee?" matanya seakan tidak percaya apabila melihat figura yang kini berdiri di hadapannya.

"Dokyeom?"

"Apa yang kau buat kat sini?!" serentak mereka menyoal sambil menuding jari ke arah wajah masing-masing. Bibir Sohee tersenyum senget sebelum menyilangkan tangannya di dada.

"Well, surprise! Mulai hari ni, aku akan bersekolah kat sini." kata Sohee. Seokmin yang masih terkejut dengan kehadiran gadis dihadapannya terus memeluk tubuh sepertimana yang dilakukan oleh Sohee.

"Aku pun sekolah kat sini. Apa kau buat kat sini hah? Bukan kau kat Kanada ke? Dan kenapa dalam banyak-banyak sekolah, kenapa sekolah ni yang kau pilih?" soal Seokmin bertubi-tubi. Sohee tergelak halus mendengar pertanyaan tersebut.

"Kalau nak jawapan, nantilah aku jawab. Oh ya, aku dah jumpa crush baru kat sini."

"Oh yeah? Baru je pindah dah cari crush? Gatal." Seokmin mengejek namun Sohee hanya menggulingkan bebola matanya sebelum mengatur langkah ke hadapan meninggalkan Seokmin di belakang.

"Tunggu." belum sempat Sohee melangkah jauh, Seokmin terlebih dahulu menarik pergelangan tangan gadis itu membuatkannya terhenti. Sohee menoleh dengan wajah yang malas.

"What?" Sohee menyoal sebelum menepis kasar tangan Seokmin yang berada pada pergelangan tangannya sebelum menyilangkan tangannya ke dada.

"Siapa crush kau?" walaupun Seokmin sebenarnya tidak mahu ambil tahu, namun hatinya tetap juga ingin bertanya memandangkan dia kenal sangat dengan perangai Sohee itu.

"None of your business." jawab Sohee selamba sebelum memutarkan kembali badannya membelakangi Seokmin. Sebaik sahaja kakinya mula melangkah ke hadapan, Seokmin mula bersuara lagi.

"Siapapun crush kau, aku harap perkara dulu tak berulang lagi, Lee Sohee."

Kata-kata Seokmin itu hanya dibiar masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Sohee hanya meneruskan langkahnya ke hadapan meninggalkan Seokmin di belakang.

Sohee hanya meneruskan langkahnya menuju ke tandas. Itulah tempat yang ingin ditujunya tadi tapi bertembung pula dengan Seokmin atau lebih dikenalinya dengan nama Dokyeom. Sudah lama rasanya mereka tidak bersua.

Sohee menggeleng perlahan kepalanya. Sungguh dia tidak mahu memikirkan tentang Seokmin buat masa sekarang apatah lagi setelah hampir sepuluh tahun tidak bertemu.

Last Forever || WonwooWhere stories live. Discover now