"Rasanya mereka nak keluar tu.Hana jom kita sergah diorang!!"Ajak Hafidz setelah melihat pasangan itu hendak keluar.
"Untungnya Syakila dapat lelaki macam tu!"Hana tidak putus puji tahap keromantikan lelaki itu.
"Kau diam boleh tak!Dan ikut je plan aku tadi.Okeyh,macam ni rancangannya kau pura-pura jadi kekasih lelaki tu dan cakap kau dah mengandung anak dia.Faham tak!?"
"Kau gila ke apa?Plan mengandung tu cancel lah.Aku takut tahu tak?Dahlah aku tak kenal lelaki itu!!?"Soal Hana dengan wajah yang kerisauan kerana takut.
"Okey,jom!!"Memang sah Hafidz Omar seorang psiko.
"Aduh!macam mana kalau Syakila cam muka aku malulah aku"Soal hati Hana yang risau.Dan dia mendapat idea lalu memakai kepala Rilakuma yang dibawanya tadi.Cepat-cepat dia memakainya.Tiba-tiba tangannnya ditarik.
"Jom..."Hafidz menarik tangan lalu mereka menuju kearah pasangan yang baru keluar dari restoran itu.
"Korang aku ada something nak tunjukkan kat korang ni,tengok ni.Hana sini!Haha.."Hafidz tanpa salam terus saja menyapa pasangan itu dengan nada yang jahat.
"Eh,asal kau pakai benda ni?"Soal Hafidz kenapa Hana tiba-tiba dia memakai kepala Rilakuma itu dan Hana seperti merosakkan rancanganya.
HANA oleh kerana terasa malu Hana dari tadi menundukkan wajahnya walaupun dia memakai kostum untuk mencover malunya.
"Ouh,kau nak buat suprise untuk kita orang ke?Comellah kau ni!!Anyways thank you,Fidz"
Macam pernah dengar suara itu tapi Hana Zahra tak pasti siapa.Apabila Hana mendongakkan kepala terpampang wajah yang menghilangkan diri dan menghancurkan hatinya.Sakit hatinya makin bertambah apabila mengetahui tunang Syakila Amyra ialah Shah Iskandar.Oh,what's going on now?
Dari tadi Hafidz memberi clue kepada Hana untuk bertindak tetapi Hana berdiri tegak macam patung.Oleh itu,Hafidz terpaksa membatalkan niatnya dan menukar plan baru.
"Ha'ah,ni sebenarnya rancangan aku untuk korang!"
"Hai,Rilakuma kenalkan ini tunang saya"Kata Shah dan menghulurkan tangannya untuk bersalaman.
HANA ZAHRA terus memalingkan tubuhnya lalu berlari dan tidak mengendahkan sapaan itu.
"Korang boleh baliklah.Dia tu kurang sihat sikit?"Jelas Hafidz dan menahan marah terhadap Hana.
Hafidz Omar memecut keretanya kerana hendak mencari Hana Zahra.
"Hishh,manalah perempuan ni?"Soal hati Hafidz.
Hafidz Omar memberhentikan keretanya ditepi bus stop kerana ternampak Hana Zahra tetapi tidak pasti kerana kostum itu takut salah orang.Tetapi seperti terperasaan satu yang pelik.
"Hana,kau menangis ke?Aku minta maaf kalau aku buat silap?"
Lalu Hafidz membuka kepala Rilakuma itu daripada Hana.Dia melihat perempuan itu rupanya sudah berpeluh-peluh dengan kostum dipakainya sejak tadi dan muka sudah kemerahan sebab menangis.
Sebab rasa kasihan terhadap perempuan itu membuatkan perasaan marahnya bertukar kepada rasa ingin tahu."Apa yang terjadi?"
Tetapi Hana Zahra hanya mampu mengelengkan kepala.
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
"Hana,kereta aku mana?"Soal Shania yang mencari keretanya."Hana,kau tak apa-apa ke?"Soal Ayana kerana melihat wajah Hana muram.
"Encik,ni sapa ye?"Soal Alice bertanyakan siapa Hafidz yang menghantar Hana kembali ke restoran.
"Encik ada buat apa-apa ke kat Hana kitorang?"Alice terasa syak wasangka terhadap lelaki itu.
"Eh!saya bos dia"Jelas Hafidz.
Tetapi Hana seperti tidak mengendahkan bicara-bicara orang di sekelilingnya.
"Hah!Encik mana kereta saya?"Hafidz menjadi mangsa pertanyaan pulak.
"Ada dekat restoran tadi kot?"
"Kalau tak ada apa-apa saya nak balik dulu"Kata Hafidz yang ingin cepat pergi dari situ.
"Kau jangan ingat kau terlepas.Aku perhatikan kau,kalau kau tahu kau buat apa kat Hana.Siap kau!!"Kata Ayana seperti mengugut.
"Awak patut balik sekarang"Kata Hana kerana tak ingin memanjangkan cerita dan dia ingin menenangkan fikirannya.
YOU ARE READING
I'm Pretty Ugly
RomanceWatak Utama Hana Zahra Setelah cintanya dikhianati,Hana bertubi-tubi menerima nasib yang malang selepas kehadiran seorang yang berdendam dengannya,"aku rasa ini semua karma yang telah aku buat masa lalu" Hafidz Omar "Awak perempuan yang hodoh yang...