Bab 2

600 22 2
                                    

Pada waktu rehat,Erina dan Hidayah sedang mengulangkaji pelajaran di pusat sumber sekolah mereka.Mereka selalunya tidak keluar pergi makan.Sebaliknya,kedua-dua sahabat itu lebih suka mengulangkaji pelajaran dengan masa yang singkat itu.Tambahan pula peperiksaan pertengahan tahun hampir menjelang tiba.

"Wehy...Aku tak fahamlah subjek Matematik ni~"rungut Hidayah.

"Tulah!Siapa suruh kau tidur waktu subjek Mate tadi!Sekarang baru nak terngadah"ngomel Erina.

"Ceh,macamlah kau tu bagus sangat!Aku ni dari dulu lagi tak sukakan subjek Matematik ni tau.Aku lagi suka seni daripada benda ni"lawan Hidayah sambil mempertahankan dirinya.Erina tidak mampu berkata-kata kerana dia tau bahawa Hidayah akan terus melawan kata-katanya.Erina tidak mahu perkara itu menjadikan ia sebagai sebuah pertengkaran diantara dia dan Hidayah.

"Sinilah aku tolong mana yang kau tak faham tu"pelawa Erina dengan lemah lembut.

"Betul ke!Wah,baguslah kalau macam tu..."ujar Hidayah keriangan.

"Okay!First...kau kena.."arah Erina mula mengajar.Namun...

"Kringgg....."

Bunyi loceng menandakan waktu rehat telahpun tamat.Hidayah tercengang apabila mendengar bunyi loceng tersebut.Hatinya mula panas membara.

"Ish...time,time macam ni jugaklah kau nak bunyi...POTONG LINE BETULLAH!!!!"rengus Hidayah kegeraman.

Erina hanya ketawa sahaja tatkala melihat Hidayah yang marah itu.Tanpa berlengah mereka terus mengemas segala peralatan dan kembali ke kelas.Sepanjang berjalan ke kelas,Hidayah tidak henti-henti dari terus merungut akan hal tadi.

Sesampai sahaja di kelas,Erina terus kembali ke tempat duduknya.Namun kakinya telah disadung oleh Syuhada,salah seorang musuhnya.Erina yang hampir terjatuh terus ditarik oleh Hidayah.Disebabkan itu Erina terselamat daripada sebarang kecederaan atau kesakitan.

Hidayah merenung tajam ke arah Syuhada.Wajahnya amat menakutkan Erina pada masa itu.Syuhada pula kelihatan amat takut apabila memandang Erina tanpa diketahui sebabnya.Hidayah terus menarik Erina pergi ke tempat duduk mereka.Syuhada dan pelajar lain berasa amat gerun apabila melihat mereka berdua.Namun Erina tidak mengendahkan mereka.Sebaliknya,dia hanya melihat Hidayah yang masih bengis kerana terlampau marah akan Syuhada.

Erina terus menggosok-gosok belakang Hidayah dengan lemah lembut agar sahabatnya itu berasa tenang.Dengan perlahan-lahan Hidayah memandang kearah Erina dengan pandangan yang sayu."Dahlah!Janganlah marah lagi...Pedulikan je dorang tu"pujuk Erina.

"Aku bukannya apa!Aku tak nak kau dibuli lagi.Kalau aku dah takde nanti siapa akan jaga kau"ujar Hidayah dengan nada sedih.

"Jangan cakap macam tu...Kau akan sentiasa dengan aku...Kau tak akan tinggalkan akukan!!!"tanya Erina inginkan kepastian daripada sahabatnya itu.

"Tapi...Maut bolehkan"balas Hidayah.

Erina terdiam dengan kata-kata sahabatnya itu.Dia tahu bahawa ajal dan maut boleh memisahkan mereka.Namun,dia tidak mahu mengambil tahu akan hal tersebut.Walaupun dia agak sedikit mementingkan diri,Erina tetap tidak mahu berpisah dengan Hidayah.Baginya,Hidayah adalah satu-satunya orang yang dia ada sebagai tempat dia mengadu nasib dan bergantung.

"Dah!Aku tak nak cakap pasal ni!Aku tak nak dengar pasal perpisahan"bentak Erina lalu menutup kedua-dua belah telinganya.

"Tapi Erina..."ucap Hidayah serba salah.

"Cukup..."herdik Erina tidak mahu dengar.

Hidayah hanya menurut kata-kata Erina itu.Dia tidak mahu meneruskannya apabila sahabatnya itu tidak mahu mendengar.Akan tetapi,jauh di sudut hati Hidayah dia berasa amat risau dan serba salah terhadap Erina.Dia ingin mengungkapkannya kepada sahabatnya itu tetapi tidak dapat diluahkan.Sepanjang masa itu mereka berdua hanya senyap membisu tanpa berkata apa-apa.

Tidak lama selepas itu,guru matapelajaran subjek Bahasa Melayu pun masuk.Para pelajar 4A bersiap sedia untuk memulakan seisi pembelajaran pertama mereka selepas waktu rehat.Erina hanya menumpukan sepenuh perhatiannya terhadap subjek tersebut.Manakala Hidayah hanya melukis Anime tanpa menumpukan perhatian terhadap mata pelajaran tersebut kerana ia merupakan salah satu subjek yang amat membosankan bagi Hidayah.Dia lebih tertarik terhadap subjek Seni Visual sahaja.

Sahabatku Seorang Hantu!!!Where stories live. Discover now