Di dalam ruang pejabat HAFIDZ OMAR duduk termenung apa yang patut dilakukan.Tiba dia mengingati kejadian berlaku hari itu dimana dia dan SYAKILA AMYRA bergaduh.
"Awak kenapa nak jumpa saya ni?"Soal Hafidz Omar
"Saya akan berkahwin bulan depan.Jadi jangan ganggu hubungan kami!!"Marah Syakila Amyra
"Bila masa saya menggangu?"Kata Hafidz Omar dengan selamba.
"Kenapa tiba-tiba dia datang ke Malaysia nak jumpa awak?"Soal Syakila dengan nada marah.
"Syakila Amyra,watch you mouth!! jangan tuduh saya macam-macam.Dia jumpa saya sebab dia ada rancang untuk propose awak!Dan dia jumpa saya sebab nak mintak pendapat!!"Jawab Hafidz kerana benggang dituduh sebegitu.
"Apa?"Tanpa menghiraukan perasaan Hafidz dia keluar meninggalkan ruangan itu.
Kemudian Hafidz Omar tersedar daripada lamunan.Dia seperti mendapat idea yang bagus.Dia mesti bertindak malam ini juga dan terus mengambil telefon dan menelefon Tangga Kejayaan?Opps...Si Tangga Kejayaan itu adalah HANA ZAHRA.Nama itu sesuai diberikan kerana Hana seperti tangga untuk dia mendapat kejayaan kerana Hana akan melakukan apa saja.Contoh macam 'usaha tangga kejayaan' ditukar kepada 'Hana tangga kejayaan'.
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
"Na,kepala kau tertinggal!!"Teriak Ayana sambil menunjukkan kostum kepala Rilakuma itu."Alamak,kepala aku!"Jawab Hana dan menuju ke penjuru katilnya untuk mengambil kepala Rilakuma.
"Geng,cepatlah!!aku pergi start enjin dulu ehh"Teriak Shania kepada rakan-rakannya untuk cepat bersiap.
"Jangan lupa buka bonet kereta Yen!!"Arah Hana kepada Shania untuk membuka bonet sebab dia nak letakkan kepalanya.
"Alice!cepatlah!!Marah Ayana kerana Alice berjalan seperti perempuan melayu terakhir.
"Oh tidak!!Kepala aku tak muat dalam bonet lah?"
"Alah,kau bawak je dalam kereta ni pastu pangku kepala kau tu!!"Arah Ayana kepada Hana menyebabkan suasana menjadi kecoh.
"Nak aku buka waze ke?"Tanya Alice kepada Shania sambil menunjukkan telefon bimbitnya.
"Tak payah lah,Hana kan tahu jalan"Jawab Shania.
"Okeyh,jom jalan!!Lets go!"Hana duduk di kerusi bersebelahan dengan tempat pemandu.Dia merasa sempit kerana terpaksa memangku kepala rilakuma itu.
"Guys,aku nak tanya soalan boleh?"Tanya Alice
"Apa lagi ni Alice!!"Teriak mereka serentak.
"Macam mana kereta nak jalan kalau gate tak buka?"Jawab Alice.
"Hahahaha...Yaya kau pergi buka pintu gate tu?" Shania menyuruh Ayana untuk membuka gate.
Setelah tiba di Restoran Island mereka berempat keluar dari kereta dan masuk kedalam restoran itu.
"SELAMAT HARI JADI.YEAH!!"
Lagu selamat hari jadi bergema diruangan restoran itu.
"Nah,ini hadiah dari maksu tau"Hana menghulurkan hadiah yang dibelika petang tadi dan diberikan pada satu-satunya anak buahnya bernama Nurul Tasha.Mereka berdua duduk di kerusi di luar restoran.
"Kenapa maksu pakai baju ni?"Soal si kecil Tasha yang pelik dengan maksunya yang memilih memakai pakaian seperti itu sedangkan kebanyakkan yang hadir memakai baju seperti puteri kecuali Ayana yang memakai baju ahli sihir.
"Maksu pun tak tahu mungkin maksu tak suka jadi puteri kot?Haha..."Jawab Hana dengan selamba.
Ringgggg!!!!
Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi bergegar meja.Lalu Hana mengambil telefonnya dan melihat siapa yang call rupa-rupanya Si Gila Kuasa aka Hafidz Omar kerana Hana merasa CEO itu telah salah guna kuasa terhadap dan dia merasakan dia pekerja yang ditindas.Macam sebelum nama bos lamanya iaitu Encik Samad adalah 'kepala botak tengah' atau 'lautan pasifik tengah'.
"Hello,awak nak apa?"Soal Hana
"Awak datang tempat sekarang saya akan hantar alamatnya kat whatsapp.
Saya nak tunjukkan awak sesuatu yang penting kalau awak taknak datang tak payah datang kerja esok!!Saya bagi awak 10 minit dari sekarang!!!"Arah Hafidz membuatkan Hana benggang.Cepat-cepat Hana Zahra meminta kunci kereta daripada Shania dan kemudian membuka kepala Rilakumnya lalu meletakkan di sebelah tempat duduk pemandu.Terus dia membuka whatsapp dan membuka GPS.Lelaki itu memang tidak guna!!!
Sampai di tempat itu Hana mengapai kepala Rilakuma lalu pergi mendapatkan Hafidz Omar yang sedang menunggu dan tidak jauh dari situ.Hafidz menunggu di sudut pokok-pokok itu.
"Awak nak apa?"Soal Hana dengan nafas tercunggap-cunggap.
"Awak dari mana ni,awak dari buat sarkas ke?"Hafidz meneka kerana pelik Hana memakai kostum.
"Saya dari party sambut birthday anak buah saya.Awak nak apa sebenarnya?"Jelas Hana tentang situasinya.
"Ouhh.."Hafidz tiba-tiba rasa kesal kerana memanggil Hana dalam keadaan seperti itu.
"Saya nak tunjukkan perempuan yang buat saya merana.Hah!Kat situ yang pakai dress merah tu?"Kata Hafidz yang penuh dengan dendam sambil menunjukkan perempuan yang sedang makan didalam restoran mewah itu.
"Mana?Sekejap itukan Syakila Amyra?"Jelas Hana yang mengecam rupa perempuan itu.
"Awak kenal ke?"Soal Hafidz yang terkejut Hana mengenali Syakila.
"Kenallah dari sekolah rendah kot!!"Jelas Hana yang puas melihat muka lelaki itu seakan tidak percaya.
"Dia makan dengan siapa tu?"Soal Hana kerana tidak nampak rupa lelaki sebab dihalang oleh para pemain viola yang sedang memainkan beberapa buah musik klasik romantik.
"Ouh,itu tunang dia!"
"Si lelaki nak melamar perempuan itu"Jelas Hafidz.
"Tengok lelaki tu melutut.wah!!romantiknya!!" Kata Hana membuatkan Hafidz muak.Walaupun Hana tak nampak rupa lelaki itu tetapi dia cukup merasakan lelaki itu cukup romantik.
YOU ARE READING
I'm Pretty Ugly
RomanceWatak Utama Hana Zahra Setelah cintanya dikhianati,Hana bertubi-tubi menerima nasib yang malang selepas kehadiran seorang yang berdendam dengannya,"aku rasa ini semua karma yang telah aku buat masa lalu" Hafidz Omar "Awak perempuan yang hodoh yang...