-20- Tamat?

1.2K 44 14
                                    

Shah

Budak lelaki yang berlari di sekeliling deretan kerusi hampir terjatuh kalau tak kerana tindakan pantas aku menyambutnya. Aku melihat sekeliling. Mana ibu bapa budak ni? Aku membantunya berdiri dan sebaik dilepaskan, dia berlari lagi. Aku menarik nafas buat kesekian kalinya.

Telefonku berbunyi dan pesanan ringkas dari Kamal, aku buka. Dia mengingatkan aku akan pertemuan kami di restoran berdekatan. Aku melihat waktu yang tertera di skrin telefon. Dah berapa lama aku di sini? Sekali lagi aku melihat sekeliling. Memastikan gadis kesayanganku ada. Dia sedang duduk di satu sudut berbual dengan seorang gadis lain yang aku agak sebaya dengan usianya. Aku tersenyum melihat mereka.

Aku mencapai majalah yang ada di sisiku dan membukanya walaupun aku yakin aku tak akan membaca isi kandungannya. Aku melihat sekali lalu gambar-gambar di dalam majalah itu.

Agak lama juga mataku tertumpu pada satu set barang kemas. Hari ulang tahun kelahiran dia pun dah dekat, tentu dia gembira dengan hadiah ini. Selepas habis majalah itu aku belek, aku ambil pula majalah yang lain.

"Belum lagi?"

Aku menoleh kepada empunya suara yang kini duduk di sebelahku.

"Belum," jawabku.

"Apa yang abang baca tu?" tanya Suhana lagi.

Aku hulurkan majalah di tanganku kepadanya. Suhana mencapai majalah itu dan sepertiku, dia juga hanya memberikan perhatian kepada gambar-gambar menarik di dalam majalah itu.

"Hujung minggu ni mak buat family reunion," kata Suhana tiba-tiba.

Matanya masih terpaku pada majalah itu tapi aku tahu perhatiannya lebih kepadaku.

"Abang tahu," jawabku ringkas.

"Mak kata susah sungguh nak jumpa abang sekarang," katanya.

"Abang sibuk sejak akhir-akhir ni. Itu sebab abang ingat nak ambil cuti panjang dan pergi bercuti selepas semua kerja siap," balasku.

"Alah, cuti Hana tinggal sikit saja lagi. Tahun depan tak boleh ke abang?" pujuknya.

"Abang ingat tahun ni abang nak bercuti seorang. Tahun depan kita boleh plan lagi," jawabku.

Suhana mencebikkan bibirnya. Tapi aku sudah kebal dengan sikap manjanya. Aku pura-pura melihat ke arah poster yang ditampal di dinding. Telefonku berbunyi lagi. Pesanan ringkas dari Kamal aku baca sepintas lalu. Dia tersekat dalam kesesakan jalanraya. Hairan aku dengan peguam seorang ini. Selalu saja lambat. Seolah-olah dah menjadi tradisi baginya. Aku balas mesejnya dengan hanya perkataan 'k'. Sekali lagi aku melihat waktu tapi kali ini di jam dinding. Aku sudah mulai bosan menunggu.

"Abang ke tandas sebentar," kataku.

Aku belok ke kanan dan apalah malangnya nasibku, aku bertembung dengan seseorang. Tanganku cepat-cepat mencapai tangannya supaya tidak jatuh terduduk. Bekas minuman yang dipegangnya bergoncak dan sedikit air terpercik ke arah baju kolar yang aku pakai.

"Maaf, saya tak beri perhatian tadi," kataku.

Aku menundukkan kepala mengibas-ngibas bajuku. Sapu tangan di dalam kocek, aku ambil dan hulurkan ke arah orang yang masih diam membisu itu. Sapu tangan yang aku hulurkan sikit pun tidak diendahkan. Pelik!

Belum sempat aku mengangkat kepala, satu tangan telah melingkar ke tanganku. Aku agak kaget dengan tindakan itu tapi aku biarkan saja. Aku toleh ke arah Suhana dan satu senyuman aku berikan padanya.

"Abang bertembung tadi. Nasib baik tak jatuh tapi baju basah sikit kena air," kataku.

"Maaf."

Suara itu membuatkan aku terpaku. Jantungku berdegup kencang. Hampir terkehel kepalaku melihat ke atas. Sudah berapa lama aku tak melihat wajah itu? Kata-kata berbisa yang aku hamburkan kepadanya kali terakhir kami berbual, berputar-putar di kotak ingatanku.

[Tentang Cinta #1] Kau, Aku & DiaWhere stories live. Discover now