Bab 9

355 16 1
                                    

      Selang beberapa minit,akhirnya Irwan dan Erina mula bekerja.Irwan menumpukan segala perhatiannya terhadap surat yang sedang dia taip.Sambil-sambil itu,dia turut menjeling ke arah Erina yang sedang duduk termenung di sebelahnya.

      "Alahai...comelnya kalau Erina termenung macam ni!!!Hai~macam manalah aku tak jatuh hati dengan dia waktu
Form 2 dulu.Dahlah cute!Ayu dan lemah lembut plak tu..Geram aku tengok"ucap Irwan jauh di lubuk hatinya.

     Erina masih lagi termenung tanpa sedar bahawa Irwan tidak henti-henti memandang ke arahnya.

      "Awak fikir apa tu Erina?"tanya Irwan.

      Serta merta Erina tersedar daripada lamunannya.Dia menoleh ke arah Irwan yang sibuk menaip surat.

      "Takde papelah!"balas Erina lalu berpaling daripada Irwan.

      "Amboi~sombongnya dia!Janganlah sombong sangat nanti awak akan ditinggalkan tahu.."usik Irwan.

      "Jangan ganggu akulah!Aku tak perlu orang lain.Aku cuma perlu Hidayah je"herdik Erina.

      "Awak tak boleh kawan dengan Hidayah tu je.Kalau satu hari nanti dia pergi macam mana.Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahannya.Kalau awak tetap tak terima hakikat! Apa akan jadi pada awak.Hidayah pasti akan sedih kalau awak macam ni.Awak kata yang awak ni BFF kepada dia.BFF apa kalau awak asyik paksa dia untuk terus bersama awak.Setiap orang perlu berkorban untuk seseorang yang dia sayang demi kebaikan bersama jugak tau.."pesan Irwan.

      Erina terkedu apabila mendengarkan kata-kata daripada Irwan.Air matanya mula mengalir tatkala berfikir apabila Hidayah bakal meninggalkannya satu hari nanti.

      "Isk..isk..isk..habis tu kalau dia pergi siapa yang akan teman saya lagi.Semua orang suka buli saya.Semua tak suka saya.Hanya dia saje yang saya ada sebagai teman mengadu.Saya lagi rela mati dari berpisah dengan dia"tangis Erina.

      Irwan terus berhenti daripada menaip.Dia berpusing ke arah Erina.Dengan perlahan dia mengusap kepala Erina yang berlapikkan kain tudung sekolah.

      "Ada orang nak berkawan dengan awak!Cuma awak je yang tak nampak semua tu.Kalau nak tau ramai cikgu sayangkan awak.Tapi awak je yang selalu lari daripada kami semua.Kalau awak asyik salahkan orang dan jauhkan diri....macam mana orang lain nak rapat dengan awak"ucap Irwan.

      "Sa..saya..saya..tak nak dengan orang lain sebab dorang tak faham saya.Hidayah je yang faham perasaan saya lebih daripada ibu bapa saya yang pentingkan diri tu"bentak Erina sambil menangis.

      Irwan hanya terdiam tatkala mendengar kata-kata Erina.Dia tidak tahu ingin menarik hati Erina yang keras seperti batu itu bagaimana.

      "Bagaimana kalau ada orang suka awak pulak?"tanya Irwan.

      "Apa maksud awak?"tanya Erina semula.

      "Maksud saya kalau ada orang yang dah lama sukakan awak sejak daripada dulu tapi awak tak pernah tahu,apa yang awak nak buat?"jelas Irwan.

      "Mustahil ada orang suka saya!Saya bukan cantik macam Syuhada tu pun.Dia tu lagi layak kalau ada ramai peminat.Saya jugak tak comel.Muka pun pucat,lesu,sembap dan saya ni dingin.Kalau ada lelaki suka saya tu..saya akan anggap dia ni gila sebab dia suka pompuan hodoh macam saya ni"balas Erina lalu mengesat saki baki air matanya yang masih ada di pipinya.

      "So,sayalah lelaki gila tu" ucap Irwan.

      "Apa maksud awak?"tanya Erina kebingungan.

      "Yelah,saya ni lelaki gila sebab saya sukakan awak.Kalau ikutkan hati,saya boleh je sukakan Syuhada tu atau Zahira sebab dorang tu dahlah cantik dan idaman lelaki pulak tu.Tapi hati saya tertarik pada awak sejak daripada Form 2 lagi.Saya rasa awak ni comel,ayu,lemah lembut,dan saya hanya tertarik pada awak je.Kalau saya suka berubah hati,buat apa saya pendam perasaan saya pada awak selama 4 tahun ni.So,awak anggaplah saya ni gila sebab sukakan awak"luah Irwan sedikit terasa hati.

Sahabatku Seorang Hantu!!!Where stories live. Discover now