Bab 16

346 12 1
                                    

Kini genap seminggu untuk Hidayah tinggal di alam manusia sebelum pulang ke tempat yang sepatutnya.Erina cuba sedaya upaya untuk meluangkan masanya bersama dengan Hidayah.

"Hidayah!Hari ni kita pergi jalan-jalan ke taman nak tak?"ajak Erina.

"Tapi...aku..."ucap Hidayah dengan sungguh gugup untuk menolak permintaan Erina.

"Kenapa?Tak boleh ke.." tanya Erina sambil membuat muka kesian.

Susah untuk Hidayah menolak permintaan Erina itu.Tambahan pula,apabila melihat wajah Erina yang kasihan itu.

"Okay aku pergi.."balas Hidayah akur.

"Yeay...Nanti kita ajak cikgu Humaira sekali ye!"sorak Erina.

"Kalau macam tu aku ajak Irwan,okey!"celah Hidayah.

"Emm...suka hati awaklah!" balas Erina mula gugup.

"Betul ni..."usik Hidayah.

"Ye betul!"balas Erina mula memerah.

"Kau dah start suka dia ye~~" sakat Hidayah.

"Mana adalah!Ish..dahlah!Aku nak pergi tandas" bentak Erina lalu beredar kerana dia tidak mahu Hidayah melihat mukanya yang telah merah sepenuhnya apabila bercakap tentang Irwan.

Hidayah hanya ketawa sahaja tatkala melihat perangai Erina.Dia yakin yang Erina telahpun jatuh hati pada Irwan.Cuma Erina saje yang tidak mahu mengakuinya.

Di dalam tandas,Erina cuba menenangkan dirinya daripada terus memikirkan tentang Irwan.

"Tak!Tak!Tak!Aku tak sukakan Irwan!Aku tak boleh sukakan dia!Tak boleh sukakan dia!TAK!!!"raung Erina di dalam hatinya.

Tiba-tiba sebaldi air telah disimbah ke arah Erina.Erina terkejut dengan keadaan itu.Dia memandang pelajar yang menyimbah air ke arahnya.Ternyata terdapat tiga orang budak junior tingkatan 3 yang menyimbah air ke arahnya.

"Apa yang kamu buat ni?" tanya Erina.

"Woi pompuan!Berani betul kau rampas Irwan ye!Kau tau tak yang Irwan tu milik kami bertiga!"tengking ketua kepada 3 orang pelajar itu.

Salah seorang dari mereka terus menarik tudung Erina dengan sangat kuat dari arah belakang sehingga Erina tercekik manakala lagi seorang memukul Erina dengan baldi tadi.

"Sakit~~Tolonglah jangan buat aku macam ni..."rayu Erina.

"Tau pun sakit!Hei budak tak siuman!Kau tu tak layak bersama dengan Irwan tau tak!Kau tu gila,faham!"tengking pelajar yang sedang menarik tudung Erina.

Ketua kepada 3 orang itu hanya berdiri sambil tersenyum jahat tatkala melihat Erina terseksa.Tiba-tiba,seseorang menarik tudung si ketua dari belakang dan orang itu ialah Syuhada.

"Arrgghh apa ni.."marah si ketua sambil meronta-ronta untuk melepaskan diri.

"Aku yang patut tanya pada kau!Kenapa kau buli orang aku!Hanya aku saje yang layak untuk buli dia!So,disebabkan korang dah curi dia dari aku!Aku tak boleh biarkan!!!"tengking Syuhada lalu menghumban si ketua ketepi.

"Ketua!!"panggil kedua pelajar itu serentak.

Mereka terus mendapatkan ketua mereka itu.Erina pula terus menyorok di bawah sinki kerana ketakutan.Syuhada terus mengeluarkan telefon bimbitnya dan membuka sebuah video yang berada di dalam telefon pintarnya itu.

"Kalau korang buli dia lagi! Aku akan tunjukkan video korang belasah pompuan yang Irwan suka ni dekat dia sendiri.Biar dia benci dengan korang! Kalau nak tau yang Irwan tu satu kelas dengan aku..."ugut Syuhada.

Sahabatku Seorang Hantu!!!Where stories live. Discover now