Di alam hantu,Hidayah terus berjumpa dengan ketua roh.
"Ketua!"sapa Hidayah.
"Ada apa kamu datang ke mari Hidayah?Bukan ke kamu ada masa lagi beberapa minggu sebelum pulang ke alam sepatutnya?"tanya ketua roh.
"Saya nak tanya sedikit untuk pastikan sesuatu"ujar Hidayah.
"Silakan!"pelawa ketua roh.
"Apa yang akan jadi sekiranya saya tak mahu pulang ke alam sepatutnya dan terus bersama Erina sebab tak sanggup berpisah?Effectnya akan kena pada saya je kan"tanya Hidayah.
Ketua roh hanya terdiam apabila mendengar pertanyaan daripada Hidayah.Sukar untuk dia mengungkapkan perkara yang sebenar kepada Hidayah.
"Kesannya bukan pada kamu saje..Sahabat kamu pun akan terkena kesan yang dahsyat.Disebabkan kamu berdua tidak mahu berpisah,sahabat kamu boleh mati tanpa dia sendiri sedar.Ibarat seperti dia terlampau lama di dunia bunian,mati pun dia tak akan sedar"balas ketua roh.
"Jadi,kalau saya terus menambah masa maka Erina akan mati.."ucap Hidayah mula berasa sebak.
"Ya!Sebab tulah saya tak benarkan awak menambah masa walaupun satu jam sekali pun sebab kesannya akan membawa padah pada sahabat kamu.Roh dan manusia tidak boleh berkawan sebab manusia akan menerima effectnya"jelas ketua roh.
Hidayah hanya senyap membisu.Dia terus terkenangkan Erina dan hayatnya yang hanya tinggal 2 minggu saja lagi.Dengan perlahan air mata Hidayah mengalir dan dia mula menangis teresak-esak.
"Baik kamu buat sesuatu untuk sahabat kamu sebelum kamu pergi.Luangkanlah masa yang ada bersama dia dan harap kamu boleh pergi dengan tenang.Saya tahu bahawa awak sayangkan dia.Tapi awak dan dia perlu berpisah dan berkorban demi kebaikan masing-masing.Lagipun kalau kamu tak berjumpa pun!Yang paling penting adalah persahabatan kamu sentiasa kuat"ujar ketua roh bersimpati dengan Hidayah.
"Baik..Saya pergi dulu"pinta Hidayah.Dengan perlahan,Hidayah menghilangkan diri dan pergi semula ke Festival City tempat Irwan dan Erina berada.
Erina dan Irwan kini berada di sebuah cafe yang sangat terkenal di Festival City itu.Mereka memesan caramel machiato dan kek keju di kaunter.Selepas mendapat pesanan,mereka duduk di meja yang kosong.
"Irwan!Awak ni memang kuat makan betulkan!Tadi dalam panggung awak beli banyak benda.Sekarang ni awak ajak saya masuk cafe ni.Kalau macam tu baik kite makan nasi je daripada makan benda yang tak mengenyangkan perut ni"ujar Erina dalam nada merungut.
"Mana ada saya ni kuat makan!Selalunya perempuan sukakan benda yang sweet macam ni!So,saya bawaklah awak datang ke sini"nafi Irwan.
"Itu pompuan lain dan saya tak sama dengan mereka.Walaupun saya suka keju itu tak bermakna saya akan makan selalu.Keju tukan mahal!So,baik makan nasi dan lauk.Lagi kenyang!Harga pun tak jauh beza.."jelas Erina.
"Ceh,apalah awak ni!"rungut Irwan.
"Dahlah!Saya nak pergi toilet kejap"ujar Erina lalu beredar.
Akhirnya,tinggallah Irwan seorang diri di cafe tersebut.Dia makan kek keju itu sambil merungut tak henti-henti.
"Ish!Apalah Erina ni!Biasa pompuan kalau bawak ke cafe terkenal macam ni dorang suka sebab ada class.Tapi dia merungut pulak"celoteh Irwan.
"Erina tu memang macam tu perangai dia!"celah Hidayah yang muncul di hadapan Irwan.
"Apa maksud kau?"tanya Irwan.
YOU ARE READING
Sahabatku Seorang Hantu!!!
AcakNur Erina Syafiqah adalah merupakan seorang murid tingkatan 4A.Akan tetapi,dia sering mengalami tekanan perasaan daripada keluarganya.Sahabatnya iaitu Hidayah sering mencuba dalam mengembirakannya dan hasilnya Erina berasa terhibur dengannya.Apakah...