Pada keesokan hari,di sekolah,Erina ingin menegur Irwan.Namun,Irwan menarik muka masam apabila melihat Erina.Erina pula berasa hairan tatkala melihat perangai Irwan.Akhirnya,dia malas untuk mengambil tahu tentang Irwan.
Kini,Erina sedang berbual dengan Hidayah.Namun,Zahira dan Syuhada datang ke tempatnya untuk berbual.Semenjak mendapat tahu bahawa Erina juga meminati kpop,Zahira mula berasa seronok untuk berkawan dengan Erina.Maklumlah,di dalam kelas itu tidak ramai meminati kpop dan lebih kepada artis Amerika dan luar negara sahaja.Disebabkan itu,Zahira berasa amat teruja apabila mendapat tahu perkara tersebut.
"Erina!Kau tau tak yang Exo akan buat comeback tak lama lagi~~"ujar Zahira teruja.
"Ye ke?Aku tak tau pun!" tanya Erina seolah-olah tidak percaya.
"Ye~dorang akan buat comeback tak lama lagi..."balas Zahira.
"Wah~tak sabar nak tengok Suho!"sorak Erina.
Hidayah hanya tersenyum saje tatkala melihat kebahagiaan Erina pada masa kini.
"Weyh Erina!Kenapa kau tak tukar tempat!Sekarang nikan kau dah ada kami!So,tukarlah tempat dan duduk di sebelah kami.Lagipun,tempat duduk sebelah aku tu kosong"ajak Syuhada.
"Emm...takpelah!Aku tak nak tukar tempat!Aku nak duduk sini sebab tempat ni amat bermakna bagi aku!Aku tak akan tinggalkan tempat ni! Biarlah aku duduk sini sorang-sorang.Aku tak kisah pun!"tolak Erina sambil tersenyum ke arah Hidayah.
Hidayah hanya memandang Erina dengan pandangan sayu dan sedih.
"Kalau kau tak nak...takpelah!"ujar Zahira sedikit kecewa.
"Eleh!Kau tu cuma nak cakap pasal kpop dekat dia je kan!Aku taulah niat kau tu..."perli Syuhada.
"Biarlah kalau aku nak bercakap pasal kpop pun!Kau tu pulak tak habis-habis dengan disney kau je!Kartunlah,animelah!Macam budak kecik tau tak!!!"lawan Zahira tidak mahu mengalah.
"At least benda tu menghiburkan aku!Aku takdelah tergila-gilakan lelaki sangat.Cuma lelaki jer yang tergila-gilakan aku..."ucap Syuhada.
"Ish...tak kuasa omak mau melayan nye!Rimas!!!"bentak Zahira.
Erina ketawa kecil tatkala melihat Zahira dan Syuhada bertikam lidah hanya disebabkan perkara yang mereka minat.Tiba-tiba sekuntum bunga ros merah,disuakan di hadapan Erina.
"Eh,Nizam!Bunga tu bukan untuk Syuhada ke?Kau kan suka dekat Syuhada!So,nape kau bagi bunga tu dekat Erina?Kau buta ke???"tanya Zahira.
"Kalau takat nak mainkan saya cakap jelah!Saya tak ingin pun nak marah!"ujar Erina yang menyangka bahawa rakan sekelasnya yang sering mengejeknya itu hanya ingin mempermainkannya sahaja.
"Taklah!Saya memang nak bagi bunga ni pada Erina.Waktu Irwan luahkan perasaan dia pada birthday awak tu kan awak nampak comel sangat time blushing tu!So,saya tertawan dekat awak!"ujar Nizam.
Tergamam Erina apabila mendengar kata-kata jujur daripada Nizam.Tiba-tiba sekuntum bunga lagi muncul di hadapan Erina.Kelihatan Alif si ketua kelas juga turut memberi bunga pada Erina.
"Saya pun dah tertawan pada awak Erina!"ucap Alif.
"Mana boleh macam ni...Aku yang dapat dululah..."bentak Nizam tak puas hati.
"Erina tak terima kau lagi!So,kira aku ada peluang lagilah!" lawan Alif.
Akhirnya kedua-dua jejaka itu mula berkelahi.Erina mula bertambah risau apabila terdapat lelaki lain turut menyukainya.Hidayah juga terkejut apabila sahabatnya itu ada ramai peminat.
YOU ARE READING
Sahabatku Seorang Hantu!!!
DiversosNur Erina Syafiqah adalah merupakan seorang murid tingkatan 4A.Akan tetapi,dia sering mengalami tekanan perasaan daripada keluarganya.Sahabatnya iaitu Hidayah sering mencuba dalam mengembirakannya dan hasilnya Erina berasa terhibur dengannya.Apakah...