♡BAB ENAM♡

49 3 0
                                    

Di kedai kostum HANA ZAHRA bersama-sama Ayana,Shania dan Alice sedang memilih beberapa kostum untuk majlis harijadi anak kakak Hana iaitu Hani.

"Na,pukul bape ke start nanti?Soal Shania menanyakan bila majlis itu berlangsung.

"Pukul 8 malam kot sebab kita-kita je yang datang dan beberapa orang lagi"Jelas Hana sambil mengambil kostum Rilakuma kerana merasa tertarik dengan kostum itu.

"Biar betul kau ambik kostum tu?"Soal Ayana.

"Yaya,aku dah jumpa kostum yang sesuai untuk kau?Ni hah!!"Kata Alice sambil menunjukkan baju hitam seperti pakaian seorang ahli sihir kepada Ayana.

"Oppss,kau tak suka ke?"Alice memalingkan wajahnya ketempat lain setelah melihat wajah garang Ayana itu.

"Aku rasa sesuai dengan baju pari-paru ni lah?"Shania menanyakkan pendapat rakan-rakannya itu.

"Okey,aku ambik baju princess ni lah!"Jelas Alice dengan baju yang hendak dipakainya tetapi masih tidak mahu menatap wajah Ayana yang menakutkan di situ.

"Semua dah pilih kostumkan,Yaya kostum kau mana?Hurmm...kau ambik baju hitam ni je la!!"Hana merampas kostum dari Alice dan bagi kostum itu kepada Ayana.

"Apa ni Hana takkan aku nak pakai baju cam ni mana tema fairytalesnya?"Ayana merungut dengan pakaiannya.

"Sekarang ni kita takde masa keyh?"

"Kita sekarang pergi bayar dan terus gerak pergi beli hadiah!"Jelas Hana

"Kau sure ke Hana yang kau nak pakai kostum Rilakuma tu?Mana tema fairytalesnya!??"Tanya Ayana kerana merasakan baju itu tiada kena mengena dengan tema.

"Ouh,aku punya anak buah suka patung ni"Jelas Hana.

Setibanya di pusat membeli belah Hana Zahra pergi ke kedai mainan.

"Na,aku ada something nak cakap dengan kau.Selagi aku tak cakap dengan kau pasal benda ni selagi tu hidup aku tak tenang"Jelas Ayana

"Pasal apa?"Soal Hana dengan nada yang tenang.

"Sebelum tu aku nak minta maaf.Aku tahu semua pasal Shah!Aku serba salah nak ceritakan kat kau takut kau kecewa nanti."

"Sebenarnya aku dah lama tau sebab aku ada kawan kat Australia yang rapat dengan Shah,yang aku tahu yang Shah akan berkahwin tak lama lagi dan dia dah lama dengan perempuan lain.Shah balik ke Malaysia pun sebab urusan perniagaan dan rancangan melamar.Tu je aku tau sebab tu aku rasa dia abaikan dalam berapa tahun ini.!"Jelas Ayana dengan wajah yang penuh kerisauan.

"Takpe,aku rasa aku nak move on dan fokus kat kerja aku,tetapi kalau aku jumpa dia aku nak tanam dia hidup-hidup!!"Kata Hana dengan wajah yang semangat.

"Eh!tu bukan perempuan takde adab tu ke?Wahh,dia ada bodyguard ni mesti kaya ni!"Tiba-tiba Hana ternampak perempuan yang melanggarnya hari itu.

"Kau tak kenal dia ke?Dia kan memang anak orang kaya.Nama dia Cik Sya...Syakila Amyra.Alah,yang dulu suka pakai cermin mata besar tu chubby sikit tu.Dengar kata dia pindah ke London jugak sebab nak tinggal dengan ayahnya selepas ibubapanya bercerai"Panjang lebar Ayana menjelaskan tentang Syakila Amyra.

"Tu SYAKILA AMYRA!!Kau pasti ke?"Soal Hana seakan tidak percaya.

"Kau pasti dia tu Syakila Amyra yang kita kenal dulu?Mana kau dapat info"Soal Hana lagi.

"Ouh,Siapa lagi kalau bukan adik aku Arfan tu.Semua perempuan yang nampak cantik je dia ambik tahu!?"Jelas Ayana.

"Kau nak dengar gosip tak?Dengar cerita dia nak kahwin tetapi dia masih berhubung dengan ex boyfriend dia dan dengar cerita tunang dia dan ex boyfriend dia tu berkawan dan tunang dia sekarang ni tak tahu yang ex boy dia tu masih cintakan Syakila Amyra."Ayana bergosip sambil buat muka propa.

"Kau ni mana tahu semua tu?Dari Arfan ke?"Soal Hana.

"Ya,lagi satu kalau kau nak tahu Hana ex boy kerja kat tempat kau!Takkan kau tak tahu kot? "

"Dahlah aku pening tahu tak"Fikiran Hana kusut dengan semua masalah dia hadapi dengan permintaan Hafidz Omar lagi.

I'm Pretty UglyWhere stories live. Discover now