Bab 17

329 8 2
                                    

Enam hari sebelum Hidayah pergi,Erina kini sedang cuba memberanikan diri untuk berjumpa dengan ibu bapanya.Disebabkan kata-kata Syuhada,ia telah memberi keberanian untuk Erina berdepan dengan ibu bapanya.Kini dia berada di hadapan rumahnya.Terketar-ketar tangan Erina untuk membuka pagar pintu rumahnya itu.Erina melangkah masuk ke dalam rumahnya dengan langkah perlahan dan penuh berhati-hati ibarat memasuki sebuah sarang penjenayah.

Masuk saje ke dalam rumah,Erina mendapati bahawa rumah itu sangat bersepah.Suasana sunyi sepi ibarat seperti rumah tinggal.Erina meninjau sekitar kawasan rumahnya itu.Namun tiada sebarang kelibat ibu bapanya di dalam rumah itu.Erina mula mengemas seluruh rumah yang bersepah itu.Dia memulakan tugas di dalam dapur dahulu.Di dapur kelihatan sungguh bersepah dengan sampah sarap,pinggan di dalam sinki dan meja yang kotor serta berdebu.

"Haish...bersepahnya~~Kalau aku tak ada dekat rumah ni macam nilah jadinya!Haish..apalah nasib..."getus Erina mula mengemas.

Dia mencuci pinggan yang banyak di dalam sinki terlebih dahulu.Selesai mencuci pinggan Erina mengemop lantai dan mengelap meja.Selesai di dapur,Erina mengemas ruang tamu rumahnya.Dia mencuci,menyapu,mengemop dan menggilap seluruh pelosok ruang tamu itu.Selesai saje di pergi ke dalam bilik ibu bapanya.

Dia mengemas katil dan mengambil kain-kain kotor untuk dicuci.Sementara menunggu pakaian siap dicuci,Erina berehat untuk menghilangkan penatnya di sofa ruang tamu rumah.

"Huh...siap pun kemas! Sekarang tinggal tunggu pakaian dan lepas tu jemur! Penatnya..."ucap Erina sambil berbaring.

Tidak lama kemudian,kain kotor telahpun siap dicuci.Erina terus menjemur kain-kain itu tanpa membuang masa.Selesai menjemur pakaian,Erina masuk semula ke dalam dan pergi ke biliknya.Erina terpandang sebuah tarikh penting di kalendar atas mejanya.Dia mencapai kalendar tersebut dengan pantas.

"Hari ni adalah hari ulang tahun perkahwinan ibu dan ayah yang ke-17 tahunlah!Patut ke aku buat sambutan?Lagipun mereka akan bercerai tak lama lagi!"fikir Erina.

Erina terus meletakkan semula kalendar tersebut ke tempatnya semula.Dia terus berlalu ke bilik bacaan untuk mencari buku.

"Baik aku sambut saje!Harap sambutan ni dapat beri kenangan pada mereka selepas bercerai nanti.So,baik aku masak steak untuk mereka.Tapi.. mana buku masakan ni..."ujar Erina sambil mencari-cari buku masakan barat di rak buku tersebut.

Sedang asyik tercari-cari,tiba-tiba Erina tertarik sebuah buku lama dan tersangat usang.Buku itu kelihatan seperti sebuah diari yang sangat lama.Erina berasa ingin tahu akan isi kandungan buku itu.Dia terus membuka buku itu.

"Wah,ini diari ibu dan ayah! Tapi kenapa ada dekat sini!Ini yang buatkan aku rasa makin nak tau ni!"ucap Erina teruja.

Dia mula membaca isi kandungan buku itu.Matanya mula berkaca-kaca tatkala membaca buku tersebut.Air mata mula jatuh mengairi pipinya.

Isi kandungan buku:

24/05/1999,

Hari ini adalah hari kelahiran anak kami Nur Erina Syafiqah.Kami gembira sangat apabila melihat dia lahir.Namun apakan daya,kami terpaksa menghantar si kecil Erina kepada neneknya di kampung tanpa memberitahu sebabnya.Kami terpaksa menghantar Erina ke kampung sebab kami terpaksa larikan diri daripada pemiutang.Untuk memastikan Erina selamat maka kami terpaksa hantar Erina ke kampung.Kami memang bukan ibu bapa yang terbaik buat Erina kerana kami masih lurus lagi dalam soal menjaga anak.Kami harap yang kami dapat berikan kasih sayang ibu dan ayah kepadanya satu hari nanti.Ibu dan ayah sayangkan Erina..

Dari ibu bapa Erina.

Erina menangis teresak-esak tatkala membaca isi buku diari itu.Selama ini dia amat membenci ibu bapanya dan menyalahkan mereka.Namun ternyata mereka amat menyayangi Erina.Tetapi mereka tidak tahu bagaimana untuk menunjukkannya.

Sahabatku Seorang Hantu!!!Where stories live. Discover now