-08-

1.1K 37 0
                                    

Shah

"Ibu, Siti tu dianiaya," kataku.

"Ye ke Shah?! Takkan pula Puan Fatimah tu nak buat cerita pula. Ibu dah lama kenal Puan Fatimah tu. Anak-anak dia Diana dan Liana tu pun ibu kenal. Baik-baik budaknya," kata ibu.

"Tapi ibu tak jumpa lagi Siti. Bila ibu dah jumpa Siti, Diana dan Liana tu jauh panggang dari api kalau nak dibandingkan dengan dia," balasku.

"Macam mana pula dengan Suhana? Jauh panggang dari api juga ke?" tanya ibu.

Aku terdiam. Aku faham maksud ibu. Aku dah terdengar perbualan ibu dan abang sebelum ke rumah Suhana tadi. Mereka berura-ura nak menjodohkan aku dengan Suhana. Itulah tujuan utama mereka ke sana tadi. Untuk menilik dan menilai Suhana. Aku akui aku suka pada Suhana. Tapi suka dan kasih adalah dua perasaan berbeza. Bagaimana aku hendak hidup dengan Suhana sedangkan aku akan berterusan memikirkan tentang Siti?! Bukan salah Siti datuknya bersikap begitu. Malah, penduduk di sini pun tidak pernah menyalahkan Dato' Nordin. Mereka juga tahu yang Dato' Nordin dianiaya oleh Makcik Fatimah.

"Shah yakin dengan Siti. Kalau betul pun datuknya salah, tak semestinya dia juga salah. Ini pula semua orang tahu Dato' Nordin tu dianiaya. Shah tak nak menuduh melulu. Shah tetap dengan pilihan Shah," kataku tegas.

Kini giliran ibu pula diam. Abang dan kaak iparku hanya memerhati. Mereka faham akan perasaanku. Tapi mengingkari arahan ibu samalah seperti mengundang petaka. Ibu akan melayan Siti dengan buruk kalau Siti berkahwin denganku. Aku sedar apa yang difikirkan oleh abang dan kakak iparku ketika itu. Sanggupkah aku melihat Siti disumpah seranah dan diseksa oleh ibuku sendiri?! Dapatkah aku memilih antara kasih pada ibu dan kasih pada kekasih?! Aku menarik nafas panjang.

"Shah akan terima pilihan ibu dengan satu syarat. Ibu hanya boleh paksa Shah berkahwin tapi bukan mencintai. Ibu juga tidak boleh minta lebih dari itu daripada Shah," sambungku.

Ibu senyum sambil melirik ke arah abang dan kakak iparku. Mereka turut menarik nafas lega. Hanya Aku yang kelihatan sugul. Aku beredar dari situ meninggalkan mereka membuat rancangan. Walau kasihku dalam pada Siti, aku tetap tidak sampai hati melihat Siti dilayan dengan buruk oleh ibuku. Aku kini ibarat ditelan mati mak diluah mati bapa.

Suhana

Persiapan pertunangan antara aku dan Shah berjalan dengan lancar. Aku berasa riang setiap masa. Aku tidak sabar-sabar menanti hari bahagia itu. Esok aku akan menjadi tunangan Shah. Siti juga turut ada di situ. Tidak disangkanya Shah menaruh rasa kepadanya selama ini. Itulah kata ibu Shah padaku.

"Siti, aku tak sabar tunggu esok," kataku. Siti senyum. Tanganku digenggam erat.

"Aku gembira untuk kau Hana. Tapi sayangnya aku tak dapat melihat hari bersejarah itu. Mak aku dah buat keputusan untuk ke Amerika. Aku pun akan pergi sekali. Kau tak marahkan?" tanyanya.

"Tak. Aku faham. Kau tahu Siti, mula-mula tu aku ingat Shah suka pada kau. Mana taknya, dia asyik tanya tentang kau. Tapi sekarang aku yakin yang dia suka pada aku. Kalau tak buat apa dia nak kawin dengan aku," kataku.

Siti hanya mendiamkan diri selepas mendengar kata-kataku. "Hana, ni hadiah untuk kau. Aku kena balik sekarang. Famili aku dah tunggu tu. Kami akan bertolak malam ni."

Aku hanya mengangguk. Aku memegang erat tangan Siti. Kami berpelukan sebelum Siti bangun dan keluar dari rumah bilikku. Aku hanya memandang Siti yang mulai hilang di balik pintu.

Shah

Majlis pertunangan aku dan Suhana berjalan dengan lancarnya. Aku turut hadir ke majlis tersebut selepas dipaksa oleh ibu. Kami berdua kelihatan sepadan dengan berbaju kuning lembut. Suhana tidak henti-henti tersenyum. Aku pula hanya memaksa diri berada di situ. Mahu saja aku meluru keluar dari situ. Tapi ditahan saja perasaanku ini. Akhirnya majlis itu selesai juga. Aku terus beredar selepas bersalaman dengan keluarga Suhana dan tetamu yang hadir.

Sebaik sampai di bilik, aku mula mengemas pakaian. Apartment yang dibeliku dulu telah siap diubahsuai. Perabot juga telah siap disusun mengikut citarasaku. Rumah impianku bina untuk hidup bahagia bersama Siti kini bakal menjadi penjara bersama Suhana. 

Bungkusan di atas katil dicapai olehku. Dari siapa agaknya?! Siapa yang meletakkannya di situ?! Aku membuka balutan bungkusan itu dengan cermat. Terdapat sweater berwarna biru gelap dan sekeping surat. Surat itu aku buka dan serta-merta jantungku berdegup kencang. Dari Siti. Sweater di tangan kiriku, aku peluk erat dan cium bertalu-talu.

[Abang, tentu sekarang abang dah menjadi tunangan Hana. Bagai pinang dibelah dua. Siti akan sentiasa doakan kebahagiaan abang dan Hana. Betul kata Hana, abang tentu sekali mencintainya. Kalau tidak, masakan abang memilihnya menjadi suri dalam hidup abang. Siti yang bertepuk sebelah tangan selama ini. Siti sedar sekarang. Pinta Siti agar kita dapat terus bersahabat.]

Tidak, Siti. Hati ini milik Siti. Usia perkenalan kita yang singkat ini amat bermakna buat abang. Biarlah dikatakan gila, abang akan tetap merindui dan menyayangi Siti. Kalau ada jodoh, kita akan akan berjumpa jua suatu hari nanti. Surat dari Siti aku masukkan kembali ke dalam sampul dan aku simpan ke dalam beg pakaian. Aku kembali memeluk erat sweater biru gelap itu. Itulah satu-satunya tanda kasih Siti buatku.

Lepas baca kembali cerita ni, rasa lucu yang amat sangat. Nak teruskan 'upload' pun terasa malu. Beza sungguh pemikiran seorang remaja berusia 17 tahun dan seorang dewasa berusia 32 tahun.

Walau bagaimanapun, kalau anda suka cerita ni, jangan lupa untuk 'vote' dan 'comment'. Terima kasih.

[Tentang Cinta #1] Kau, Aku & DiaWhere stories live. Discover now