-12-

1K 31 0
                                    

Siti

"Hai Adam. Dah lama tunggu?" tegurku.

"Hampir sejam juga. Tapi bukan salah Siti, saya yang terawal," jawab Adam.

"Kenapa nak jumpa saya ni?" tanyaku lagi.

"Ni ha, nak bagi piala untuk program sampingan sempena program kolej kita. Pengetua kolej kita dah setuju nak buat open day selama tiga hari. Teater tu pula akan dipentaskan pada malam terakhir sempena malam penutup. Piala-piala ni untuk pertandingan karaoke pada malam kedua tu," jawab Adam.

Aku angguk tanda faham. Aku ambil beg kertas berisi piala-piala itu dari tangan Adam. Jariku bergesel dengan jari Adam. Statik! Itu yang aku rasakan ketika kulit jari kami bersentuhan. Kupu-kupu yang mendiami perutku mula berterbangan riang. Kali terakhir ia berterbangan ialah saat perkenalanku dengan Shah. Tekakku terasa kering. Aku cepat-cepat menarik beg itu rapat ke dadaku.

"Dah breakfast?" tanya Adam.

Aku renung wajah Adam. Dia lebih tinggi dariku, dengan dadanya yang bidang dan sasa di sebalik t-shirt yang dipakainya, kelihatan merah padam menahan malu. Dia merenung apa saja di sekeliling kami tapi tidak wajahku. Aku cuba menahan ketawa yang hampir lepas dari mulutku.

"Dah. Breakfast biskut dan air milo saja. Itu pun Arms yang sediakan. Saya sibuk perbetulkan agenda pada malam teater tu. Awak pula dah breakfast ke?" tanyaku.

"Dah. Di Kolej Sukan. Itu pun sementara tunggu Si Rozi bawa turun piala-piala ni. Bagi tau Arms, saya ambil subjek Bahasa Jepun sebagai subjek elektif. Saya dah check, kuliah kami sama. Esok suruh dia tunggu di bus stop. Kuliah tu mula pukul 8 pagi, jadi tak nak terlewat di hari pertama. Siti ambil apa untuk elektif?" tanya Adam.

"Bahasa Mandarin. Saya dah belajar Bahasa Jepun," jawabku.

"Kalau macam tu, bolehlah jadi tutor saya," pinta Adam.

"Boleh. Adam pula boleh ajar saya Mandarin. Saya tau Adam fasih berbahasa Mandarin dan Kantonis," balasku.

"Boleh. Tak ada masalah. Untuk Siti... Er, saya ada latihan bola sepak petang ni. Nak ikut?" pelawa Adam.

"Maaf, saya terpaksa tolak jemputan tu sebab nak prepare untuk meeting kita malam ni," jawabku.

Adam kelihatan sedikit kecewa dengan jawapanku. Kupu-kupu dalam perutku makin galak berterbangan. Jantungku berdegup kencang. Aku peluk erat beg kertas berisi piala-piala. Walaupun piala-piala itu menusuk tajam ke dadaku tapi aku rela. Adam melurutkan jarinya ke rambutnya berulang kali.

"Okaylah, saya nak balik dulu. Nak saya hantarkan ke?" tanya Adam.

"Eh, tak payah susah-susah. Bilik saya dekat situ je. Okay, bye," jawabku.

Adam bergerak meninggalkanku. Tapi aku masih terpaku melihat kelibatnya yang makin hampir ke keretanya.

"Adam," panggilku.

Adam menoleh. Keningnya terangkat sedikit. Kedua-dua tanganya dimasukkan ke dalam poket seluarnya.

"Malam ni, sebelum mesyuarat, sudi tak awak makan malam dengan saya?" tanyaku perlahan.

Aku tak pasti pertanyaanku jelas atau tidak. Tetapi reaksi wajah Adam menjawab persoalanku. Adam mengangguk berulang kali sambil berundur ke belakang. Senyuman terukir di wajahnya. Dia hampir terjatuh tetapi cepat-cepat berpaut ke keretanya.

"Ya, saya sudi. Seribu kali sudi," jawabnya.

Senyuman di wajahku makin lebar. Aku mengelengkan kepala melihat gelagat Adam. Adam masuk ke keretanya dan melambaikan tanggannya ke arahku sehinggalah dia hilang di sebalik bangunan kolej kediaman. Aku bergerak meninggalkan perhentian bas. Dalam perjalanan, telefon bimbitku berbunyi. Aku mengeluh melihat nombot yang tertera di skrin.

[Tentang Cinta #1] Kau, Aku & DiaWhere stories live. Discover now