Shah
"Abang, Hana dah jumpa Siti. Lain dia sekarang. Lebih yakin pada diri sendiri bila bercakap. Dulu pemalu sikit. Susah nak bergaul dengan student lelaki. Sekarang, bukan setakat nama, umur dan background pun dia tahu. Lebih-lebih lagi budak nama Adam tu," kata Suhana.
"Hana dah jumpa Adam tu? Macam mana orangnya?" tanyaku.
"Tengok dari jauh saja petang tadi. Hensem dan bergaya tapi kulit gelap sikit dari abang. Tak kisah la sebab dia aktif bersukan. Hana tanya sikit saja tentang dia tapi Siti siap cerita tentang famili dia la kakak dia la adik dia la. Bila tanya minat ke tak? Dia kata dia solo, Adam pun solo, jadi apa salahnya," jawab Suhana.
Aku menggenggam erat telefon bimbitku. Badanku disandarkan di hujung katil. "Bila teater tu nak diadakan?" tanyaku lagi.
"Teater? Eh, macam mana abang tau tentang teater tu? Hana pun baru tahu petang tadi," kata Suhana terkejut.
"Abang tau dari kawan abang. Dia pensyarah di situ," jawabku.
"Ye ke?! Kenalkanlah kami nanti. Boleh juga minta tunjuk ajar. Teater tu dipentaskan pertengahan semester ni kalau tak silap Hana," jawab Suhana.
"Hana, dah lewat ni. Thanks sebab SMS nombor Siti pada abang petang tadi. Hana tidur terus okay. Kata nak jumpa lecturer esok," kataku.
"Okaylah, selamat malam."
"Selamat malam."
Aku berkira-kira untuk mendail nombor Siti sekali lagi. Tapi niat itu aku batalkan kerana aku tak mahu Siti menjadi kurang selesa dengan sikapku. Aku juga sebolehnya tak nak melukakan hati Suhana dalam proses mengenal hatiku sendiri. Aku cuma mahukan kepastian sama ada kasihku terhadap Siti benar atau sekadar terpikat kepada luarannya saja. Cinta pandang pertama ni bukan boleh percaya sangat. Entahkan betul entahkan tidak. Aku tak nak yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.
Suhana
"Kak, bangunlah. Kata nak jumpa lecturer pagi ni."
Suhana berpusing ke kiri dan ke kanan. Ditepisnya tangan yang sedang menggoyang-goyangkan pinggangnya. Matanya dibuka sedikit untuk membiasakan kepada cahaya pagi.
"Dah pukul berapa?" tanyaku.
"Dah 8.00 pagi pun. Kata nak jumpa Prof. Zainal pukul 9.00 pagi ni. Saya nak keluar ni. Kang kalau akak tidur balik, siapa nak kejutkan?!"
"Kau nak pergi mana pagi-pagi ni?" tanyaku lagi.
"Saya nak ke University Mall saja. Ada benda nak beli. Kawan saya yang ada Kancil tu pun nak pegi jadi tumpang dia saja."
"Er, Wati, thanks sebab kejutkan," ucapku.
"Benda kecik je kak," balas Wati.
Aku mendengar pintu bilik ditutup. Cepat-cepat aku bangun lalu mencapai tuala di birai katil. Tapi niatku untuk ke bilik mandi terbatal apabila terlihat kelibat Adam di parking kenderaan bertentang dengan tingkap bilikku. Seorang pelajar perempuan bertudung menuju ke arah Adam lalu menghulurkan sebuah fail dan beg kertas berisi beraneka jenis piala. Mereka berbual sebentar sebelum perempuan itu bergerak menuju ke arah kafe manakala Adam menuju ke arah BMW berwarna silver. Wah, pakai BMW . Loaded juga mamat ni. Dah la hensem, kaya pula tu. E...bertuah sungguh siapa jadi makwe dia.
Selepas BMW itu hilang dari pandanganku, aku terkocoh-kocoh bergerak ke bilik mandi. Selesai mandi aku keluarkan t-shirt pemberian Shah lalu ditayangkan ke tubuhku di hadapan cermin. Sesuai sangat t-shirt kuning terang ni untuk aku. Tak nampak gemuk sangat. Barulah hyper pakai warna macam ni. Bijak juga cik abang aku ni.
Selepas berpuas hati dengan penampilanku, aku bergegas ke skuter. Beg sandangku aku perbetulkan agar tak mengganggu konsentrasi. Prof. Zainal tentu dah sampai di Kolej Emas. Sewaktu melintas di hadapan bus stop Kolej Kesenian, aku nampak sekali lagi BMW tadi diletakkan di situ. Apa pula si Adam ni buat kat sini?! Parking je la kat kolej kau. Bukan jauh pun. Sekangkang bapa gajah je. Aku memberhentikan skuterku di tempat meletak kenderaan yang paling hampir dengan kafe Kolej Emas. Prof. Zainal dah pun menunggu bersama seorang lagi pensyarah yang aku tak berapa kenal.
"Hai Prof., maaf lambat," kataku.
"Tak pe. Kami pun baru sampai. So, apa yang kamu nak bincangkan sampai tak boleh tunggu kuliah esok ni?" tanya Prof. Zainal.
"Tentang subjek Makro Lanjutan yang saya ambil sem lepas. Kenapa Prof. bagi saya D+? Saya yakin saya dah buat yang terbaik untuk subjek tu" kataku.
"Sepatutnya kamu gagal subjek tu. Tapi saya kesiankan kamu sebab kamu dah final year," terang Prof. Zainal.
Aku terdiam. Aku tahu semester lepas aku lebih banyak bersukan dari belajar. Hampir setiap hari aku ditegur oleh Siti tapi ibarat mencurah air ke daun keladi. Sukan Pra-Olimpik yang diadakan empat tahun sekali tu amat bermakna buatku. Selepas ni aku perlu tunggu empat tahun lagi dan masa tu aku dah 26 tahun. Dah kahwin dan beranak-pinak pun. Takkan nak bersukan lagi?! Nampak gayanya tak dapatlah aku mengekalkan rekod cemerlangku selama ini.
"Saya tahu saya salah Prof. Saya terlalu ikut perasaan. Masa tu yang saya nampak hanya Pra-Olimpik. Saya janji sem ni saya akan tinggalkan sukan-sukan tu. Kalau nak aktif pun setakat wakil kolej saja. Makro Lanjutan tu, saya akan repeat balik. Itu pun kalau Prof. sudi ambil saya lagi sem ni," kataku.
Prof. Zainal tersenyum. Kepalanya hanya dianggukkan. Aku mengangkat kedua-dua belah tangan tanda gembira. Aku minta diri untuk pulang. Prof. Zainal juga adalah antara pensyarah yang suka bagi pop kuiz pada hari pertama kuliah. Baik aku bersiap sedia.
Dalam aku bersiap untuk meluncur pergi dengan skuter aku, dari jauh aku ternampak Siti. Niat asalku untuk memanggil Siti terpadam selepas melihat Siti menuju ke arah bus stop. Ke arah BMW silver. Aku senyum nakal. Oh, ada mee sebalik udang. Eh, silap! Ada udang sebalik mee goreng rupanya. Patutlah tau sangat asal usul keturunan Si Adam tu. Aku mengambil keputusan untuk menuju ke arah University Mall yang terletak di arah bertentangan dengan bus stop. Tak nak la kacau daun orang dating. Karang dia termalu pula. Hehe...
YOU ARE READING
[Tentang Cinta #1] Kau, Aku & Dia
RomanceGadis manis itu telah berjaya mencuri hatinya. Jadi, Shah yakin dia tidak bersalah kalau dia mengejar pencuri itu dan menghukumnya. Gadis manis itu perlu dikurung di dalam sangkar cintanya. *Sedang dalam proses penambahbaikan. Oct 07, 2013