Bab 15

333 11 2
                                        

      Di dalam wad,Erina masih tidak sedarkan dirinya lagi.Dengan perlahan,Hidayah muncul di sebelah Erina.Hidayah merenung wajah Erina dengan tersangat lama.Serta merta dia menyentuh tangan Erina.

       "Hi..da..yah.."panggil Erina lemah.

      Secara perlahan-lahan Erina mula sedarkan dirinya.Hidayah hanya memandang ke arah Erina tanpa memunculkan dirinya dihadapan Erina.Dia mengusap-usap kepala Erina dengan perasaan sebak.

      "Macam mana saya nak pergi tinggalkan awak Erina!Kalau awak terus macam ni...susah saya nak pulang.." tangis Hidayah.

      Di luar,cikgu Humaira telah nampak bahawa Erina sudah sedar.Dia terus memanggil doktor.Doktor dan beberapa jururawat bergegas ke wad Erina.

      "Cik Erina!Kamu boleh dengar saya tak?"tanya doktor.

      "Hi..da..yah.."panggil Erina lagi sekali.

      Doktor memeriksa keadaan Erina dengan teliti.

     "Baguslah,keadaan dia sudah pulih!Kami akan pindahkan dia ke wad biasa"ujar doktor.

      "Terima kasih doktor!Terima kasih!"ucap cikgu Humaira sambil teresak-esak.

      Setelah Erina di tempatkan di wad biasa,Erina mula sedar sepenuhnya.Cikgu Humaira terus memeluk Erina.

      "Untunglah kamu tak apa-apa!Cikgu risau sangat dengan keadaan kamu tadi!"ucap cikgu Humaira.

      "Kenapa saya tak mati saje!Kalau saya mati mesti ibu dan ayah tak boleh jual harta tu!Saya jugak mesti boleh rasa tenang selalu.."ujar Erina seperti orang yang tidak waras.

      "Boleh jangan asyik cakap mati je tak!Kamu tau tak yang cikgu sayangkan kamu!Tau tak yang cikgu risau sangat bila dengar kamu masuk ke hospital!Cikgu risau sangat tau tak..."tangis cikgu Humaira.

      "Kenapa cikgu ambil berat sangat dengan saya?Saya bukannya ada perhubungan pun dengan cikgu!"tanya Erina.

      "Kamu adalah anak murid cikgu!Semua cikgu sayang anak murid mereka.Walaupun kami para guru kadang-kadang garang tapi kami sayang pelajar kami.Cikgu pun sayang kamu!Kamu saje yang fikir yang takde orang sayangkan kamu!"ujar cikgu Humaira lalu memeluk Erina.

      Air mata Erina mengalir melalui pipinya yang mulus.Dengan perlahan-lahan tangannya turut memeluk tubuh gurunya itu.Cikgu Humaira terkejut dengan kelakuan Erina.Begitu juga dengan Irwan.Cikgu Humaira tersenyum apabila Erina mula menerima kasih sayang daripadanya.

      Tidak lama kemudian,Erina mula terlelap di dalam dakapan gurunya itu.Dengan perlahan cikgu Humaira membaringkan Erina semula.Tiba-tiba Hidayah mula memunculkan dirinya di hadapan Irwan dan cikgu Humaira.

      "Eh,Hidayah!Kau pergi mana dari tadi?Patutnya kau ada dengan Erina!"tanya Irwan.

      "Irwan!Kamu boleh nampak hantu ni?"ucap cikgu Humaira.

      "Ye,cikgu!Awalnya memang tak boleh nampak hantu pokok ni!Tapi,disebabkan dia bakal pergi tempat sepatutnya tak lama lagi,dia minta tolong saya!"balas Irwan.

     "Ye!Terima kasih sebab jaga Erina untuk saya.Lagipun dalam masa lagi 9 hari saya akan pulang ke sana!Saya...sayangkan dia sebagai sahabat saya!So,terima kasih dan tolong terus jaga dia!"ujar Hidayah.

      "Baiklah,kamu jangan risau sangat pasal Erina.Cikgu pun sayangkan dia!So,cikgu akan jadi ibu kepada Erina"ucap cikgu Humaira.

      "Dan aku pulak akan jadi suami yang terbaik untuk dia!"gurau Irwan.

      "Belajar dulu.."sindir cikgu Humaira.

      "Terima kasih!"ucap Hidayah.

      Erina yang baru saje sedar sebentar tadi telahpun mendengar segala-galanya.Dia mendengar sambil matanya ditutup rapat.Dirinya mula dilanda rasa sebak yang meninggi.Namun rasa itu sedang cuba ditahan olehnya.

      Dengan perlahan Hidayah menghampiri Erina.Dia mengusap-usap kepala Erina dengan lemah lembut.Dia tersenyum apabila memandang wajah Erina yang sedang tidur.

      "Erina ni sebenarnya manja!Tapi,disebabkan takde sesiapa bermanja dengannya dia mula menjadi dingin.So,kalau dia sedih ke?Merajuk ke?Tolong pujuk dia dengan aiskrim saje!Erina suka sangat dengan aiskrim.Selain tu,Erina suka warna putih,pink dan purple!Dia nak barang yang ada warna tu.Dan dia juga suka makan keju dan minum susu.Buah yang dia suka adalah kelapa.Perkara yang Erina tak suka ialah membazir.Dia paling tak sukakan benda tu.So,itu je yang boleh saya bagitau pasal Erina"ujar Hidayah.

      "Baiklah,kami akan ingat semua tu.Kami akan jaga Erina dengan sebaik mungkin!"balas cikgu Humaira.

      "Tak sangka yang Erina macam budak kecik!Sebab tulah saya suka sangat dengan dia"ucap Irwan malu-malu kucing.

      "Jangan nak menggatal ye!"ujar Hidayah memberi amaran.

      "Senyaplah hantu pokok!"getus Irwan geram

      Cikgu Humaira hanya ketawa kecil tatkala melihat perangai Irwan.Dia terus mengusap-usap kepala Erina.

      "Kalau ibu bapa kamu tak ambil berat tentang kamu,biar cikgu saje yang jaga kamu!"ucap cikgu Humaira jauh di lubuk hatinya.

      Selepas lama berbual,akhirnya Hidayah meminta diri untuk berjumpa ketua roh.Irwan pula,pulang dengan pengetua sekolah yang baru saje selesai menguruskan hal pembiayaan hospital Erina.Cikgu Humaira menemankan Erina di dalam wad tersebut.

      Setelah itu,cikgu Humaira keluar dari wad untuk membeli sedikit makanan untuk Erina sebentar.Erina mula membuka matanya setelah berpura-pura tidur tadi.Dia memandang sekeliling wad tersebut.Dengan perlahan-lahan dia duduk.Dia teringat akan tempoh masa Hidayah yang tinggal untuk dia bersama dengan Hidayah.Air mata mengalir melalui pipinya.

      "Tak mungkin!Hidayah pasti tak akan pergi tinggalkan aku.Tak mungkin...isk..isk..isk.." tangis Erina.

      Cikgu Humaira yang baru pulang selepas membeli makanan untuk Erina,berasa terkejut apabila melihat Erina menangis.Dia terus mendapatkan anak muridnya itu.

      "Erina!Erina kamu okey ke?"tanya cikgu Humaira risau.

      "Cikgu...betul ke yang Hidayah akan balik ke tempat asalnya semula...Betul ke yang dia akan tinggalkan saya dekat sini sorang-sorang.."tangis Erina.

      "Bila kamu tau yang Hidayah tu hantu?"tanya cikgu Humaira tersangat terkejut.

      "Hari tu saya cari fail Hidayah.Dari tu saya tau yang Hidayah dah lama mati.Tapi...dia tak akan tinggalkan sayakan cikgu.."balas Erina dengan esakannya.

      "Ye!"jawab cikgu Humaira.

      "Hidayah tak boleh pergi..." raung Erina.

      "Erina dengar cakap cikgu dulu!Biarkan dia pergi!Biarkan dia aman.Dia dah lama dekat dunia ni!Kalau kamu sayang dia,biarkan dia pergi,okay!"ucap cikgu Humaira.

      Erina terus memeluk cikgu Humaira sambil menangis teresak-esak.Hatinya pilu tatkala memikirkan yang dia akan berpisah dengan Hidayah.Cikgu Humaira mengusap-usap belakang badan Erina agar dia berasa lega sedikit.

      "Dahlah tu!Apa kata kamu makan ni dulu!Lagipun kamu tak makan lagi kan!"pujuk cikgu Humaira lalu menghulurkan sebungkus roti kepada Erina.

      Erina mengangguk lalu memakan roti tersebut dalam keaadaan tersedu sedan kerana baru lepas menangis.Cikgu Humaira menyuapkan sekotak susu berjenama HL kepada Erina.Dia menjaga Erina dengan penuh kasih sayang sehingga Erina berasa bahagia tatkala disayangi sebegitu rupa dengan gurunya.

Sahabatku Seorang Hantu!!!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang