14 : Sesat

1.3K 174 2
                                    

( Wonwoo's pov )

"Okey, noona. Tak lama lagi habislah kelas tahanan ni."

Sebaik sahaja panggilan dari Seulgi ditamatkan, aku kembali menapak ke dalam kelas tahanan di mana Yuri berada.

Kelihatan Yuri tengah tekun menulis karangan pada sehelai kertas sebaik sahaja aku melangkah masuk. Aku tanpa berlengah terus berjalan menuju ke tempat duduk aku semula.

Helaian kertas yang disediakan oleh guru disiplin tersebut aku ambil dan mula menulis karangan tentang diri aku memandangkan itu arahan yang diberikan.

"Wonwoo."

Tengah tekun aku menulis, Yuri tiba-tiba memanggil nama aku. Aku perlahan-lahan mengalihkan pandangan ke arahnya yang hanya berada di sebelah aku.

"Apa?" aku menyoal. Yuri hanya mendiamkan diri sebelum menggelengkan kepalanya sebanyak dua kali. Tangannya kembali menulis karangan pada kertas tersebut.

Aku dapat rasakan dia ingin tanya sesuatu tapi aku hanya biarkan. Karangan tadi aku tulis semula sehinggalah ia selesai. Aku tak nak duduk lama dalam ni jadi aku pun terus menulis apa sahaja yang terlintas di fikiran aku tanpa henti.

Beberapa minit kemudian, karangan yang ditulis oleh aku pun siap sepenuhnya. Aku memandang sekilas Yuri yang berada di sebelah aku. Kelihatan dia masih menulis tanpa henti.

"Yuri, saya dah siap ni. Kalau awak nak, saya boleh tunggu awak." kata aku sambil mengemaskan beg sekolah. Yuri memandang aku sekilas sebelum menggelengkan kepalanya.

"Tak apa. Awak balik je lah lagipun masih banyak lagi yang saya perlu tulis." jawabnya tanpa memandang aku. Aku sekadar mengangguk dan terus menapak keluar dari kelas.

--

( Yuri's pov )

"Ugh, siap jugak akhirnya." kertas tadi aku letakkan di atas meja bersama kertas milik Wonwoo. Akhirnya, tak payah kusutkan otak tulis tentang diri aku.

Setelah menyimpan barangan aku ke dalam beg, aku pun menapak keluar dari kelas tahanan tersebut. Perkara pertama yang terlintas di fikiran aku adalah kelas piano yang perlu aku hadiri selepas ini.

Huh ...

Tapi buat masa sekarang, lebih baik aku hadiri kelas piano daripada duduk terperap di rumah dan menghadap buku sepanjang hari. Dan aku pun tak perlu menghadap muka tak puas hati Chanyeol.

Okey.

Kaki aku membawa aku keluar dari kawasan sekolah yang mula sunyi kerana kebanyakan pelajar sudah pun pulang ke rumah masing-masing. Alangkah seronoknya mereka mempunyai kehidupan yang sempurna dan gembira.

Tak macam aku.

Mungkin bagi orang lain, hidup aku sempurna tapi bukan semuanya sempurna.

"Yuri!" kedengaran seseorang memanggil nama aku dari arah belakang. Aku dengan pantas menoleh.

"Eo, Seokmin?"

Seokmin berlari anak menghampiri aku sambil membetulkan tali beg sandangnya. Dari jauh pun aku dapat lihat bibirnya tersenyum riang. Seokmin memang kaya dengan senyuman.

"Yah, belum balik rupanya. Awak dari mana ni, Yuri?" Seokmin menyoal aku. "Saya ada kelas tahanan tadi seab tu lah balik lambat." jawab aku. Seokmin mengangguk tanda faham.

"Macam mana awak boleh masuk kelas tahanan? Maksud saya, sebelum ni kan awak tak pernah kena tahan.." Seokmin seolah-olah tidak percaya dengan kata-kata aku. Aku mengeluh halus.

Biasalah. Orang lain akan anggap pelik kalau pelajar cemerlang macam aku ni kena masuk kelas tahanan. Lagipun, ini memang kali pertama aku masuk kelas tahanan so memang wajarlah Seokmin rasa pelik.

Last Forever || WonwooWhere stories live. Discover now