24 : Cedera

1.4K 138 16
                                    

Beg kertas aku genggam dengan erat. Mata aku pula ralit mencari seseorang di dalam kelas tersebut sehinggalah aku terpandang Wonwoo yang tengah berborak sakan dengan Mingyu berdekatan dengan loker.

"Patut ke aku beri sekarang?" gumam aku sendiri sambil memandang beg kertas yang berada di tangan aku. Kalau aku beri sekarang, nanti Mingyu tu pulak mula usik aku yang bukan-bukan.

"Yuri!" bahu aku terhinjut sedikit apabila terasa tangan seseorang menepuk kuat bahu aku dari belakang. Kelihatan Kyungmi yang sudah pun tergelak melihat wajah terkejut aku. Ingatkan cikgu, rupanya dia.

"Kenapa tercegat kat depan pintu kelas ni ha?" dia menyoal sebelum memaut mesra bahu aku. Belum sempat aku hendak bersuara, Kyungmi terlebih dahulu memotong.

"Untuk siapa ni?" soal Kyungmi sambil jari telunjuknya menuding beg kertas yang aku tengah pegang. Aku pandang wajah Kyungmi seketika sebelum memandang kembali beg kertas tadi.

"Untuk Wonwoo." jawab aku ringkas. Mata Kyungmi membulat sebaik sahaja nama Wonwoo terkeluar dari mulut aku. Aku segera menggelengkan kepala sebelum sempat dia hendak bersuara.

"Dia pernah pinjamkan saya sweater jadi hari ni saya nak pulangkan." beritahu aku. Kyungmi menganggukkan kepalanya tanda faham. Sesekali dia menahan diri dari tersenyum nakal namun hanya dengan melihat cubaannya untuk menahan senyum itu sahaja sudah membuatkan aku terasa segan.

"Korang berdua kenapa tercegat kat sini?" kebetulan Seokmin yang baru sahaja datang berjalan masuk ke dalam bersuara. Aku dan Kyungmi sekadar tersengih sebelum mengatur langkah menuju ke tempat duduk. Takkanlah nak berdiri kat depan pintu je kan.

"Awak pinjam sweater dia? Bila?" soal Kyungmi sebaik sahaja dia duduk di tempatnya lalu menongkatkan dagu dengan tangan. Kalau pasal ni memang cepat dia.

"Kyungmi, dia yang pinjamkan okey? Kalau nak diceritakan kisahnya, klise sangatlah." kata aku sebelum meletakkan beg kertas tersebut di dalam desk. Nantilah aku beri sweater ni kat dia.

Kelas yang tadinya bising mula bertukar hening sebaik sahaja bunyi kasut tumit tinggi milik Mrs Song kedengaran. Beberapa saat kemudian, figura Mrs Song muncul di hadapan pintu bersama rotan dan beberapa buah buku matematik di tangannya.

"Baiklah class. Hari ini saya akan berikan awak latihan matematik dan dalam tempoh satu jam ni, cuba siapkan." kata Mrs Song sebelum mengarahkan Seokmin untuk mengedarkan buku latihan matematik tersebut kepada kami. Tiada sesiapa pun yang berani mengeluh ketika ini.

"Mrs Song ni suka sangat nak dera pelajar dia guna ilmu matematik." aku terdengar Changkyun yang duduk di belakang aku tengah berbisik dengan Jooheon yang duduk di sebelahnya. Budak tu tak reti nak perlahankan suara betul. Nasib baik Mrs Song tak dengar.

Selama satu jam kelas matematik Mrs Song dijalankan, semua pelajar hanya fokus untuk menyiapkan latihan yang diberikan. Maklumlah, Mrs Song ni garang orangnya jadi tak ada sesiapa yang berani nak berborak. Cuma bertanya dan minta tunjuk ajar dari rakan sahaja yang dibenarkan.

---

Sebaik sahaja loceng yang menandakan kelas Mrs Song  telah tamat berbunyi, Mrs Song pun bagun dari tempat duduknya lalu mengemaskan barangnya yang berada di atas meja tadi sebelum memandang ke arah kami.

"Latihan ni tolong siapkan dan hantar pagi esok kat Seokmin. Seokmin, awak dengar tak apa yang saya cakap ni?" Mrs Song mengalihkan pandangannya ke arah Seokmin yang tengah khusyuk membuat latihan. Serta-merta Seokmin mengangguk disebabkan suara Mrs Song yang memanggilnya dengan tegas tadi.

"Siapa yang tak hantar, tahulah apa saya nak buat nanti." kata Mrs Song lagi sebelum matanya merenung tajam semua pelajar yang berada di kelas tersebut. Kami seperti biasa, hanya menunduk dan berdiam diri. Siapalah yang berani nak buat bising bila Mrs Song dah bersuara macam ni.

Last Forever || WonwooWhere stories live. Discover now