-10-

1.1K 32 0
                                    

Siti

"Siti."

Aku menoleh selepas terdengar namaku dipanggil seseorang. Suhana berlari-lari anak ke arahku.

"Hei, kau ke mana? Puas aku cari di bilik kau. Kenapa kau tukar bilik? Tukar kolej lagi. Ada masalah ke di kolej lama?" tanya Suhana laju.

Aku hanya mampu tersenyum. Aku mengeluarkan satu bungkusan dari beg sandangku. "Nah, hadiah untuk kau dari New York. Ada dua. Satu untuk kau dan satu lagi untuk tunang kau. Aku minta maaf tukar kolej tanpa pengetahuan kau. Ini final semester kita. Kita bukan saja sibuk dengan pelajaran tapi juga aktiviti lain. Ala, lagi pun kau dah ada skuter sekarang. Boleh lawat aku selalu. Kan?"

"Ala, kita dah la lain course, lain aktiviti. Sekarang, lain kolej kediaman dan bilik pula. Makin susah la nak jumpa. Siapa lagi nak masakkan mi segera untuk aku? Dan siapa lagi nak kejutkan aku kalau terbabas tidur?" bantah Suhana.

"Sebut bab mi segera, aku tak makan lagi ni. Aku ada induksi dengan junior aku tadi. Sem ni akan dibuat pementasan teater. Tapi aku di belakang tabir saja," kataku cuba mengelak persoalan Suhana.

Aku menarik Suhana ke arah kafe Kolej Kesenian. Ramai pelajar di situ. Pelajar lelakinya hensom-hensom belaka. Pelajar dari Kolej Emas pun ada. Suhana menarik sebuah kerusi lalu duduk. Diperhatikan saja aku yang sedang menegur kawan-kawanku. Aku kemudiannya beredar membeli makanan dan minuman. Beratur bersama pelajar lain yang turut ingin membeli makanan, memberikan aku masa untuk mengelakkan diri dari Suhana. Aku kembali ke meja kami lalu aku hulurkan jus oren kepada Suhana.

"Eh, bila pula kau tukar kepada carrot susu ni? Dulukan kita setia dengan jus oren," kata Suhana.

"Kadang-kadang kita perlukan pembaharuan Hana. Berubah ke arah kebaikkan, apa salahnya?!" balasku.

"Ramai student Kolej Emas kat sini. Buat apa?" tanya Suhana.

"Kolej kami bergabung dengan kolej mereka untuk pementasan ni. Merekakan pasukan beruniform. Kami perlukan mereka untuk menjayakan program ni. Yang tall, dark and handsome tu, Palapes Army. Adam namanya. Dia course Kejuruteraan Perisian. Dia akan mengetuai perbarisan menyambut tetamu kehormat kami. Takkan kau tak kenal dia. Dia pun aktif dalam sukan. Dia kan wakil universiti dan negeri dalam sukan renang dan tenis," terangku.

Suhana mengangguk kepalanya. Diperhatinya Adam lebih teliti. "Dia sebaya kita ke?"

"Ya, tapi dia lahir bulan Januari. Anak kedua dari tiga beradik. Dia ada kakak dan adik lelaki. Kakak dia graduan dari USM. Sekarang jadi doktor. Kalau tak silap, tahun lepas kakak dia kawin, juga dengan doktor. Adik lelaki dia student UPM, course Komunikasi Massa," jawabku.

"Aku tanya umur dia je. Yang kau jawab sekali dengan info tambahan ni, ada apa-apa ke?" gurau Suhana.

"Kalau ada apa-apa pun tak salah. Aku solo dan dia pun solo. Kalau kau tu lain la. Dah jadi hak orang pun," balasku selamba.

Suhana meneguk jus orennya. Aku pula sibuk membetulkan agenda program projek kolejku selepas menolak pinggan nasi gorengku ke tepi. 

"Siti, betul ke kau tak dapat datang hari aku nikah nanti?" tanya Suhana lembut.

Aku tergamam. Aku menutup fail lalu memandang Suhana. "Dua bulan di L.A., aku tahu banyak benda yang telah berlaku yang tak sepatutnya berlaku. Nenek aku juga begitu. Anyway, nenek dah berbaik dengan datuk. Mereka sekarang sedang melancong di Perancis."

"Wah, seronoknya. Aku nak cadangkan pada abang untuk berbulan madu ke sana la," balas Suhana.

Perit hatiku mendengar kata-kata Suhana. Untuk kesekian kalinya aku ingatkan diri yang Shah tidak pernah sukakan aku.

[Tentang Cinta #1] Kau, Aku & DiaWhere stories live. Discover now