Bab 14

339 10 2
                                    

      Pada keesokan hari,Erina sedang menunggu Hidayah di kelas seperti biasa.Matanya tak lepas daripada memandang ke arah pintu.

      "Harap-harap Hidayah muncul hari ni!"ucap Erina penuh berharap.

      Tidak lama kemudian,Hidayah muncul di bingkai pintu kelas.Erina mula tersenyum lebar lalu dia berlari ke arah Hidayah dan memeluk sahabatnya itu.Hidayah langsung tidak memberi sebarang respon kepada Erina.Wajahnya pucat dan kelihatan Hidayah hanya lesu sahaja.

      "Hai Hidayah..Kenapa awak tak datang semalam?"tanya Erina.

      "Saya pergi tenangkan diri daripada kebenaran!"balas Hidayah.

      "Kebenaran apa?"tanya Erina ingin tahu.

      "Takde apa-apalah!Saya penat!Saya pergi duduk dulu!"nafi Hidayah lalu bergerak ke arah mejanya.

      Erina hanya membuntuti saja langkah Hidayah.Dia turut duduk apabila Hidayah duduk di kerusi.Erina masih berfikir tentang kebenaran yang Hidayah rahsiakan tadi.Dia merenung sahabatnya itu dengan seribu satu pertanyaan yang berlegar di kepalanya saat itu.

      Beberapa minit selepas itu,para pelajar mula memasuki kelas satu persatu.Irwan yang baru sampai terus menuju ke arah meja Erina dengan sekuntum bunga ros putih di tangannya.Dia menghulurkan bunga tersebut di hadapan Erina sambil diperhatikan oleh pelajar lain.Pelajar perempuan pula,mula dilanda cemburu yang meninggi kecuali Syuhada.

      "Hai,Erina!Selamat Hari Jadi!Bunga ni adalah untuk awak!"ucap Irwan.

      "Macam mana awak tahu yang hari ni adalah hari jadi saya?"tanya Erina.

      "Sayakan peminat awak dari tingkatan dua..So,saya taulah yang hari ni adalah hari jadi awak!"balas Irwan.

      "Woi Irwan!Kau suka budak yang tak waras ni!Kau gila ke?"sergah Alif si ketua kelas.

      "Betul tu!Awak tak sesuai dengan Erina!Awak dahlah jejaka popular dekat sekolah ni.So,takde class lah kalau awak suka dia!"celah Aina si bendahari kelas.

      "Betul tu Irwan!Sayakan dah cakap yang saya tak akan terima awak!Saya tak mahu ada hubungan dengan sape-sape!Saya benci semua tu!Baik awak putus asa dan pergilah couple dengan Syuhada tu!Dia lagi sesuai dengan awak!"ujar Erina dengan nada tegas.

      "Awak nak cakap apa pun terserahlah!Ini soal hati saya!Kalau awak yang saya pilih maka awak saja yang akan saya pilih.Saya tak kira apa pandangan semua orang.Yang saya tau ialah SAYA CINTAKAN AWAK!"luah Irwan.

      Tergamam para pelajar apabila mendengar kata-kata luahan hati Irwan terhadap Erina.Erina pula,hanya menggeleng-gelengkan kepalanya saja.Fikirannya mula buntu apabila melihat jejaka yang keras kepala itu.

      "Dah!Cukuplah Irwan!Awak tak faham ke hah!Saya kata tak nak!TAK NAKLAH!!!"marah Erina.

      Irwan terus merapatkan wajahnya ke arah wajah Erina.Hidayah pula seperti sedang berada di dunianya sendiri.Irwan menatap wajah Erina daripada dekat dengan wajah yang sangat berkarisma.Erina mula gugup apabila Irwan terlalu rapat dengan.Wajahnya mula menampakkan rona-rona merah dan itu membuatkan Erina kelihatan sangat comel.Sehingga membuatkan pelajar lelaki yang berada di kelas itu tertawan dengannya.

      "Walau apapun yang terjadi!Saya tetap akan dapatkan awak!Saya tak kira awak mahu ataupun tidak!Saya akan buat awak agar jatuh hati pada saya!"ucap Irwan.

      Erina hanya mampu menelan air liurnya sahaja.Mulutnya seolah-olah terkunci dengan kata-kata Irwan.Tiba-tiba Irwan tersenyum lebar.

      "Apa-apa pun!Happy Birthday Erina!Tahniah sebab dah genap berumur 16 tahun!Semoga awak sentiasa sihat selalu supaya saya boleh dapatkan awak!By the way,bunga ni adalah hadiah hari jadi awak!"ujar Irwan lalu menyerahkan bunga tersebut kepada Erina.

Sahabatku Seorang Hantu!!!Where stories live. Discover now