04 : Pelik

1.8K 202 25
                                    

( Wonwoo's pov )

Aku memerhati setiap sudut kelas baru aku. Kelas tersebut kelihatan agak besar dan luas berbanding kelas lama aku. Boleh dikatakan pelajar yang berada di kelas ini juga agak sedikit. Mungkin dalam 15 orang?

Pandangan aku jatuh pula ke arah seorang gadis yang tengah merenung aku seperti hendak menelan aku hidup-hidup. Bila aku perhatikan wajah dia balik, baru aku teringatkan sesuatu.

Dialah gadis yang aku jumpa tadi. Yang menangis tu. Aku pasti itu memang dia.

"Baiklah, Wonwoo. Kamu boleh duduk kat belakang sana tu memandangkan cuma itu sahaja tempat duduk kosong yang ada." beritahu Mr Yoo kepada aku. Aku sekadar mengangguk sebelum menunduk di hadapannya sedikit dan mengatur langkah menuju ke tempat duduk yang dimaksudkan.

Tak sangka pula tempat duduk yang kosong tu ada di belakang tempat duduk gadis tadi.

Aku sempat memandang ke arahnya. Niat aku hanyalah untuk melemparkan satu senyuman namun dia lebih pantas membuang pandangannya ke luar tingkap. Okey, dia pelik.

Setelah aku melabuhkan punggung aku di kerusi, Mr Yoo pun memulakan sesi pembelajaran. Aku cuba untuk tumpukan perhatian sepenuhnya pada papan hitam namun gadis yang tengah duduk di hadapan aku sekarang agak menganggu fokus aku.

Aku bukan jenis yang suka jaga tepi kain orang tapi sejak kejadian pagi tadi, aku agak tertanya-tanya kenapa dia menangis. Manalah tahu dia kena buli ke? Tapi aku kan budak baru, takkanlah aku tiba-tiba nak menyibuk pasal life dia kan? Better aku duduk diam dan jaga tepi kain aku sendiri buat masa sekarang.

Tapi kalau memang dia menangis tanpa sebab, dia memang seorang gadis yang pelik.

---

Loceng yang menandakan waktu rehat dibunyikan. Memandangkan aku hanyalah seorang pelajar baru yang tidak tahu selok-belok sekolah ini, aku mengambil keputusan untuk duduk sahaja di kelas. Nanti sesat, aku juga yang malu.

"Jom pergi kantin." aku terdengar suara kawan kepada gadis tadi mengajak. Gadis yang duduk di hadapan aku tersenyum dan mengangguk sebelum mereka berdua melangkah keluar dari kelas. Agaknya, dia dah lupakan masalah dia kut sampai tersenyum macam tu sekali. Tapi dia tetap pelik.

"Hai budak baru." bahu aku terasa ditepuk oleh seseorang dari sisi. Tanpa teragak-agak, aku menoleh untuk memandang gerangan yang menepuk bahu aku sebentar tadi.

"Eo, hai." balas aku pendek. Pelajar lelaki yang menepuk bahu aku tadi melabuhkan punggungnya di kerusi yang terletak di hadapan aku. Bibirnya tersenyum sebelum dia menghulurkan tangannya kepada aku. Nampaknya, dia nak berkenalan ni.

"Aku DK." katanya sebelum menayangkan giginya yang putih berseri itu. Aku tanpa berfikir panjang, menyambut tangannya. DK? Peliknya nama.

"Oh, jangan hairan. Itu nickname aku je. Nama aku Seokmin. Lee Seokmin." ujarnya lagi sambil menunjuk ke arah tag namanya, seolah-olah dapat membaca fikiran aku. Aku mengangguk perlahan.

"Aku ketua kelas so kalau kau nak tanya apa-apa, tanya je kat aku." dia pun tersenyum sehingga menampakkan giginya yang putih itu. Matanya mula membentuk bulan sabit.

"Oh, okay." pendek sahaja aku menjawab. Kekok,okey? Maklumlah, aku ni masih baru.

"Kau tak pergi rehat ke?" tanya Seokmin lagi.

Aku menggelengkan kepala sebagai jawapan. Lagipun perut aku memang tak lapar sekarang ni.

"Tak apa. Aku tak lapar pun. Aku cuma nak cari noona aku." kata aku. Mungkin nampak memalukan sebab dah besar pun masih nak cari kakak but this is urgent so what? Lagipun kakak aku yang suruh aku jumpa dia. Aku sebagai seorang adik yang baik hati, mestilah aku kena ikut arahan dia.

Last Forever || WonwooWhere stories live. Discover now