29 : Majlis

2.5K 167 68
                                    

"Yuri tengah buat apa tu?" soal omma sebaik sahaja dia melihat aku tengah sibuk mencari pakaian di dalam almari bilikku. Aku menoleh ke arahnya sekilas sebelum tersenyum.

"Anak Puan Lee jemput Yuri ke majlis hari jadi dia. Jadi Yuri tengah cari pakaian yang sesuai." jawab aku sebelum meneruskan sesi pencarian pakaian tadi. Terlalu banyak pakaian yang terdapat di dalam almari sampaikan aku pun tak tahu yang mana aku perlu aku pakai untuk majlis itu nanti.

"Kalau macam tu, apa kata Yuri pakai gaun ni." omma yang tadinya berdiri di muka pintu bilik terus menapak masuk dan mencapai salah satu gaun yang terdapat dalam almari tersebut. Gaun biru pastel paras lutut diserahkan kepada aku.

"Gomawo. Kalau omma tak ada, mungkin sampai esok Yuri tak tahu nak pilih yang mana." kata aku lalu mengambil gaun biru pastel tersebut dari tangannya. Pilihan seorang ibu adalah yang terbaik, betul tak?

"Em, appa benarkan tak kalau Yuri pergi ke majlis tu?" soal aku ragu-ragu sambil memandang omma yang kini berdiri di hadapan aku. Omma tersenyum sebelum menggosok lembut bahu aku.

"Ala, jangan risau. Kalau omma benarkan, appa mesti akan benarkan. Lagipun ini kan majlis hari jadi anak cikgu yang mengajar kamu bermain piano. Takkanlah dia nak halang, kan?" kata omma menyebabkan aku mengangguk perlahan tanda faham.

Selalunya appa takkan benarkan aku untuk terlibat dalam mana-mana majlis yang dianjurkan oleh kawan aku tapi aku harap apa yang omma katakan itu benar.

"Yeol ikut sekali tak?" soal omma. Aku menjongketkan bahu tanda tidak tahu. Kalau dia ada terima kad jemputan, mungkin dia akan ikut.

"Yuri pergi dengan siapa?" omma menyoal meminta kepastian.

"Dengan Kyungmi. Nanti dia tunggu kat depan rumah."

"Pukul berapa majlis tu?" soal omma lagi setelah mengerling ke arah jam di dinding bilikku yang ketika itu menunjukkan pukul 6 petang.

"Majlis tu bermula pukul 7 malam." jawab aku. Omma mengangguk tanda faham. Bilik aku diperhatikannya seketika sebelum dia memandang aku semula. Tangannya diletakkan ke atas kedua-dua bahu milik aku sebelum dia bersuara.

"Jaga diri kamu tau waktu kat majlis tu nanti. Maaflah sebab tak dapat hantarkan kamu ke sana." kata omma sebelum menurunkan tangannya dari bahu aku. Aku mengangguk perlahan sebelum tersenyum ke arahnya.

"Jangan risau, Yuri akan jaga diri."

---

Setelah kereta milik ayah Kyungmi tiba di hadapan rumah, aku pun mengucapkan selamat tinggal kepada omma dan berjalan menuju ke arah kereta tersebut. Kyungmi yang duduk di tempat duduk belakang menyapa aku sebaik sahaja aku masuk ke perut kereta.

"Awak nampak cantik dengan gaun tu, Yuri. Gaun baru ke?" soalnya teruja setelah melihat gaya aku yang jarang digayakan sebelum ini. Aku tergelak halus mendengarnya.

"Gomawo. Ini bukan gaun baru cuma saya tak pernah pakai pun sebelum ni." kata aku membuatkan Kyungmi mengangguk faham.

Sepanjang perjalanan menuju ke rumah Sohee itu, aku dan Kyungmi rancak berborak mengenai penampilan diri masing-masing. Biasalah perempuan, puji memuji itu pasti hahaha.

"Dah sampai." beritahu Encik Min, appa Kyungmi yang memandu kereta tersebut. Aku dan Kyungmi pun mengucapkan terima kasih kepadanya sebelum kami berjalan keluar dari keretanya. Kini kami berdiri betul-betul di hadapan rumah banglo keluarga Sohee.

"Wow ramainya yang datang." gumam Kyungmi sendiri sambil matanya melilau memandang sekeliling. Kebanyakan yang datang adalah pelajar dari sekolah kami dan semestinya beberapa orang rakan rapat Sohee yang lain.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 04, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Last Forever || WonwooWhere stories live. Discover now