Siti
"Hello."
"Hello Siti," kata Shah.
Aku cepat-cepat melihat kembali ke skrin telefonku. Aku terlalu leka dengan persiapan untuk mesyuarat malam ini sehinggakan aku tidak memberi perhatian siapa yang menelefonku.
"Abang, kenapa? Tadikan baru saja abang telefon" tanyaku.
"Abang dalam perjalanan ke sana. Abang tetap nak juga jumpa Siti. Sekejap saja," jawab Shah.
"Tapi..."
"Sekejap saja," ulang Shah.
Aku terdiam untuk kesekian kalinya. Nada suara Shah tegas dan yakin. Apa yang ingin disampaikannya kepadaku?! Aku mengerling jam di atas meja. Waktu makan tengahari telah berlalu. Sekarang boleh dikatakan telah masuk waktu untuk minum petang. Kalau Suhana ternampak Shah di sini, tentu timbul masalah. Tapi kalau aku berjumpa Shah di luar dan berita itu sampai ke pengetahuan Suhana, hasilnya tetap sama.
"Siti..." rayu Shah.
"Ehm, baiklah. Jumpa di kafe Kolej Kesenian," kataku.
"Okay, bye."
Aku merenung tajam ke arah telefonku. Jantungku yang berdegup kencang kerana Adam pagi tadi, kini kembali kencang. Tapi perasaan yang timbul ini bukan perasaan gembira. Ia lebih kepada perasaan cemas yang diselangi dengan ketakutan. Tidak, aku sepatutnya yakin dengan diriku. Aku perlu tamatkan apa jua yang bakal ditimbulkan oleh Shah. Kalau dia yakin dengan perasaannya, aku juga yakin dengan perasaanku. Hanya satu sahaja yang boleh menduduki hatinya. Sama ada aku atau Suhana.
Shah
Aku melangkah keluar dari lif ke tempat letak kenderaan aras empat. Beg dan fail aku letakkan di tempat duduk belakang. Aku masuk mengambil tempat lalu menutup pintu kereta. Aku hidupkan enjin kereta. Aku terpaku di situ. Cemas! Itu yang aku rasakan ketika ini. Aku meletakkan dahiku atas stering dan cuba meredakan perasaanku. Kejadian kejar-mengejar antaraku dan keluargaku hampir saja membuatkan aku ketawa. Tetapi pertemuan yang bakal terjadi antara aku dan Siti menambahkan lagi rasa cemas itu.
Dua bulan. Aku rasa dua bulan telah berlalu. Kali terakhir aku bertemu Siti, dia meninggalkanku dengan tangisan di wajahnya. Siapa nama perempuan yang memburukkan Siti di hadapanku waktu itu? Hamimah?! Hamidah?! Latifah?! Ah, aku sendiri pun sudah tak ingat. Berapa lama tempoh perkenalan antara aku dan Siti?! Seminggu?!
Cinta pandang pertama. Cinta yang selalunya wujud di dalam kisah dongeng. Cinta yang pernah aku tertawakan sebelum ini. Aku bersalah kerana tidak yakin dengan cinta itu. Aku membiarkan saja pertunanganku dengan Suhana berlangsung kerana ragu-ragu dengan cinta itu. Kini, cinta itu sedang mentertawakan aku. 'Sudah terlambat' berlegar-legar dalam fikiranku. Tidak, aku tak lepaskan cinta itu.
Siti
"Kau nak jumpa sapa?" tanya Armiah.
"Kawan," jawabku tenang.
"Bukankah pagi tadi dah jumpa?" tanya Armiah lagi.
"Pagi tadi tu, Adam. Ini kawan lain," jawabku lagi.
Armiah hanya memerhatikan aku menyisir rambutku. Aku hanya mengenakan jeans hitam dan t-shirt lengan panjang biru muda. Selepas berpuas hati dengan penampilanku, aku mencapai dompet dan telefon bimbitku.
"Kenapa kau nak bersiap cantik sangat? Istimewa ke orangnya?" tanya Armiah ketika kakiku melangkah keluar dari pintu bilik.
"Bukan istimewa tapi sahabat baik," jawabku.
YOU ARE READING
[Tentang Cinta #1] Kau, Aku & Dia
RomanceGadis manis itu telah berjaya mencuri hatinya. Jadi, Shah yakin dia tidak bersalah kalau dia mengejar pencuri itu dan menghukumnya. Gadis manis itu perlu dikurung di dalam sangkar cintanya. *Sedang dalam proses penambahbaikan. Oct 07, 2013