Bab 8

382 14 1
                                    

      Selepas bersedih,Hidayah membawa Erina pulang semula ke kelas.Erina berjalan melepasi rakan sekelasnya yang lain dengan wajah yang menggerunkan.

      "Wehy..Syuhada!Kenapa rupa Erina tu nampak pucat sangat dan lepas tu menakutkan macam hantu je?"tanya Zahira rakan baik kepada Syuhada.

      "Entahlah!Dulu time aku buli dia tu...okey je.Tapi sekarang dia tu macam kena rasuk hantu je.Hari tu pun dia pandang aku dengan wajah yang bengis je lepas aku sadung kaki dia!Meremang bulu roma aku.bila tengok dia time tu.Tak pernah-pernah dia  si Erina tu berani tenung aku selam aku buli dia"balas Syuhada dengan nada mengeluh bercampur risau.

      "Mungkin ada hantu yang berdamping dengan dia kut.Kalau betullah,si Erina tu berada dalam bahaya sekarang ni tau tak"fikir Zahira.

      "Maksud kau apa Zahira?Aku kurang fahamlah"tanya Syuhada ingin tahu.

      "Aku pernah dengar orang-orang tua bercakap pasal hantu berdamping dengan manusia ni.Kalau hantu terlampau lama berdamping dengan seorang manusia...hayat manusia tu akan berkurang dan berkemungkinan yang dia mati pun dia takkan sedar sebab hantu tu bawa dia secara diam-diam"jelas Zahira.

      "Kau biar betul!Kalau hal tu terjadi..Habislah Erina"ucap Syuhada tak terkata-kata.

      "Ye betul!!!Tanda-tanda pada Erina sekarang ni memang menunjukkan bahawa hantu tu dah lama dengan dia.Kalau dibiarkan lagi mungkin Erina akan dibawa oleh hantu tu"jelas Zahirah dengan bersungguh-sungguh.

      "Hmm..."fikir Syuhada sedikit risau akan Erina.

       "Kau ni apa hal?Buat apa kau fikir pasal Erina?Bukan kau cuma suka buli dia ke?"tanya Zahira apabila teringat yang sahabatnya itu suka membuli Erina.

      Syuhada tidak membalas kata-kata Zahira.Dia hanya melihat ke arah Erina yang sedang bercakap seorang diri itu.

      "Hidayah!Awak nak ikut saya pergi jalan-jalan tak"tanya Erina.

      "Nak ke mana?"tanya Hidayah semula.

      "Pergi bersiar-siar dekat shopping mall ke..tak pun kite pergi ke taman"cadang Erina.

      "Emm..macam mana ni.Kalau Erina keluar dengan aku..Nanti dia betul-betul akan dianggap sebagai gila..APA NAK BUAT YE.."fikir Hidayah.

      Tiba-tiba Hidayah mendapat satu idea.

      "Emm..okey je tapi kena bawa orang lain juga sebab untuk elak fitnah.Orang sekarang ni kan suka tuduh yang bukan-bukan.Silap hari bulan dorang anggap kite ni lesbian pulak sebab terlampau rapat"jelas Hidayah.

      "Habis!Kite nak ajak sape?Saya hanya nak keluar dengan awak je"tanya Erina.

      "Irwanlah!Lagipun dia tu ketua kepada kelab Bahasa Melayu dengan awakkan.So,takpekan kalau ajak dia sekali"ujar Hidayah cuba untuk mengambil kesempatan.

      "Kenapa tiba-tiba nama dia awak sebut?Dia ada ugut awak ke?"tanya Erina sedikit curiga dengan perangai sahabatnya itu.

      "Eh,mana ada!Ermm..sebenarnya aku takleh pegi...sebab aku ada hal.Aku nak kau pergi ngan Irwan dulu lepas tu kalau sempat aku datang baru aku join sekali.Kalau tak..tak bolehlah..."jelas Hidayah dengan bersungguh-sungguh.

      "Ala...kalau kau tak boleh pergi...aku pun tak jadilah nak pergi"ucap Erina.

      "Kau pergilah dengan Irwan"cadang Hidayah masih tidak mahu berputus asa dalam cuba merapatkan Erina dan Irwan.

      "TAK NAK!Aku cuma nak keluar dengan kau je"bentak Erina degil.

      Hidayah terus mengalah apabila Erina membantah keras.Tidak lama kemudian,cikgu mata pelajaran lepas rehat pun masuk.Sedang kelas 4A menumpukan perhatian kepada subjek Kimia yang diajar,tiba-tiba cikgu Humaira muncul di bingkai pintu kelas 4A.

      "Assalammualaikum,cikgu!Sorry kalau ganggu!Saya cuma nak panggil Irwan dan Erina"tegur cikgu Humaira.

      "Boleh je,Cikgu!Erina dan Irwan cikgu Humaira nak jumpa"panggil Cikgu Sophia.

      Erina dan Irwan terus bangun lalu bergerak ke arah cikgu Humaira."Cikgu!Saya nak pinjam mereka sekejap ye"pinta cikgu Humaira.

      "Boleh je cikgu"balas cikgu Sophia.

      "Okay!Jom ikut cikgu"ajak cikgu Humaira.

      "Baik cikgu!"jawab Erina dan Irwan serentak.Mereka terus mengikuti langkah cikgu mereka itu.

      Cikgu Humaira membawa Irwan dan Erina ke bilik Kelab Bahasa Melayu.

      "Cikgu nak minta tolong kamu berdua ni!Tak lama lagi akan diadakan aktiviti perkhemahan untuk kelab BM.So,cikgu nak Irwan taip surat kebenaran ibu bapa dan Erina akan bantu Irwan apa yang perlu"jelas cikgu Humaira.

      "Tapi kenapa kami yang terbabit cikgu.Pelajar lainkan boleh tolong"tanya Erina sedikit membantah apabila dipaksa untuk bertugas dengan Irwan.

      "Kamu berduakan pengerusi dan naib pengerusi persatuan kelab Bahasa Melayu ni.So,ini sebagai tugas kamu berdua tau!Setiausaha dan naib setiausaha kena buat perancangan kem nanti.AJK tingkatan sedang sediakan berbagai peralatan dan bendahari tengah kira anggaran kos untuk kem.So,adilkan"balas cikgu Humaira.

      Erina tidak dapat memberikan kata-kata tidak puas hatinya itu lagi.Dia hanya mengangguk tanda faham lalu memulakannya kerjanya.Irwan pula berbunga-bunga apabila dapat melakukan tugas bersama Erina.

      "Okaylah!Cikgu nak uruskan hal ibu bapa kamu di pejabat tu lagi.Sebab mereka masih lagi bertengkar di pejabat urusan"ujar cikgu Humaira.

      Erina mula rasa sakit hati apabila mendengar bahawa ibu bapanya masih bertengkar di sekolah.Dia berasa amat marah pada masa itu.Cikgu Humaira hanya melihat ke arah anak muridnya yang satu itu.

      "Jangan risau!Cikgu akan suruh mereka balik dan nanti bila balik kamu akan bincang dengan mereka"pujuk cikgu Humaira.

      "SAYA TAKNAK BALIK!DAN SAYA TAK AKAN SESEKALI JUMPA MEREKA LAGI!MEREKA TU HANYA NAK HAK PENJAGAAN ANAK SEBAB SAYA ADALAH PEWARIS HARTA KEPADA ARWAH NENEK SAYA.LEPAS TU MEREKA MESTI AKAN..AKAN..AKAN TINGGALKAN SAYA MACAM TU SAJE..."tangis Erina.

      Cikgu Humaira terus memeluk Erina.Irwan hanya melihat sahaja dengan perasaan simpati."Kalau kamu tak mahu balik!Habis kamu nak tinggal di mana?"tanya cikgu Humaira.

      "Saya boleh jaga diri sendiri.Tapi saya tak akan balik.Apa mereka ingat yang hidup mereka saje yang penting.Saya ni tak penting ke?Saya ni bukan anak dorang ke?"raung Erina.

     "Apa kata kalau kamu tinggal dengan cikgu.Lagipun cikgu tinggal sorang.Kalau kamu ada cikgu ada juga kawan"cadang cikgu Humaira.

      Erina tak percaya bahawa cikgu Humaira mengajaknya untuk tinggal di rumahnya."Tapi..."ucap Erina tak terkata-kata.

      "Takde tapi-tapi.Cikgu nak kamu tinggal dengan  cikgu.Cikgu janji akan jaga kamu dengan baik"ujar cikgu Humaira nekad.

      Erina hanya mengangguk tanda setuju  serta merta cikgu Humaira beredar ke pejabat urusan untuk berbincang tentang Erina dengan Tuan Hashim dan Puan Alina.Erina hanya melihat cikgunya pergi dengan wajah yang kebingungan.Dia tidak sangka bahawa ada orang yang mengambil berat akan dirinya selain Hidayah.Namun Erina tidak mahu terlalu mempercayainya kerana takut akan dilukai lagi.

Sahabatku Seorang Hantu!!!Where stories live. Discover now