Bab 13

333 12 3
                                    

Pada keesokan hari,Erina dan cikgu Humaira sedang bersiap-siap untuk pergi ke sekolah.Erina ingin cepat-cepat ke sekolah untuk berjumpa dengan Hidayah.Namun,cikgu Humaira menghalangnya daripada pergi dahulu.

"Erina!Jom kita sarapan dulu ye.."pelawa cikgu Humaira.

"Takpelah cikgu!Saya tak pernah ambik sarapan pagi.Kali terakhir ialah 3 tahun lepas.Itupun sebelum nenek saya meninggal"tolak Erina tersangat dingin.

"Kalau macam tu...biar cikgu yang ganti arwah nenek kamu.So,jom kita makan ye!"ucap cikgu Humaira lalu memimpin Erina ke tempat duduk.

Cikgu Humaira menyenduk nasi goreng ke dalam pinggan Erina dengan penuh cermat dan sopan.Erina hanya melihat saje ke arah cikgunya itu.Cikgu Humaira menyuakan pinggan tersebut kepada Erina.

"Nah,makan nasi goreng ni!"pelawa cikgu Humaira sambil tersenyum.

"Takpelah!Saya tak lapar"tolak Erina.

"Makanlah~Penat cikgu masak untuk Erina tau"pujuk cikgu Humaira.

"Hmmphh...baiklah!"keluh Erina akhirnya mengalah.

"Hah~kan bagus kalau macam tu!Barulah kita ada tenaga untuk belajar.."ucap cikgu Humaira lalu duduk di sebelah Erina.

Erina hanya makan makanannya sahaja.Cikgu Humaira hanya tersenyum sahaja apabila melihat perangai anak muridnya yang keras kepala itu.Namun,cikgu Humaira tiba-tiba teringat akan peristiwa malam tadi.

"Erina!Boleh tak kalau cikgu tanya sesuatu!Macam mana perangai Hidayah,sahabat kamu tu ye?"tanya cikgu Humaira.

"Buat apa cikgu tanya?"tanya Erina semula.

"Saje!Lagipun Hidayah tu jarang bergaul dengan yang lain"jelas cikgu Humaira.

"Hidayah adalah sahabat yang sangat baik!Dia tau semua masalah saya dan dialah yang lindungi saya daripada dibuli oleh pelajar lain.Dia juga sentiasa buat saya happy dan tau macam mana nak gembirakan saya.Dia ambil berat tentang saya serta sentiasa ada bila saya perlukan dia. Cuma...yang peliknya Hidayah ni takut dengan bunyi azan.Tapi saya tak tanya mengapa dan hanya senyap saje.Bagi saya Hidayah adalah orang yang amat bermakna untuk saya.Walau apapun yang terjadi!SAYA TAK MAHU BERPISAH DENGAN DIA!MAHUPUN KEMATIAN SEKALIPUN TAK AKAN HALANG SAYA DARI BERSAMA DIA!"jelas Erina dengan nada tekad.

"Sayang betul kamu dengan dia kan!Cuma cikgu nak bagi nasihat sikit pada kamu.Sayang pada Allah patut kamu lebihkan dan sayang pada Hidayah patut kamu kawal.Jangan cakap pasal kematian.Itu dah kira kamu ni tak boleh terima hakikat Allah sebab kamu nak mati sekali dengan Hidayah tu tau tak"ucap cikgu Humaira.

"Dahlah cikgu!Cikgu tak perlu nasihatkan saya.Saya nak pergi sekolah dulu!"ujar Erina dengan wajah yang masam mencuka.

"Biar cikgu tumpangkan kamu.Lagipun kamu tak tau kawasan rumah cikgu ni"pelawa cikgu Humaira.

"Baiklah!Terima kasih!"balas Erina dengan nada tidak ikhlas.

Cikgu Humaira hanya menggeleng-gelengkan kepalanya sahaja tatkala melihat perangai Erina yang susah untuk ditegur itu.Akhirnya mereka bertolak ke sekolah.Sepanjang perjalanan,Erina hanya senyap membisu sahaja.Sedikit pun dia tidak mahu bercakap.

Sesampai sahaja di sekolah,Erina terus keluar daripada kereta cikgu Humaira tanpa mengucapkan sebarang terima kasih kepada gurunya itu.Erina terus berlari ke kelas untuk bertemu dengan Hidayah.Namun,sesampai sahaja di kelas,Erina langsung tidak melihat sebarang kelibat Hidayah.Erina terus melihat jam ditangannya untuk melihat masa.

"Dah pukul 7.20 pagi!Mana Hidayah pergi ye?Sekejap lagi cikgu akan masuk!Takkanlah Hidayah tak datang sekolah?Selama ni dia mana pernah cuti~"fikir Erina.

Sahabatku Seorang Hantu!!!Where stories live. Discover now