Bab 20

486 15 3
                                    

      Hari-hari berlalu dengan bahagia buat Erina.Namun,hari yang paling dia tidak mahu tiba, akhirnya tiba jua.Hari yang di mana Hidayah bakal pergi meninggalkan dia buat selama-lamanya.Erina mula mengurung dirinya di dalam bilik dengan harapan bahawa Hidayah tidak akan pergi meninggalkannya sekiranya tidak berjumpa dengannya.

      Di sekolah,Hidayah sedang menunggu masa untuk pergi.Pada waktu pagi hari Sabtu itu,Hidayah sedang duduk di bangunan lama sekolah itu bersama para roh yang akan menghantarnya.Cikgu Humaira dan Irwan juga turut berada di situ untuk menghantar Hidayah.

      "Akhirnya,masa kamu untuk pulang sampai juga!Disebabkan ketidaktenangan kamu tu sampai buat kamu tak boleh pulang ke sana.So,saya harap kamu aman di sana"ucap ketua roh.

      "Terima kasih sebab jaga saya selama saya jadi roh yang berkeliaran ketua!Saya hargai semua jasa ketua kepada saya!"ujar Hidayah.

      "Wehy hantu pokok!Kau jangan lupakan aku ye!"sampuk Irwan.

      "Jaga Erina baik-baik!Jangan kau curang pada dia pulak!"pesan Hidayah.

      "Baik,aku janji!Kau jaga diri kat sana tau.."tangis Irwan.

      "Woi,tak gentlemanlah kalau lelaki menangis!"sergah Hidayah turut mengalirkan air mata.

      "Apa salahnya kalau lelaki pun nak menangis!Kami ni pun ada hati dan perasaanlah!" bentak Irwan.

      "Yelah!Asyik kau je yang nak menang!Tapi,aku tak kisah pun! Yang penting jaga Erina baik-baik"ujar Hidayah.

      "Baik Hantu Pokok!"sahut Irwan sambil memberi tabik hormat.

      "Cikgu Humaira!Terima kasih sebab semuanya!Cikgu nanti tolong bimbing Erina ye" ucap Hidayah.

      "Itu tak perlu cakap!Cikgu pasti akan jaga dia!Kamu jaga diri ye!Walaupun kamu berada jauh di sana,jangan lupakan kami ye!"ujar cikgu Humaira.

      "Baik cikgu!Saya akan ingat kata-kata cikgu tu"balas Hidayah.

      "Emm...masa akan sampai tak lama lagi!"celah ketua roh.

      "Tapi...Erina tak datang lagi!" ujar Hidayah.

      "Tapi,kamu kena bersiap sedia!"ucap ketua roh.

      "Sekejap lagi boleh!Saya nak jumpa Erina buat kali yang terakhir!Please.."pinta Hidayah.

      "Baiklah!"balas ketua roh.

      Hidayah terus menunggu dengan harapan yang Erina akan datang berjumpa dengannya.Di rumah,Erina masih mengurung dirinya di dalam bilik.Dia tidak sampai hati untuk melihat Hidayah pergi.Tiba-tiba dia teringatkan memorinya bersama Hidayah sewaktu pertama kali bertemu dahulu.

Imbas kembali~~~

      Dua tahun lalu,Erina masih sering dibuli dan diejek.Dia menangis seorang diri di bangunan lama sekolah.Pada masa itulah,Hidayah memunculkan diri di hadapannya.

      "Hai,kenapa awak menangis?"tanya Hidayah.

      "Awak sape?Budak baru ke?" tanya Erina.

      "Ye,saya budak baru!Tak silap saya,awak adalah salah seorang dari rakan sekelas sayakan!Saya baru masuk tadi"balas Hidayah.

      "Awak pun mesti nak ejek sayakan"ucap Erina.

      "Eh,taklah!Saya nak berkawan dengan awak!Bolehkan"pinta Hidayah.

      "Betul ke awak nak kawan dengan budak kampung macam saya ni?"tanya Erina kurang percaya.

Sahabatku Seorang Hantu!!!Where stories live. Discover now