♡BAB LAPAN BELAS♡

49 4 0
                                    

"Aku takkan biarkan Hana rampas hak milik aku!!!"

"Kenapa mesti dia!!!Arghhhh!!!!"

Entah beberapa Syakila menjerit dan menghempas barang yang ada dalam keretanya.Nasiblah dia berada di kawasan yang tiada orang.

"Jomlah balik!"ajak Hana.

Ketika mereka ingin pergi kearah kereta tiba-tiba satu kereta meluncur laju kearah mereka.

"Hana ketepi!!"Hafidz menolak tubuh Hana ke bahu jalan dan...

"Panggg!"tubuh Hafidz terpelanting dengan darah keluar daripada kepala.

"Argghhh!!"Hana menjerit dan kereta tadi berhenti.

Situasi tersebut menyebabkan orang  bekerumun dan beberapa sedang sibuk menelefon ambulans.

Sampai sahaja Hafidz dibawa ke ICU.Hana menangis memeluk tubuhnya.

Ibubapa Hafidz sebaik sampai dihospital itu menghampiri Hana.

"Siapa yang langgar Hafidz?"Tanya ibu kepada Hafidz dengan menangis terisak-isak.

Tetapi Hana masih tidak dapat membuka mulutnya disebabkan oleh perasaan terkejutnya.

Tiba-tiba....

"Syakila Amyra,Auntie"Entah dari mana Shah datang mencelah nampaknya dia sudah tahu yang orangnya ialah Syakila.

"Syakila telahpun ditahan dan disoal siasat"Jelas Shah.

"Maaf,siapa keluarga dia?"suara doktor itu membuatkan Hana dan ibubapa serta Shah memaling ke arahnya.Aik bukan ke doktor yang merawat Hana hari itu?

"Macam mana keadaan dia doktor?"Tanya ayah Hafidz.

"Buat masa sekarang dia masih tidak sedarkan diri.Kemungkinan dia koma kerana otak dia mengalami keretakan."

"Apa?"

Semua disitu terkejut...

Sudah 3 bulan berlalu...

Keadaan Hafidz masih lagi sama.Tiap hari Hana akan melawatnya dan berharap dia akan sedar.

Di restoran tepi laut milik makcik Hana.Hana termenung sendirian.Lalu Hana mengambil dan menelefon Hafidz yang masih koma??Dia masih whatsapp dan menelefon Hafidz walaupun dia tahu keadaan Hafidz yang masih belum sedarkan diri.

"Hello!"

"Nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan......tuttt!!"Suara perempuan yang keluar.

Airmata Hana mengalir laju.

"Hana,janganlah macam ni?"Tegur Auntie Suzy dan memeluk anak saudara kesayangnya.

"Hana,Auntie nak beritahu sesuatu...Selama Hana asyik tanya ayah Hana kat manakan?Sebenarnya ayah Hana ada dekat Jepun"Jelas Makcik Suzy.

Keesokannya...

"Hana,betul ke nak berhenti kerja?"Sapa Cik Jun.

"Ya,saya nak berhenti?"Jawab Hana dengan mengukir senyuman terpaksa dan tangannya sibuk mengemas meja dan menungah barangnya ke dalam kotak.

Hana mengambil keputusan untuk berhenti kerana tidak sanggup terbayang kelibat Hafidz yang menyebabkan prestasi kerjanya merosot.

Tiba-tiba telefon Hana Zahra berdering.

"Hello,siapa ni?"Jawab Hana.

"Saya ni Shah.Saya nak jumpa awak boleh?"

"Boleh,kat mana?"

"Kat Cafe!"

"Okey,"perbualan telefon tamat.

Sampai Hana di Cafe itu dengan membawa kotak bersama-samanya.

"Oh,Hana silalah duduk!"

"Awak nak apa?"

"Saya nak bagi awak sesuatu.Ini dia?"Kata Shah sambil kotak kecil seperti kotak cincin.

"Apa awak sedang buat ni!"

"Tolonglah,beri saya peluang kedua!"Rayu Shah.

"Syakila macam mana?"

"Eh!Diakan berada di penjara lagipun saya cintakan awak!"

"Maaf!"Hana bangun dan pergi dari situ.

Kemudian Hana membonceng skuternya untuk pulang.

Di hospital pula...

Tiba-tiba Hafidz mengerakkan jarinya membuatkan ibunya memanggil doktor.

"Doktor!!"Jerit ibu Hafidz.

Doktor bergegas masuk dan memeriksa keadaan Hafidz.

"Encik Hafidz sudah sedar Puan!"

"Yeke?"Puan Maria menghampiri Hafidz.

"Mama!"Itu perkataan yang keluar dari mulut Hafidz.

"Alhamdulilah!"Kata puan Maria.

•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

"Hana,kau betul ke nak cari ayah kau Jepun tu?"Soal Alice.

"Ya,tapi selepas Hafidz sedar"

"Hmmm...aku nak ikut boleh tak?"

"Buat apa?"

"Bolehlah..."

"Ni aku nak tahu mana Ayana?"

"Dia dating!!"

"What?Dengan siapa?"Hana seolah-olah terkejut.

"Tulah kau tak nak ambik tahu pasal kita orang?Kau nak tahu tak dengan siapa?Nama dia Kai kawan Hafidz"Jelas Alice.

"Macam mana?"

"Alah!takkan kau tak ingat kot masa kau lari masa kat restoran dahlah kunci kereta kat kau!!"

FLASHBACK...

"Arghhh!!!"selepas Hafidz melafazkan perasaannya Hana keluar lalu mengapai handbagnya dan belari keluar dari restoran itu oleh kerana malu.Hafidz pun ikut sama mengejarnya.

Ayana dan Alice pun keluar dari restoran itu.

"Hana,kenapa kau seksa kita orang macam ni?"Teriak Ayana kearah Hana yang belari malas Ayana hendak mengejarnya.

"Tu kawan awak ke?"Sapa Kai.

"Sibuk je!!"Jawab Ayana.

"Yana,macam mana nak balik kunci kereta kat dia?Dia ambik bag aku!!"Soal Alice yang kebingungan sebab Hana membawa lari kereta mereka.

"Jomlah,saya hantarkan?"Ajak Kai.

"Ish,tak naklah!"Tolak Ayana.

"Jomlah,Yana kau nak ke balik jalan kaki ke nak budak skema tu hantarkan!"Ugut Alice.

"Ish,jomlah!!"

"Macam tulah ceritanya.Dan kau pergi mana dengan kereta aku tu?"

"Oh,Hmmmm...aku lari dari Hafidz dia kerja aku sampai rumah makcik aku!"

"Waahh!!"

"Kau pulak?"

"Aku yang cantik dari Ayana ni pun dia tak nak pandang tau.Nampaknya aku jugak yang alone forever!!"Jelas Alice.

Tiba-tiba telefon Hana berdering...

"Hello,siapa?"Jawab Hana

"Apa Hafidz dah sedar okey saya datang sekarang!!"Respon Hana dan mematikan panggilan itu.

"Hana,aku ikut.Aku nak tengok doktor!"Kata Alice.

I'm Pretty UglyWhere stories live. Discover now