Bab 18

346 11 1
                                    

Beberapa hari kemudian,Erina keluar bersama cikgu Humaira,Irwan dan Hidayah.Mereka bergembira di sebuah taman tema.

"Wah,banyaknya mainan dekat sini..."ucap Erina teruja.

"Ye,aku tau yang kau ni tak pernah datang tempat macam ni!Maklumlah,waktu kecik tinggal dekat kampung.Dah besar tak pernah datang sini.Sebab tu aku bawak kau ke sini" ucap Hidayah.

"Thanks Hidayah!Sebab tu aku sayang sangat dengan kau walaupun kau adalah hantu!"ujar Erina sambil tersenyum.

Terkejut Hidayah dan Irwan apabila Erina sudah tahu akan kebenarannya.Cikgu Humaira hanya melihat saje kerana dia sudah mengetahui hal itu.

"Ma..ma..macam mana kau boleh tahu yang a..aku..ni..han..hantu"tanya Hidayah tergagap-gagap.

"Eh,ada pirate's revengelah! Saya dah lama nak naik benda tu!Cikgu jom kita naik nak tak"ajak Erina tanpa menjawab pertanyaan Hidayah itu.

Erina terus menarik cikgu Humaira agar ikut bersamanya.Mereka menyerahkan tiket kepada penjaga Pirate's Revenge dan terus menaiki kapal tersebut.Irwan dan Hidayah turut menaiki kapal tersebut.Kapal mula berayun dengan perlahan-lahan.

"Erina!Bila kau tau yang aku ni adalah hantu!"tanya Hidayah.

"Woah~~bestnyerr"sorak Erina tanpa mempedulikan Hidayah.

Berhenti saje kapal itu daripada terus berayun,Hidayah terus menarik Erina agar mengikutinya.Dia membawa Erina menaiki Roda Ferris.Hanya mereka berdua saje yang berada di dalam itu.

"Aku tanya kau lagi sekali! Bila kau tau yang aku ni hantu?" tanya Hidayah tersangat tegas.

"Hmm...aku dah lama tau yang kau ni hantu!Aku dah lama syak dan baru dapat pastikan beberapa hari yang lalu"balas Erina.

"Kenapa kau tak hindari aku?"tanya Hidayah lagi.

"Sebab aku sayangkan kau! Aku suka sangat kawan dengan kau!Kau adalah sahabat aku satu-satunya.Takde orang boleh gantikan tempat kau.Walaupun kau hantu!Aku tetap akan anggap aku sahabat aku"luah Erina sambil menangis.

"Jangan macam ni Erina...Kalau macam ni susahlah aku nak pergi..."ujar Hidayah.

"Kalau macam tu kau tak payahlah pergi ye!Aku tak nak pisah dengan kau..."rayu Erina.

"Maaf Erina!Aku kena pergi!Kalau tak nyawa kau dalam bahaya!"ucap Hidayah mula sebak.

Erina terus memeluk Hidayah sambil menangis kuat.Hatinya tak sanggup untuk berpisah dengan Hidayah.

"Dahlah tu Erina!Apa kata kita luangkan masa bersama okey!Masa aku hanya tinggal 3 hari saje lagi!So,kita manfaatkan masa kita ye"pujuk Hidayah.

"Baiklah!"balas Erina lalu mengesat air matanya.

Mereka memutuskan untuk meluangkan masa bersama-sama sehingga tiba masa untuk Hidayah pulang.

Kini,mereka berada di KFC untuk makan tengahari.Cikgu Humaira sedang memesan makanan untuk anak-anak muridnya.Manakala Erina,Hidayah dan Irwan hanya menunggu di meja.

"Irwan!Nanti kau jaga Erina lepas aku takde tau!"ucap Hidayah.

"Baik hantu pokok!Kau tak suruh pun aku akan buat juga" balas Irwan.

"Tak perlu jaga aku!Aku bukan budak kecillah!Ibu dan ayah boleh jaga aku!"ujar Erina.

"Selama ni dorang mana pernah jaga kau!"ucap Hidayah kebingungan.

Sahabatku Seorang Hantu!!!Where stories live. Discover now