Shah
Aku menarik nafas panjang. Apa yang telah aku lakukan? Aku hampir-hampir memalukan gadis itu. Aku sepatutnya sedar yang ini bukan London tetapi Malaysia yang penuh dengan adat ketimuran. Aku terduduk di sofa panjang di ruang tamu yang luas itu. Seumur hidup tidak pernah aku berkelakuan sebegitu. Aku merenung siling sambil meluahkan keluhan. Tiba-tiba aku teringatkan kejadian 15 tahun lalu.. Ketika itu usiaku 13 tahun. Masih segar di ingatanku kejadian yang tidak diduga itu.
Seperti biasa aku akan pergi memancing di tasik. Masa itu aku dan keluargaku masih tinggal di kawasan ini. Tetapi hari itu aku tidak bernasib baik kerana ada sekumpulan kanak-kanak sedang mandi di situ. Dari tebing aku dapat melihat dengan jelas budak perempuan itu yang sedang berenang dengan gembiranya. Aku turut tersenyum memerhatikan keletah budak itu. Alangkah bagus kalau usianya bukan dalam lingkungan tujuh tahun. Ah, budak itu masih mentah untuk dijadikan kawan. Aku berniat untuk beredar apabila aku terasa seperti sesuatu sedang berlaku di tengah tasik itu. Sepantas kilat aku menoleh dan aku dapat melihat budak itu sedang melambai-lambaikan tangannya ke atas. Kenapa? Apa yang telah terjadi?
Serta-merta aku sedar apa yang telah berlaku. Budak itu sedang kelemasan dan tiada sesiapa yang memberikan perhatian kepadanya. Tanpa berfikir panjang, aku terus terjun ke dalam tasik dan menarik budak itu ke tebing. Ramai kawan-kawannya yang telah sedar apa yang berlaku turut naik ke tebing. Mereka mula membantu dengan menghulurkan tuala dan pakaian budak itu kepadaku. Selepas mengering dan memakaikan pakaiannya, aku mengendong budak itu.
Langkahku diikuti rapat oleh kawan-kawannya. Tapi ke mana harus aku hantarkan dia?! Bukannya aku tahu di mana dia tinggal. Seorang budak lelaki menarik bajuku secara tiba-tiba lalu menunjukkan sebuah rumah. Tanpa banyak bicara, aku meletakkan budak perempuan itu di hadapan pagar rumahnya. Sebaik melihat kelibat seorang wanita muncul dari pintu, aku menepuk lembut kepala budak perempuan itu lalu beredar pergi.
Aku mengeluh lagi. Kenapa perkara itu muncul pada saat ini?! Argh... alangkah bagusnya kalau aku dapat mengundur masa ke belakang supaya apa yang terjadi antara aku dan Suhana tadi dapat dihalang. Aku menggaru-garu kepalaku yang tidak gatal. Aku kemudiannya bangun untuk menunaikan solat Asar' Selepas solat, aku duduk berteleku di atas sejadah, mengalunkan ayat-ayat suci dari kitab suci Al-Quran. Aku berasa tenang sekali sehinggakan tidak sedar berapa lama aku duduk di situ. Tapi, yang aku tahu hari telah gelap.
Pagi itu memberikan kesegaran menandakan hari baru telah bermula. Aku terjaga diiringi azan Subuh. Selepas menunaikan solat Subuh, aku terus bersiap-siap untuk ke pejabat. Perutku berbunyi untuk mengingatkanku yang aku belum makan sejak malam tadi. Aku malas untuk ke rumah sebelah. Tak apalah, biar aku alas perut dengan biskut saja. Sampai di pejabat nanti, aku boleh bersarapan di restoran. Aku sendiri tak pasti kenapa abang dan kakak iparku beria-ia mahu aku ke rumah sebelah untuk sarapan, makan tengahari dan makan malam. Aku bukannya lagi kanak-kanak yang perlukan jagaan.
"Assalamualaikum."
"Wa'alaikumsalam," jawabku.
Aku bergerak ke pintu. Tapi, langkahku terhenti di antara ruang tamu dan dapur selepas melihat orang yang berdiri di depan pintu itu. Aku sendiri tak pasti sama ada untuk membuka pintu atau tidak.
"Eh, awak ni kenapa?! Saya datang ni nak hantarkan sarapan awak saja, bukannya nak merompak ke apa ke," katanya.
"Ah, ya...ya saya datang," balasku sambil membuka pintu lalu mencapai bekas yang dihulurkan oleh Suhana.
"Saya minta maaf..."
"Awak dah minta maaf semalam dan saya dah maafkan. Sekarang boleh kita lupakan hal tersebut dan buat seperti tiada apa yang berlaku. Keluarga saya akan sampai hari ni. Saya tak nak mereka tahu," katanya.
"Awak nak ke bandar ke? Boleh saya hantarkan? Saya pun nak ke tempat kerja ni," pelawaku.
Suhana diam. Aku dapat mengagak yang dia sedang mempertimbangkan pelawaanku itu.
"Tak apalah. Saya fikir, lebih baik saya pergi sendiri. Lagi pun, kita tak sehaluan. Awak terpaksa berpusing jauh ke tempat kerja nanti. Saya tak nak menyusahkan awak," balasnya.
Aku menarik nafas panjang lalu menganggukkan kepalaku. Aku tidak mahu memaksa Suhana. Sekurang-kurangnya Suhana masih mahu berbual denganku. Aku memerhatikan Suhana yang mula beredar. Eh, dah lewat. Aku bergegas ke dalam untuk bersarapan dan terus ke tempat kerja.
Saiz 'font' sepertinya dah berubah dari yang kebiasaan. Hmmm...
Terima kasih untuk 'Vote' dan 'Comment'.
YOU ARE READING
[Tentang Cinta #1] Kau, Aku & Dia
RomanceGadis manis itu telah berjaya mencuri hatinya. Jadi, Shah yakin dia tidak bersalah kalau dia mengejar pencuri itu dan menghukumnya. Gadis manis itu perlu dikurung di dalam sangkar cintanya. *Sedang dalam proses penambahbaikan. Oct 07, 2013