Bab 10

386 15 0
                                    

Irwan membawa Erina terus ke Festival City.Selepas meletakkan motor di kawasan yang betul,Irwan menyimpan topi keledarnya di dalam tempat khas manakala topi keledar Erina diletak di dalam bakul.Erina pula kebingungan apabila Irwan membawanya ke Festival City tersebut.

"Kenapa awak bawa saya ke sini?"tanya Erina dengan penuh rasa curiga.

Irwan langsung tidak membalas pertanyaan daripada Erina itu.Sebaliknya,dia terus menarik Erina agar mengikuti langkahnya.

"Hei~awak tak boleh buat sesuka hati jelah!!!Lepaskan saya..."bentak Erina.

"Senyaplah!Boleh ikut je tak"herdik Irwan.

"Tak nak!Saya tak nak ikut awak!Saya tak nak ada apa-apa hubungan dengan awak!Saya nak balik.."lawan Erina.

"Awak ni degil betulkan!Kalau nak balik sangat!Baliklah sendiri"marah Irwan.

"Ye memang nak balik pun!Selamat Tinggal!!!"jawab Erina lalu beredar.

Irwan hanya merengus kegeraman sahaja apabila melihat kedegilan Erina.Dia terus menarik Erina agar masuk ke dalam pusat tersebut.

"Apa ni...Lepaslah!!!Tadi kau kata aku boleh balik..."tengking Erina tak puas hati.

"Jangan haraplah!Dekat luar tu lagi ramai orang yang boleh bahayakan awak!Walau semarah mana pun saya dekat awak!Saya tak akan biarkan awak pulang seorang diri sebab saya tak mahu awak ditimpa bahaya"ucap Irwan.

"Kau ni memang tak reti bahasa ke?Aku tak nak rapat dengan kaulah..Asal kau tak mahu dengar cakap hah.Tolonglah biar aku pergi..dahlah ibu bapa aku paksa aku untuk buat pilihan dan sekarang kau pula nak paksa aku ke.."tangis Erina.

Irwan hanya melihat Erina menangis.Serta merta dia terus memeluk Erina tanpa menghiraukan orang yang berada disekelilingnya.

"Saya bukannya nak paksa awak!Saya cuma nak bawak awak tenangkan diri dekat sini je!Saya tau yang awak takkan balik rumah pun.So,daripada awak lepak dekat tempat entah ke mana baik awak ikut saya kan"pujuk Irwan lembut.

Erina terkejut apabila Irwan memeluknya.Dia terus menolak Irwan daripada terus memeluknya.

"Kalau ye pun,tak payahlah nak peluk-peluk"marah Erina dengan muka yang mula menampakkan kemerahan.

"Eleh,blushinglah tu..."sakat Irwan mula ketawa.

"Mana adalah.."marah Erina kegeraman apabila melihat perangai Irwan.

"Dah jomlah masuk!"ajak Irwan lalu terus menarik Erina.

"Eh,bila masa pulak saya setuju nak masuk ni..."jerit Erina.

"Saya tak perlu persetujuan awak pun.."balas Irwan dengan tersangat nakal.

Irwan terus membawa Erina ke salah sebuah kedai pakaian.Dia membelek-belek setiap helai pakaian yang ada di situ.

"Kau nak beli apa kat sini!Siap cari baju perempuan lagi tu!Nak beli untuk adiklah tu..."perli Erina.

"Kau suka gaya apa?"tanya Irwan tidak mempedulikan kata-kata perli Erina.

"Nak buat apa kau tanya aku?"tanya Erina semula.

"Tak payah banyak tanya boleh tak!"balas Irwan.

"Aku..suka pakai pakaian yang simple je!Macam baju t-shirt dan seluar treksuit,baju kurung,atau apa-apa yang simple"ujar Erina.

"Gaya simple ye..kalau macam tu..pakai dress ni"arah Irwan.

Sahabatku Seorang Hantu!!!Where stories live. Discover now