Bab 7

409 13 0
                                    

      "Wehy Hidayah!Kau pergi mana tadi?Penat aku tunggu dekat library tau tak"tanya Erina sedikit merungut.

      "Sorry Erina!Aku ada kerja sikit tadi.So,aku tak dapat temankan kau!Sorry ye"balas Hidayah.

      "Okaylah!Lagipun aku ni memang selalu sorang-sorang dulu.So,aku dah terbiasa"ucap Erina acuh tak acuh.

      "Janganlah merajuk Erina.Aku takkan tinggalkan kaulah.Cuma tadi aku ada kerja sikit sebab tulah aku tak dapat temankan kau"pujuk Hidayah.

      Erina tersenyum riang apabila mendengar kata-kata daripada sahabatnya itu.Erina terus memeluk lengan Hidayah dan melentokkan kepalanya di bahu Hidayah sebagai tanda ia ingin bermanja.Hidayah hanya tersenyum lalu mengusap kepala Erina yang berlapikkan kain tudung sekolahnya itu.

      Selepas itu,Cikgu Humaira guru kelas 4A itu datang ke kelas.

      "Erina Syafiqah!Mari ikut cikgu ke pejabat sekejap.Ibu bapa kamu nak berjumpa"panggil Cikgu Humaira.

      Erina tidak berkata apa-apa.Mukanya terus bertukar daripada ceria kepada masam mencuka.Dia memandang ke arah Hidayah.Hidayah tersenyum kepada Erina sebagai tanda memberi semangat kepada Erina.Serta merta Erina menarik nafasnya dengan dalam dan menghembuskannya perlahan-lahan untuk bertenang.Selepas itu dia bangun dan bergerak ke arah Cikgu Humaira sambil diperhatikan oleh pelajar sekelasnya.

      Erina mengikuti Cikgu Humaira dengan langkah yang berat.Dia langsung tidak bersedia untuk berjumpa dengan ibu bapanya setelah kejadian yang dilihatnya semalam.Sesampai sahaja di pejabat urusan,Erina melihat ke arah ibu dan ayahnya yang sedang menunggunya.

      "Erina!"panggil Puan Alina ibu kepada Erina.Dia terus mendapatkan anaknya itu.

      "So,saya pergi dulu ye"pinta Cikgu Humaira lalu beredar.Maka tinggallah Erina dan ibu bapanya di dalam bilik tersebut.

      "Ada apa ibu dan ayah datang dekat sekolah Erina ni"tanya Erina.

      "Erina!Erina sayang ibukan?"tanya Puan Alina.

      "Tak!Erina sayang ayahkan"celah Tuan Hashim.

      "Apa maksud ayah dan ibu ni"tanya Erina dengan penuh rasa curiga.

      "Erina!Ibu dan ayah akan bawa hala tuju masing-masing lepas ni.So,kami nak kamu pilih yang kamu nak ikut siapa.Ibu tahu yang kamu lebih sayangkan ibu daripada ayah.Jadi,kamu ikut ibu saje ye sayang"jelas Puan Alina sambil memujuk anaknya.

      "Tak boleh!Erina akan ikut saya sebab dia anak saya.Lagipun dia akan ada ibu baru yang lebih baik daripada awak"bentak Tuan Hashim.

      "Eleh,awakkan boleh dapat anak lain daripada isteri baru awak tu.Saya tak kira,anak saya akan ikut saya.Anak mana yang suka ikut ayah yang ada isteri baru"perli Puan Alina.

      "Tak boleh.."bentak Tuan Hashim tegas.

      Erina mula sakit hati apabila melihat ibu bapanya berebutkannya.Hatinya juga sakit apabila mengetahui ibu bapanya akan bercerai tak lama lagi ibarat terdapat sebilah pedang yang menusuk tepat ke jantungnya.

      "CUKUP!!!ERINA TAK NAK IKUT SAPE-SAPE..ERINA AKAN JAGA DIRI SENDIRI.IBU DAN AYAH PERGILAH JALANI HIDUP MASING-MASING!!!"jerit Erina.Air matanya gugur satu persatu apabila melihat perangai kedua ibu bapanya itu.

      Serta merta Erina melarikan dirinya daripada bilik tersebut.Di luar,Cikgu Humaira yang telah mendengar tentang segala-galanya cuba untuk menghalang Erina daripada pergi.Namun,Erina hanya merempuh sahaja guru kelasnya itu sehingga Cikgu Humaira terjatuh.Untunglah,Cikgu Humaira terjatuh di atas sofa yang berada di bilik pejabat tersebut.

      "Erina!"panggil Puan Alina.

      "Ini semua salah awak!Kalau awak tak paksa budak tu tadi dia mesti tak akan lari"tuduh Tuan Hashim.

      "Saya pulak awak tuduh!Eh,sedar sikit yang awak tu ayah yang tak tahu malu.Dah tua-tua pun masih lagi nak menggatal dengan perempuan lain.Dah lah pompuan tu tak jauh beza dari umur anak kita tu"perli Puan Alina.

      "Eh,walaupun dia tu hanya 5 tahun beza dari anak kita tu,at least dia tahu cara nak jaga hati suami tahu tak.Bukan macam awak"lawan Tuan Hashim.

      Di luar,para guru hanya melihat sahaja pertengkaran antara ibu bapa Erina sambil bergeleng kepala.

      "Patutlah si Erina tu suka bersendirian dan bercakap sorang-sorang.Rupa-rupanya ibu bapa dia yang jadikan anak mereka macam tu.Kadang kala saya kesian tengok si Erina tu"ucap salah seorang cikgu yang berada di situ.

      Cikgu Humaira terus mencari Erina tanpa menghiraukan kedua ibu bapa Erina yang bertekak itu.Sebagai seorang guru,Cikgu Humaira hanya merisaukan anak muridnya itu sahaja.Baginya,itu sudah menjadi sebuah kewajipannya sebagai seorang guru dalam mengambil tahu semua hal masalah yang menimpa muridnya itu.

      Di tempat Erina,dia telah melarikan diri ke tempat yang selalu dia datang untuk meluahkan perasaan iaitu di hadapan pokok bunga hayat Hidayah.Dia menangis sepuas-puas hatinya di hadapan pokok tersebut.

      Hidayah yang berada di dalam kelas,telah mendengar suara tangisan Erina.Dia terus menghilangkan dirinya dari situ dan pergi ke tempat pokok hayatnya di mana Erina sedang berada.

      Sesampai sahaja di sana dia melihat Erina sedang menangis teresak-esak.Dia terus mendekati sahabatnya itu lalu memegang bahu Erina.Erina terus mendongakkan kepalanya apabila merasakan bahawa ada seseorang memegang bahu kanannya.Dia mendapati bahawa orang itu adalah Hidayah.Hidayah hanya memandang Erina dengan pandangan yang sayu dan simpati.Serta merta dia memeluk sahabatnya itu dengan air mata yang gugur satu persatu.

      "HI..DA..YAH.."panggil Erina teresak-esak.

      "Shhh..jangan cakap apa-apa.Terus je menangis.Lepaskan segala yang terpendam dalam hati awak tu"ujar Hidayah.

      Selepas Hidayah berkata sedemikian,Erina terus meraung sekuat hatinya di dalam dakapan Hidayah.Hidayah juga turut mengalirkan air matanya kerana berasa amat sedih apabila melihat Erina bersedih.

      Selepas menangis sekian lama,akhirnya tangisan Erina menjadi reda.Hidayah terus melepaskan pelukannya terhadap Erina.Dia menatap wajah Erina dengan lama dan secara perlahan-lahan serta lemah lembut dia mengesat saki baki air mata yang sudah mula mengering di pipi Erina.

      "Dah puas menangis?"tanya Hidayah sambil tersenyum.

      "Thanks Hidayah sebab kau sudi temankan aku dekat sini" ucap Erina mula berasa lega.

      "Takde papelah.Aku tak kisah pun sebab kaukan sahabat aku Erina"balas Hidayah.

      "Tapikan!Macam mana kau boleh keluar dari kelas?Dan macam mana pula kau boleh tahu aku ada dekat sini?"tanya Erina bertubi-tubi apabila sedar bahawa waktu belajar masih lagi berjalan.

      "Aku skip kelas tadi sebab aku tahu yang sahabat aku ni pasti rasa sedih lepas jumpa ibu bapa dia.Lagipun aku tahu yang kau tu suka duduk sini sebab aku dah lama perhatikan kau Erina"balas Hidayah.

      "Hi..da..yah.."ucap Erina mula sebak kembali.

      Dengan perlahan,Hidayah mula memeluk Erina lagi sekali.

      "Dah tu!Jangan sedih-sedih lagi.Kau tu cantik.Kalau terus menangis nanti buruk"ujar Hidayah sedikit bergurau.

      "Thanks Hidayah.Kaulah satu-satunya orang yang faham perasaan aku..."ucap Erina teresak-esak.Hidayah pula hanya menganggukkan kepalanya sahaja.

      Disebalik semua itu,Cikgu Humaira telah perhatikan gelagat Erina yang bercakap bersendirian itu.Bulu tengkuknya sudah lama meremang.Dia dapat merasakan bahawa ada sesuatu yang sedang mendampingi Erina pada masa itu.Serta merta Cikgu Humaira beredar dengan perlahan-lahan sambil berfikir tentang hal Erina.

Sahabatku Seorang Hantu!!!Where stories live. Discover now