Bab 1

1K 35 5
                                    

Pada pagi yang hening,Erina sedang mengemas kelas sementara menunggu loceng berbunyi.Dia hanya ingin menenangkan dirinya daripada tekanan dari keluarga yang baru sahaja dia terima baru-baru ini.Erina sering tertekan pada setiap hari dan hanya sekolah sahaja tempat dia ingin menghilangkan stress.Bagi Erina,sekolah merupakan rumah keduanya kerana disitu tempat dia boleh mengadu nasib dengan guru dan rakan-rakannya.

Sedang asyik Erina mengemas,sahabatnya iaitu Hidayah baru sahaja sampai di kelas 4F tersebut."Hai Erina!Awal kau sampai hari ni"sapa Hidayah.

"Kenapa?Tak boleh ke?"tanya Erina dengan nada menyindir.

Hidayah hanya memuncungkan bibirnya tatkala sahabatnya itu memerlinya."Tak salah!Aku cuma tanya je...Janganlah marah"rungut Hidayah.

"Aku tak marahlah!Aku cuma..."ucap Erina terhenti.

"Masalah keluarga kau lagi ye"teka Hidayah.

Erina hanya mengangguk lemah dan mula senyap membisu.Hidayah bersimpati dengan nasib yang menimpa sahabatnya itu.Namun,dia tetap tersenyum dan cuba untuk membuatkan sahabatnya itu tertawa.Hidayah dengan perlahan menghampiri sahabatnya itu.

"Hei Erina!Janganlah sedih!Kaukan ada aku sebagai kawan yang setia pada kau.Aku akan cuba buat kau sentiasa gembira bila dengan aku termasuk kecomelan aku..."ujar Hidayah sambil membuat mimik muka yang comel.

Erina mula meluat apabila melihat muka comel Hidayah yang melebih-lebih itu.Serta merta dia mengetuk kepala Hidayah dengan penyapu yang berada digenggamannya pada masa itu.

"Adoiii...Sakitlah Erina!!!"erang Hidayah sambil menggosok bahagian kepalanya yang sakit.Erina hanya ketawa apabila melihat Hidayah.

"Padan muka!Siapa suruh kau berlagak comel depan aku.Geli tau tak!"sindir Erina masih lagi ketawa.Hidayah mula naik angin dengan sahabatnya itu.Dia cuba untuk membalas pukulan sahabatnya itu,namun kakinya tersadung dek kerana terlanggar kaki meja.

      "Debuk..."

      "Aarrgghh!!!Sakitnya..."erang Hidayah.

      "Eh,jatuh pulak?Macam mana kau boleh jatuh?"tanya Erina kebingungan.

       "Semuanya pasal kaulah!"marah Hidayah bengang.

      "Aik?Aku pulak yang kena!Parah betul kau ni..."fikir Erina lalu meneruskan kerja-kerja mengemasnya tanpa menghiraukan Hidayah.

      Hidayah terus bangun.Dia merengus kegeraman lalu kembali duduk di tempatnya.Dia hanya memuncungkan bibirnya tanda protes.Erina secara diam-diam mencuri pandang kearah sahabatnya itu.Dengan perlahan sebuah senyuman terukir di bibirnya.Sejujurnya,Erina berasa amat bersyukur apabila dia dikurniakan sahabat seperti Hidayah.Tanpa Hidayah hidupnya mesti akan berasa sunyi dan tertekan.

      Tepat jam 7.20 pagi,loceng permulaan persekolahan telahpun berbunyi.Para pelajar tingkatan 4A telahpun berkumpul di dalam kelas untuk memulakan sesi pembelajaran.Mata pelajaran pada pagi itu dimulakan dengan subjek Matematik.

      Matematik merupakan subjek yang paling dibenci oleh Hidayah.Maka dia tidak menumpukan perhatian pada mata pelajaran tersebut.Sebaliknya dia tidur sewaktu subjek itu berjalan.Erina hanya mengeluh sahaja tatkala melihat kemalasan sahabatnya itu.Akan tetapi dia tetap sayang akan sahabatnya itu cuma dia tidak berapa suka akan perangai kurang senonoh sahabatnya itu.

Sahabatku Seorang Hantu!!!Where stories live. Discover now