Shah
Aku memandang ke arah skrin komputer. Dari tadi aku masih belum memulakan satu pekerjaan pun. Fikiranku melayang kepada peristiwa pagi tadi. Aku sendiri tidak sedar dengan apa yang telah berlaku. Bagai mimpi rasanya. Melihat gadis impianku berdiri di hadapanku.
Sebenarnya sejak aku mencapai usia remaja lagi, bayangan gadis itu sentiasa muncul dalam mimpiku. Walaupun wajahnya jelas di dalam mimpi, tetapi aku sering lupa apabila terjaga. Dari susuk tubuh dan ciri gadis di dalam mimpiku itu, saling tak tumpah seperti Siti.
"Bos! Bos!"
"Ah, ya. Maria, apa hal ?" tanyaku terperanjat dengan kehadiran Setiausahaku.
"Bos ni. Dari tadi mengelamun. Kenapa? Bos tak makan tengahari ke hari ni?" tanya Maria.
"Tak. Saya tak lapar. Ada apa hal?" tanyaku lagi.
"Encik Mansor telefon tadi. Dia akan sampai ke sini petang nanti. Dia pesan supaya bos pergi menjemputnya," jawab Maria.
Aku mengangguk. Aku memandang ke arah Maria. "Maria."
"Ya, ada apa-apa lagi bos?" tanya Maria.
"Kamu baru berkahwinkan?" dugaku.
"Ya, baru enam bulan. Kenapa bos?" tanya Maria.
"Tak. Cuma saya nak tahu, apa yang membuatkan kamu memilih suami kamu?" tanyaku.
Maria tersenyum. "Bos sudah jatuh hati dengan seseorang ye?" duga Maria.
Aku terdiam. Selepas seketika aku menganggukkan kepalaku. "Kamu tahu Maria, saya tak pernah rasa... Ah, lupakan sajalah Maria. Kalau tak ada apa-apa lagi, kamu boleh keluar."
Maria mengangguk lalu meletakkan sepinggan sandwich dan sebotol air mineral. Wajahnya penuh dengan tanda tanya. Aku mengangkat tangan tanda terima kasih. Ah, Maria sentiasa mengambil berat tentang pemakananku sejak akhir-akhir ini.
Aku mengeluh untuk kesekian kalinya. Aku makin keliru dengan semua yang berlaku sejak perkenalanku dengan Suhana. Kenapa budak yang pernah aku selamatkan muncul dalam fikiranku?! Aku tidak kenal budak itu. Aku telah menjalankan tanggungjawabku dengan menyelamatkannya.
Aku tidak boleh terus memikirkan kejadian itu. Perkara yang dah lepas tu, biarkan berlalu sahaja. Bayangan wajah Siti membuatkan aku tersenyum manakala bayangan wajah Suhana membuatkan aku keliru. Aku mencubit pipiku. Tumpukan perhatian kepada Siti Aishah wahai Ahmad Shah Rizal. Aku tersenyum. Berbunga riang hatiku memikirkan si cantik manis itu. Aku sudah gila bayang.
Suhana
"Hana, janganlah laju sangat. Kaki aku sakit ni," rayu Siti.
Aku yang masih membara dengan kemarahan tidak mempedulikan rayuannya. Aku terus berjalan meninggalkan Siti jauh di belakang. Aku benci dengan keadaan ini. Aku benci dengan apa yang aku lakukan pada Siti sekarang. Tapi, hatiku memberontak supaya berada jauh dari Siti. Aku takut kalau-kalau sesuatu yang buruk berlaku. Buatnya aku tertampar pipi Siti, tak ke naya. Mahunya mak dan ayah memarahiku. Eee... tak sanggup aku berhadapan dengan situasi itu. Aku memang tak sampai hati memperlakukan Siti sebegitu. Tapi, mendengar suara Siti saja sudah membuatkan aku rasa marah dan meluat.
"Kau marahkan aku ke?" duga Siti.
Langkahku terhenti. Aku menoleh ke arah Siti. Siti sedang memandangku dengan pandangan yang sayu. Tersiat hatiku melihat wajah sedih Siti. Aku merenung wajah sahabat karibku itu.
Siti tinggal dengan neneknya, Datin Normah. Itu adalah perjanjian yang dibuat oleh mama dan papanya dengan Datin Normah. Mama dan papanya boleh berhijrah ke luar negara asalkan anak dalam kandungan mamanya pada masa itu diserahkan kepada Datin Normah. Selepas mendapat empat anak lelaki, mama dan papanya yang mempercayai jangkaan doktor bahawa bayi dalam kandungan itu juga adalah lelaki, terus bersetuju dengan syarat tersebut.
YOU ARE READING
[Tentang Cinta #1] Kau, Aku & Dia
RomansaGadis manis itu telah berjaya mencuri hatinya. Jadi, Shah yakin dia tidak bersalah kalau dia mengejar pencuri itu dan menghukumnya. Gadis manis itu perlu dikurung di dalam sangkar cintanya. *Sedang dalam proses penambahbaikan. Oct 07, 2013