08 : Him?

1.6K 196 10
                                    

"Yuri!"

Suara Chanyeol bergema di segenap sudut rumah. Aku yang baru selesai memakai pakaian tidur, segera keluar dari bilik. Disebabkan terlalu tergesa-gesa untuk keluar dari bilik, aku tidak perasan Chanyeol sudah berdiri di hadapan pintu, menyebabkan muka aku tersembam di dadanya.

"Kau dah kenapa? Dah buta?"

Wajah Chanyeol jelas menunjukkan kedinginan. Langsung tiada senyuman yang terukir di bibirnya seperti selalu. Aku menunduk, tidak berani untuk menghadap wajahnya yang dingin itu.

"Aku datang sebab nak panggil kau turun, makan. Kalau kau kebuluran nanti, orang lain jugak yang susah. Ada otak tu fikirlah."

Setelah Chanyeol berkata begitu, dia pun berlalu pergi meninggalkan aku terpinga-pinga di situ sendiri. Tak sangka, dia masih risaukan pasal aku walaupun ayatnya agak kasar sedikit.

Tanpa berlengah, aku pun menuruni anak tangga menuju ke meja makan. Chanyeol sudah duduk sambil menikmati makanannya sendiri ditemani pembantu rumah di sisi.

Jangan hairan di mana-mana pun ada pembantu rumah bersama kami. Mereka bagaikan penjaga kami terutamanya kalau omma dan appa tiada di rumah.

Aku pun mencapai kerusi lalu melabuhkan punggung aku padanya. Aku cuba untuk menikmati makananku tanpa perasaan gerun dan gelisah kerana Chanyeol sekarang duduk berhadapan dengan aku.

Sebelum berlakunya hal pengagihan harta ni, aku dan Chanyeol pasti tengah rancak berborak sekarang. Tapi, sejak dari kejadian pengagihan harta itu, semuanya berubah dalam sekelip mata.

Bukan disebabkan Chanyeol gila harta. Aku sudah cukup kenal dengan Chanyeol dan dia bukanlah orang yang cintakan harta sampai sanggup mengorbankan segalanya demi harta.

Aku pasti itu bukan sebab dia berubah menjadi dingin. Dan aku pasti, ada sebab yang lain yang membuatkan Chanyeol mula berubah dan benci dengan aku.

Dan aku tahu apa sebabnya ...

Ketika itu juga, telefon rumah berdering. Salah seorang pembantu rumah menjawab panggilan tersebut. Setelah berbual untuk beberapa minit, akhirnya panggilan ditamatkan.

"Tuan Chanyeol dan Cik Yuri, Tuan dan Puan Park kata mereka mungkin balik pada keesokan hari disebabkan urusan tertentu."

Itulah yang dimaklumkan oleh pembantu rumah kami. Aku dan Chanyeol sekadar mengangguk faham. Sudah menjadi kebiasaan bagi kami kalau omma dan appa tidak balik ke rumah.

"Thanks untuk makan malam, ahjumma. Chan masuk bilik dulu."

Chanyeol pun bingkas bangun dari tempat duduknya dan terus berjalan menuju ke tingkat atas semestinya ke biliknya. Aku hanya memandang figuranya sehinggalah dia hilang dari pandangan.

Akhirnya aku boleh makan dengan tenang.

"Cik dengan Tuan Chanyeol bergaduh ke?"

Pembantu rumah yang berada di sisi aku tiba-tiba menyoal. Soalannya membuatkan aku terkelu seketika. Nampak sangat ke kami berdua tengah bergaduh? Mungkin sedikit ketara.

"T-tak adalah. Kami tak bergaduh pun."

Kata aku sambil menggelengkan kepala. Pembantu rumah kami hanya mengangguk faham sambil membentukkan mulutnya kepada huruf O. Nasib baik dia tak tanya banyak.

---

Keesokan harinya, aku seperti biasa menyiapkan diri untuk ke sekolah. Setelah menyarungkan blazer di badan, beg sekolah yang berada di sisi meja belajar aku capai lalu digalas pada bahu.

Setelah semunya selesai, aku pun keluar dari bilik dan menuruni anak tangga menuju ke meja makan. Sarapan pastinya sudah tersedia. Tidak pernah lewat walaupun sekali. Itulah prinsip pembantu-pembantu di rumah aku.

Last Forever || WonwooWhere stories live. Discover now