Bab 4

435 13 1
                                    

      Pada keesokan hari,Erina keluar dari rumah lebih awal daripada biasa.Dia berjalan kaki pada waktu subuh yang sejuk membeku itu seorang diri.Dia langsung tidak peduli apa yang berlaku disekelilingnya pada ketika itu.Otaknya bercelaru apabila terfikirkan hal semalam.Erina berasa amat marah,sedih dan kecewa terhadap perkara yang berlaku pada ibunya semalam.

      Tiba-tiba seseorang menarik Erina.Erina meronta-ronta ketakutan.Erina berasa amat takut pada ketika itu.Orang tersebut terus menarik Erina agar berhadapan dengannya.

      "Hei,Erina!Ini akulah"panggil Hidayah.Ternyata orang menarik Erina ialah sahabatnya sendiri iaitu Hidayah.

      "Hi..da..yah.."tangis Erina lalu memeluk Hidayah.

      "Kenapa ni...Cuba bagitau aku"tanya Hidayah.

      "Ayah aku...dia..dia..dia paksa mak aku tandatangan surat persetujuan untuk dia kawin lain..."ngadu Erina.

      Hidayah hanya senyap membisu tatkala mendengar luahan daripada Erina itu.Dia memeluk sahabatnya itu dengan erat."Dah jangan nangis lagi!Jom aku bawa kau ke satu tempat"ajak Hidayah.

      Erina hanya mengangguk tanda setuju sahaja.Hidayah terus memimpin Erina ke sekolah dan mereka menuju ke bangunan lama sekolah mereka.Erina hanya mengikuti langkah Hidayah tanpa berkata apa-apa.Hidayah terus membawa Erina ke salah sebuah kelas yang agak usang dan penuh dengan debu.

      "Buat masa ni kita lepak dekat sini dulu"cadang Hidayah.

      "Tapi...kenapa dekat sini?"tanya Erina.

      "Sebab tempat ni agak sunyi dan menenangkan.Tambahan pula,takkan ada orang akan ganggu kita dekat sini,ERINA"jelas Hidayah dengan suara yang menyeramkan.

      Erina sedikit gerun apabila mendengar suara Hidayah sedikit menyeramkan pada masa itu.Berdiri bulu roma seluruh badannya.Seolah-olah yang bersamanya pada masa itu adalah hantu dan bukannya manusia.Namun,dia cuba tidak mengendahkan perkara tersebut.Erina terus duduk disebelah Hidayah sambil kepalanya dilentokkan ke bahu sahabatnya itu.
Hatinya masih lagi terluka akan hal semalam.Tiba-tiba...

      "Allahuakbar Allahuakbar!Allah..huakbar Allah..huakbar.."

     Azan subuh telahpun berkumandang.Erina menghayati suara azan subuh yang amat menenangkan dirinya pada ketika itu.Akan tetapi,Hidayah mula rasa tidak selesa dan lemas.Seolah-olah dia tidak boleh bernafas.Dia merasa amat takut dengan suara azan.Serta merta dia menutup kedua-dua belah telinganya.

      Erina perasaan akan tingkah laku sahabatnya itu.Dia mula berasa bingung dan pelik apabila melihat sahabatnya tidak suka akan bunyi azan.Dia memikirkan perkara itu dalam-dalam.

      "Hidayah!Are you alright?"tanya Erina risau.

      "Aarrgghh..panas..panas.." raung Hidayah kesakitan.

      "Hidayah..Kenapa ni?"tanya Erina cemas.

      "To..tolong aku Erina..Jauhkan aku dari bunyi azan ni.S..sakit..Erina..."rayu Hidayah tidak dapat membendung rasa kesakitan.

      Erina yang risau akan keadaan sahatnya terus memapah Hidayah ke tempat yang jauh dari bunyi azan subuh itu.Dia terus membawa Hidayah ke stor usang bangunan lama di tingkat bawah bangunan lama itu lalu mengunci pintu tersebut.Suara azan tidak kedengaran lagi dan Hidayah mula berasa tenang dengan perlahan-lahan.Erina pula kebingungan apabila melihat sahabatnya yang takut akan bunyi azan.

      Dia merenung sahabatnya itu dengan lama.Hidayah perasaan bahawa Erina kini sedang tertanya-tanya akan kelakuannya yang tadi.Dia terus menarik nafas dengan tersangat dalam dan menghembuskannya dengan perlahan-lahan.

      "Okay!Aku tahu yang kau tertanya-tanya pasal hal tadi.Tapi buat masa ni boleh kau jangan tanya aku apa-apa tak. Bagi aku masa sikit sebelum aku jelaskan segala-galanya"pinta Hidayah.

      "Baiklah aku tak akan tanya kau!Aku akan tunggu masanya bila kau sedia nak luahkan semuanya nanti"balas Erina tanpa mengesyaki apa-apa.Dia menghormati permintaan sahabatnya itu.

      "Thanks Erina!Aku senang sangat bila ada sahabat macam kau.Bila tiba masanya nanti aku akan jelaskan semuanya dekat kau"ujar Hidayah lalu tersenyum.

     "Takpe!Kau pun dah banyak dengar luahan hati aku ni..So apa salahnya kalau aku tak tanya kau kan"jawab Erina lalu duduk di sebelah Hidayah.Dia terus melentokkan kepalanya ke bahu Hidayah.

     "Kau tidurlah kat bahu aku.Aku tahu semalam kau tak tidur langsung.Mata pun dah sembap sebab menangis semalaman!" ucap Hidayah.

      "Thanks Hidayah!Kaulah satu-satunya sahabat aku yang sentiasa faham perasaan aku.Aku harap kau takkan tinggalkan aku satu hari nanti"balas Erina lalu menutup matanya.Dengan perlahan Erina terlelap dia bahu Hidayah.

      Hidayah terus mendakap sahabatnya itu sambil air mata mengalir deras dari pipinya.Air yang keluar bukanlah air yang jernih tetapi ia adalah darah merah yang mengalir keluar dari kelopak mata hingga ke pipi mulus Hidayah.

      "Aku tak boleh bersama dengan kau lagi Erina!Sampai masanya aku perlu pulang ke tempat asalku.Masa tu aku harap kau jangan menangis bila aku pergi dan jangan lupakan aku..ERINA..Aku gembira bila dapat berkawan dengan kau!"ucap Hidayah.

      Hidayah terus menggendong Erina ke kelas dan meletakkan Erina di tempat duduknya.Setelah itu,Hidayah beredar ke bangunan lama sekolahnya semula.Dia menuju ke kelas tadi untuk berjumpa dengan seseorang.

Sahabatku Seorang Hantu!!!Where stories live. Discover now