03 : New Classmate

1.9K 214 3
                                    

Hari ini, Yuri pergi ke sekolah bersama abangnya, Chanyeol.

Tetapi mereka langsung tidak bertegur sapa. Salah seorang tidak mengeluarkan walau sepatah perkataan pun dari mulut masing-masing.

Semuanya disebabkan perbincangan malam tadi.

Pada malam itu, selepas mereka sekeluarga menikmati makan malam bersama, Mr Park mengadakan perbincangan secara langsung di meja makan.

"Apa yang appa nak bincangkan sangat ni?" Chanyeol yang masih tersenyum, bertanya kepada appanya dengan penuh rasa ingin tahu.

Ketika itu, Yuri dan ommanya hanya mampu bertukar pandangan. Bagi Yuri, biarlah dia hanya berdiam diri di situ.

"Chanyeol, semalam appa baru je tandantangan surat pengagihan harta kepada kamu dan Yuri." terang Mr Park kepada anak lelakinya itu. Senyuman masih tidak lepas dari bibir.

"Eo? Pengagihan harta? Habis tu? Apa yang appa cuba nak sampaikan sebenarnya?" tanya Chanyeol lagi. Di saat itu, jantung Yuri berdegup dengan begitu kencang sekali.

Di cuma berharap, Chanyeol dapat menerima apa sahaja yang bakal diucapkan oleh appanya sebentar lagi.

"Untuk pengetahuan kamu, appa dah tetapkan bahawa Yuri akan menerima 2/4 daripada harta appa manakala kamu hanya 1/4."

Ekspresi Chanyeol bertukar. Senyuman pada bibirnya mula pudar dengan sendiri.

"K-kenapa appa tak bagi sama rata je?" Chanyeol cuba bertanya lagi kepada appanya. Mr Park tersenyum seketika.

"Chanyeol, bukan macam tu. Appa rasa duit simpanan yang appa masukkan kat dalam akaun Chan pun dah cukup untuk masa depan Chan sendiri. So, appa pun beri lebih kat adik kamu, Yuri."

Last Forever || WonwooWhere stories live. Discover now