"Nah!"Kata Hana Zahra memberikan beberapa fail kepada seorang sambil matanya meliar mencari Hafidz Omar.
"Hana!!Are you okay?"Soal lelaki itu.
"Nih,bos belum datang ke?"Soal Hana yang tidak mengendahkan pertanyaan lelaki itu.
"Oh,entahlah!"
"Mana dia nih"Bisik hati Hana.
Kemudian Hafidz Omar datang dari belakangnya membuatkan mereka berdua terkejut.
"Hoi!!korang berdua nih takde kerja ke?Bergosip je?"Sapa Hafidz.
Lalu Hafidz Omar melangkahkan kakinya meninggalkan Hana Zahra dan masuk kedalam biliknya.
"Ishh,semalam lain?Hari ini lain ini pulak?"Rungut hati Hana.
Kemudian Hana Zahra menyambung kerjanya sampailah lewat malam.
"Alamak,dah malam!?"Rungut Hana.Setelah itu,Hana cepat-cepat pergi ke skuternya lalu membonceng untuk pulang kerumah.Tetapi ketika dalam perjalanan pulang tiba-tiba hari hujan.Hana mencari tempat berteduh dan di mengambil keputusan untuk berteduh di bus stop.
"Habis basah baju aku!"Rungut Hana.
Hana keseorangan di bus stop membuatkan bulu romanya menegak kerana takut.Bunyi-bunyi seram pun keluar.Tiba-tiba dia terdengar tapak kaki seseorang dan merasakan seseorang itu sedang menuju kearahnya dari belakang lalu orang itu menerkam bahunya dari belakang.
"Arghhh,nah ambik kau!"Hana menjerit dan menumbuk muka orang itu dan membuat orang itu terjatuh dendan gaya terbaring di lantai.
"Hana,apa kau buat ni?Sakit tau tak?"Kata Hafidz yang cuba menahan sakit pipinya.Kuat jugak Hana tumbuk sampai nak terkeluar airmatanya.
"Huh!Eh,Tuan?Alamak macam mana ni?"Terbeliak mata Hana setelah mengetahui orang itu ialah Hafidz Omar.
"Tepi aku nak duduk!"Tutur Hafidz yang menyuruh Hana ketepi sebab dia nak duduk.Hana mengikuti Hafidz untuk duduk.
"Saya tak bersalah!!"Tiba-tiba Hana menjerit mempertahankan diri.
"Kenapa dengan awak nih?"Hafidz pelik dengan kelakuan Hana.Yang membuatnya hampir terkena heart attack.
"Saya....Tuan takkan saman sayakan?"
"Takdelah,nih sikit.Saya dah biasa dengan benda macam nih.Dulu saya pernah kena tembak!"Tipu Hafidz yang mempertahankan maruahnya.
"Wah!hebatlah Tuan"Respon Hana sambil bertepuk tangan.
"Hai!Lurus bendulnya perempuan!"Bisik hati Hafidz.
"Awak buat apa kat sini?"
"Saya tunggu hujan berhenti Tuan!"
"Kalau macam tu saya hantar awak?"Ajak Hafidz.
"Eh!!Tak boleh.Skuter saya minyak masih banyak lagi!"
"Payahlah awak nih!!"Takpelah saya teman awak kat sini!"
"Kenapa pulak?"
"Bahaya waktu macam nih!"
Mereka duduk disitu sehingga hujan berhenti.Kedinginan malam dan ditambah dengan kesejukan hujan membuat mereka berdua terdiam mendengar rintihan hujan.
"Sejuklah.."Tutur Hana kerana rasa sejuk.
"Tuan,nak makan meggi tak kat 7E sana?"Sapa Hana yang mengajak Hafidz untuk makan kerana perutnya tiba-tiba meragam nasib baik dia ternampak kedai 7E yang tidak jauh dari situ.
"Okey,jom!"Kata Hafidz tanda setuju.
Mereka berjalan kaki menuju ke arah kedai disebutkan dengan memayungkan diri daripada terkena hujan.Payung bewarna coklat itu kepunyaan Hafidz.Setibanya di lokasi mereka membeli meggi kegemaran masing-masing.
"Yang mana sedap?Pedas ke?Tak pedas?"Tutur Hafidz yang meminta pendapat Hana sambil membuat muka comel.
"Hurmmm,entahlah suka hati Tuanlah?"
"Awak selalu makan yang mana?"
"Biasanya kalau waktu macam nih.Saya selalu ambik yang pedas"Jawab Hana sambil jari telunjuknya menunjuk kearah meggi berperisa pedas.
Mereka berdua membayar lalu mengisi meggi tersebut dengan air panas yang disediakan di kedai tersebut.
Kemudian mereka duduk diluar 7E untuk menjamah makanan masing-masing.
"Hana,kenapa awak minat sangat nak jadi wartawan?"Soal Hafidz sambil menyuap meggi kedalam mulutnya.
"Hurmm,sebab saya ingatkan wartawan boleh pergi ke luar negara!!"
"Kerja wartawan nih tidak seindah saya bayangkan!!"
"Saya ingat wartawan macam dalam kat kaca tv tu?Arghh....saya silap!!"
"Saya hanya diletakkan kat tempat tu je!Asyik saya di suruhnya mencari cerita?!Saya nak jugak nak buat laporan kat tv!!?"Kata Hana kesal sambil memuncungkan bibirnya.
"Menyesal pula saya tidak dengar cakap auntie saya dulu yang suruh saya jadi doktor dulu macam kakak saya.Kalau tak saya kaya dah!!!Saya boleh lawan perempuan yang tak sedar diri tu"Kata Hana yang makin memuncungkan bibirnya.
"Awak patut bersyukur kalau takde orang yang mencari maklumat macam awak takdelah berita nak disampaikan"Nasihat Hafidz.
"Jadi saya pentinglah!!Haha...."Respon Hana kemudian tertawa.Tak tahu apa yang lawak.
"Kehidupan saya asyik malang je!"
"Mungkin sebab awak tak dengar cakap Auntie awak kot?"
"Ha'ahlah kakak saya pun cakap macam tu!Saya rasa ianya karma kot!!"
"Mana parent awak?Awak asyik sebut kakak,makcik awak je?"Tanya Hafidz.
"Parent?Hurmmm...parent saya dah lama berpisah.Yang saya tahu semasa saya berumur 2 tahun,bapa saya menghilang entah kemana?"
"Dan ibu awak?"
"Ibu saya meninggal kerana kemurungan yang serius!!"Cerita Hana yang mula menitiskan airmata.
"Maaf!"
"Tak apa saya okey!"Jawab Hana lalu mengesat airmatanya.
"Awak tak tanya makcik awak ke?"
"Setiap kali saya tanya Auntie pasal ayah,dia tak suka.Saya banyak kali cari dia?"
Selesai sahaja,mereka pergi pulang ke rumah masing-masing.
YOU ARE READING
I'm Pretty Ugly
RomanceWatak Utama Hana Zahra Setelah cintanya dikhianati,Hana bertubi-tubi menerima nasib yang malang selepas kehadiran seorang yang berdendam dengannya,"aku rasa ini semua karma yang telah aku buat masa lalu" Hafidz Omar "Awak perempuan yang hodoh yang...