Selepas mengenakan Hidayah,Irwan pergi semula ke tempat Erina berada.Namun,kelibat Erina langsung tiada di situ.Irwan berpusing disekitar tempat itu tetapi tetap tidak menjumpai Erina.
"Ish..mana Erina pergi ni?Takkanlah dia ambik kesempatan untuk lari balik rumah?Mana kau pergi ni Erina..Janganlah macam ni..."fikir Irwan sambil merungut.
Tiba-tiba ada seseorang memegang bahu Irwan.Irwan mendongakkan kepalanya dan mendapati bahawa orang yang memegang bahunya ialah Erina sendiri.
"Irwan!Are you okay?"tanya Erina.
"Awak pergi mana Erina?Penat saya cari tau tak!Saya ingat awak dah balik sendiri tadi.."tanya Irwan dengan nada sebak.
"Dah awak pergi ke tandas! So,saya pun samalah!"balas Erina.
"Lah..yeke!Risau saya tau tak"
ucap Irwan sambil menghela nafas lega."Risaulah tu kalau saya balik dulukan.."perli Erina.
"Tentulah,saya risau kalau awak kena culik ke apa ke.Siapa yang susah!Saya jugakkan"balas Irwan.
"Saya bukan pompuan lemahlah!Saya tak perlu perlindungan awak.Saya boleh jaga diri sendiri"ngomel Erina.
"Dahlah tu!Jom kita pergi panggung.Memandangkan ini first date kite,saya akan belanja awak tengok wayang"ajak Irwan lalu menarik lengan Erina.
"Hei,awak ni memang tak faham bahasa ke hah!!Saya bukan dating dengan awaklah..tapi awak yang paksa sayalah..." jerit Erina.
Irwan langsung tidak mendengar kata-kata Erina.Dia terus berlari ke arah panggung wayang.Sesampai sahaja di sana Irwan melihat filem-filem yang ditayangkan di situ melalui paparan skrin dan papan tanda cerita baru di situ.
"Hmmpphh...takde citer menariklah.."rungut Irwan.
Erina juga melihat filem-filem dipanggung itu.Dia juga berpendapat bahawa tiada satu filem yang menarik pun.Tiba-tiba Erina tertarik pada sebuah filem seram.
"Sahabatku Seorang Hantu!"ucap Erina sambil membaca tajuk cerita tersebut.
"Apa awak baca tu?"tanya Irwan.
"Tajuk cerita terbaru tu"balas Erina lalu menuding ke arah papan tanda yang berada di depannya.
"Sahabatku Seorang Hantu???Macam familiar je tajuk ni..."fikir Irwan.
"Wah~macam kisah aku dan Erina jelah!"ucap Hidayah dengan penuh teruja.
"Woi!!!Boleh Jangan Muncul Secara Tiba-Tiba Tak!!"herdik Irwan hampir terkena serangan jantung.
Erina berasa pelik apabila melihat Irwan marah seorang diri.Orang ramai pula hanya memandang ke arah Irwan dengan pandangan pelik.
"Irwan!Awak marah siapa tu??"tanya Erina.
"Eh,mana ada saya marah!Saya cuma...terkejut je sebab...ada lalat!Hah ada lalat"balas Irwan cuba memberi alasan.
"Dalam bangunan ni mana ada lalat?Awak dah tak betul ke Irwan"tanya Erina.
"Eh,dahlah!Apa kata kite tengok citer ni je!Jom..."ajak Irwan cuba untuk menukar topik.
"Okay!"balas Erina bersetuju.
Irwan terus ke kaunter tiket bersama Erina dengan perasaan lega.Namun,hatinya masih lagi panas apabila terkenangkan Hidayah.
"Ish,Hantu Pokok ni..Suka buat orang terkejut je.Sekarang ni hilang entah ke mana.Untunglah Erina tak syak aku gila kalau tak..siap hantu pokok tu aku kerjakan.."getus Irwan dengan penuh kegeraman.
"Hai~marah ke??"usik Hidayah yang tiba-tiba muncul di dalam kaunter.
Irwan hanya menahan sabar tatkala melihat Hidayah.Namun kemarahannya hilang apabila Erina memegang bahunya.
"Irwan!Awak okey tak ni?Kalau tak okey kite balik jelah"tanya Erina risau.
"Eh,saya okay je!Jomlah kite beli popcorn pula"ajak Irwan terus berbunga apabila melihat Erina risaukan dirinya.
"Okay!"balas Erina akur akan ajakan Irwan.
Mereka terus pergi ke kaunter makanan.
"Awak nak apa?"tanya Irwan.
"Apa-apa jelah!"balas Erina acuh tak acuh.
"Erina suka white coffee dan jagung kukus sebab dia perlukan makanan panas dalam panggung tu.Erina tak boleh terlampau sejuk sangat,sebab dia ada asma"bisik Hidayah.
"Okay!Kalau macam tu bagi saya jagung kukus 1,white coffee 2,set A 1.."pesan Irwan.
"Lagi satu pesan keropok twisties sebab Erina suka keju"tambah Hidayah.
"...keropok Twisties perisa keju tu satu dan air mineral tak sejuk satu"sambung Irwan.
"Semuanya...RM30.90!"ucap pekerja tersebut.
"Saya bayar pakai member kad"balas Irwan.
Selesai membayar,Irwan dan Erina terus masuk ke dalam panggung dan mencari bilik bernombor 5.Setelah jumpa mereka terus masuk dan duduk di barisan kelima yang teratas di tengah-tengah.
"Banyaknya awak beli makanan Irwan?"tanya Erina.
"Mana ada!Saya beli ni untuk awak jugak"balas Irwan lalu menanggalkan jaket luar yang dia pakai.
"Tapi..banyak sangat ni"ucap Erina.
"Tak payah banyak cakap!Nah,pakai ni!Nanti sejuk.Awakkan tak boleh terlampau sejuk takut asma pulak"arah Irwan lalu menyarungkan jaket tersebut ke tubuh Erina.
"Mana awak tau yang saya ada asma?Selama ni tak pernah orang tau pun yang saya ada asma.Hidayah pun saya tak bagi tau.Bahkan ibu bapa saya pun tak tau.Cuma nenek saya je yang tau sebab dia jaga saya waktu kecik sampailah dia meninggal 3 tahun lepas"tanya Erina terkejut.
"Cakap yang kau tak sengaja ternampak ubat asma dia dekat dalam beg"bisik Hidayah.
"Saya terjumpa ubat asma awak terjatuh daripada beg awak.Time tu saya bertugas meronda kelas waktu rehat.So,dari tu saya tau awak ada asma"balas Irwan.
"Ingat!Jangan bagitau sesiapa!Mahupun Hidayah!Saya tak nak ada orang risau dan terlalu ambil berat tentang saya"ujar Erina tegas.
"Okay!Tapi saya akan ambil berat dekat awak sebab saya tak akan biarkan awak sakit seorang diri Erina.Kalau awak sakit dari segi fizikal,saya akan sakit dari segi hati dan perasaan saya sebab saya tak sanggup lihat awak sakit.Awak adalah perempuan yang saya suka.So,saya tak mau awak sakit"jelas Irwan.
"Saya tak perlukannya.Awak boleh fokus pada pompuan lain saje!Saya tak akan bercinta mahupun kawin dengan sesiapa pun sebab saya tak suka benda tu semua"bentak Erina.
"Suka hati awaklah!Tapi saya tetap tak akan putus asa,Erina.Hatiku telahpun kau curi sekian lama.Tapi aku tak akan benarkan kau pulangkan semula.Akan aku curi hatimu walau sesukar mana pun"ujar Irwan tersangatlah jiwang.
Terkedu Erina apabila melihat Irwan sejiwang itu termasuk juga Hidayah yang berada di sebelah Irwan.
"Fulamak...jiwang betul mamat dekat sebelah aku ni!Sampai nak muntah aku dibuatnya"ngomel Hidayah.
Irwan tersengih lalu membaling beberapa ketul popcorn ke arah Hidayah walaupun secara realitinya hanya ada bangku kosong saja di situ.Selang beberapa minit,akhirnya cerita itu bermula.Irwan dan Erina menonton filem itu dengan tersangat khusyuk.Tidak terkecuali Hidayah.Namun terpancar sebuah kerisauan di wajah Hidayah apabila menonton pengakhiran cerita itu.Dia mendapati bahawa watak utama yang bersahabat dengan seekor hantu itu mati tanpa sedar.Ahli keluarga dan rakan-rakan si watak utama sedih apabila melihat watak utama mati.
Hidayah mula rasa tidak sedap hati akan filem tersebut.Dia terus menghilangkan dirinya dan pergi ke alam hantu.
YOU ARE READING
Sahabatku Seorang Hantu!!!
RandomNur Erina Syafiqah adalah merupakan seorang murid tingkatan 4A.Akan tetapi,dia sering mengalami tekanan perasaan daripada keluarganya.Sahabatnya iaitu Hidayah sering mencuba dalam mengembirakannya dan hasilnya Erina berasa terhibur dengannya.Apakah...