Nama aku Auffa Aliesya Binti Arieef.Umur aku baru 21 tahun dan aku masih belajar.Nak ceritakan pasal keluarga aku ni pun tak kaya sangat.Just sederhana sahaja.Tapi Alhamdulillah aku ni jenis bersyukur.Aku mempunyai seorang kakak yang memang tak sama lansung dengan kakak-kakak orang lain dekat luar sana.Dia lain sebab apa?Dia lain sebab...
"Kamu nak pergi mana ni Alieya?"Tegur ibuku apabila kakakku cuba melangkah keluar dari rumah ini dengan pakaian yang tidak cukup kain.
"Pergi jumpa kawan.Salah ke?"Jawab kakakku kurang ajar.Aku hanya menjadi pemerhati sahaja.Nasib ayah tak ada.Kalau ayah ada dan dengar apa yang dia jawab dengan ibu ni mesti dah merah muka dia kena penampar.Inilah aku kata kenapa kakak aku seorang ni lain dari orang lain.
"Kau ni dah kenapa?Tu ibu kan.Hormatlah sikit."Marahku apabila dia menjeling tajam mata ibuku.
"Lantak akulah.Kau sibuk apa?Kau pergi tidurlah."Marah Alieya kepadaku.Aku lansung tidak takut dengan tekingan dia.Kenapa aku perlu takut dengan dia sedangkan aku ada pencipta aku yang aku perlu takut.Iaitu allah swt.Dan aku percaya Allah sentiasa ada dengan aku.
"Janganlah keluar Alieya.Dah malam ni.Nanti apa yang ibu nak jawab dengan ayah."Ibuku sedikit merayu.Kesiannya aku dengan ibu.Kenapa sanggup kakak aku buat ibu macam ni?
"Bisinglah ibu ni.Alieya tahulah nak balik rumah nanti.Tak payahlah ibu risau.Ibu tidur je."Kata Alieya sambil menggosok-gosok telinganya.Kalau aku jadi ibu dah lama tangan aku naik.
"Dah ibu.Biarkanlah dia.Dia dah besar.Ibu tak payahlah risaukan dia."Kataku kepada ibuku.Apalah nak jadi dengan Alieya tu?
"Tapi apa yang ibu nak jawab dengan ayah nanti?Ibu tak naklah ayah dengan kakak kamu tu bergaduh lagi.Ibu penat Isya."Kata ibu sayu.Aku hanya mengangguk sedikit lalu menggosok lembut belakang ibu.
Aku tahu,keluarga aku bukan macam keluarga orang lain yang dekat luar sana.Yang bahagia,bergelak tawa bagai.Keluarga aku ni jarang nak bergelak tawa.Yang banyak nya hanyalah pergaduhan mulut antara ayah dengan Alieya.
"Tak apa ibu,nanti biar Isya je yang jawab dengan ayah.Ibu pergilah tidur dulu.Dah lewat ni.Isya pun nak naik buat assignment.Selamat malam bu."Aku mengucup pipi ibuku setelah mengucapkan selamat malam.Ibu hanya tersenyum sahaja.
Aku tahu senyuman itu palsu.Hati ibu sekarang tengah gelisah.Mana mungkin dia tersenyum begitu mudah.
Aku melangkah naik ke atas bilik ku apabila ibu sudahpun masuk tidur.Didalam bilik,aku pula yang berasa gelisah.Apa pula yang aku nak jawab dengan ayah nanti?Aku melihat jam di dinding.9:45 malam!Maknanya ayah aku nak balik dah.Tinggal lagi setengah jam je.Alieya ni pun satu,baliklah sekarang!
Aku sudah buat keputusan yang aku akan cari Alieya sekarang.Kalau tak dicari,confirm-confirm lah dia tak jumpa jalan balik.Tidur rumah jantan mana pun aku tak tahulah.Aku menyarungkan tudung sarungku dikepala lalu mengambil kunci kereta ku.
Aku memperlahankan kereta ku apabila tiba dihadapan tempat yang selalu menjadi tempat melepak Alieya.Aku melilaukan mata mencari Alieya.Tetapi gagal.Aku menggelengkan kepala apabila melihat segelintir perempuan yang sedang mabuk dipimpin oleh lelaki.Kenapa lah diorang ni?
Dengan tiba-tiba mataku tertumpu kepada seorang perempuan yang sedang mabuk teruk dan perempuan itu ialah Alieya?
Aku terus turun dari kereta ku lalu melangkah ke arah Alieya.Aku menjeling tajam mata lelaki yang sedang memegang pinggang Alieya itu.Lelaki itu tersenyum menggoda kepadaku.Nasib dia ni separuh mabuk.Kalau mabuk betul macam Alieya ni,aku tak tahulah apa yang jadi.
"Lepaskan dia."Arahku sambil menarik tangan Alieya.Alieya yang mabuk itu terus memeluk tubuh lelaki di sebelahnya.
"Alieya tak nak.Kau baliklah.Aku nak enjoy puas-puas dengan Alieya.Ke kau nak join sekali?"Kata lelaki itu dalam keadaan separuh mabuk.Bau arak yang melekat dibadan Alieya dan lelaki ini membuatkan aku hendak muntah.

ANDA SEDANG MEMBACA
Encik Playboy
RomanceHanya kerana ingin membuktikan kepada kawan-kawannya bahawa dia ialah Playboy Malaya yang sejati,dia menerima cabaran seorang rakannya untuk mempermainkan salah seorang gadis yang dipilih. Semuanya telah diatur semata-mata ingin membuktikan yang dia...