"Setiap kisah ada permulaan. Sama ada permulaan itu adalah satu kebaikan ataupun tidak, itu terpulang pada seseorang."
Aina melangkah masuk ke dalam dewan kuliah itu. Dia meliarkan pandangannya ke sekeliling mencari rakan-rakannya.
" Aina Natasya!! Sini! Up here," panggil rakannya, Tengku Juliana.
Aina tersenyum apabila nampak kelibat 2 orang rakannya itu. Dia berjalan mendekati mereka berdua.
" Jue, kalau ye pun, tak payah lah nak announce kat semua orang nama aku. Kuat sangat tu," ucap Aina, nada berseloroh.
Tengku Juliana hanya tersengih.
" Yelah, kau mana nak nampak kitorg yang kat atas ni if kitorg tak panggil kau. Kan, Aimi?" ujar Tengku Juliana sambil meminta pendapat Aimi yang duduk di sebelahnya.
Aimi turut menganggukkan kepalanya. " Yes, that's right, my dear friend. Kalau kitorg tak panggil kau, kau mesti terkial-kial kat depan tu, cari kitorg," kata Aimi menyokong kata-kata Tengku Juliana.
Aina hanya tersengih. Dia mengambil tempat di sebelah Aimi.
" Apasal kau lambat eh? Selalunya kau lah orang yang paling awal sampai," soal Tengku Juliana ingin tahu.
" Dr Iskandar nak jumpa aku. Najihah yang bagitau aku. So, aku pergi la jumpa dia," ujar Aina sambil mengeluarkan buku notanya dan juga peralatan menulisnya.
" Kenapa?"
" Well, aku kan top student. So, dia nak bincang la kalau-kalau aku nak jadi assistant dia, jadi tutor, ajar budak-budak first year," beritahu Aina, menjungkitkan bahunya.
Tengku Juliana menampar lembut belakang kepala Aina.
" What the hell?!" marah Aina.
" Serve you right. Tu lah berlagak sangat," ujar Tengku Juliana sambil ketawa. Aimi yang memerhati sahaja turut ketawa melihat telatah rakannya itu.
" Kau jealous kan?" soal Aina sambil tersenyum mengusik rakannya itu.
" Untuk apa aku jealous? Takde maknanya la," ujar Tengku Juliana.
Aina ketawa.
" Yeah, right? Kau kan suka kat Dr Iskandar? Mesti lah kau jealous bila aku pergi jumpa dia. Kan? Kan?" soal Aina.
Merah muka Tengku Juliana apabila diusik oleh Aina itu.
" Aina, lain kali kalau nak jumpa Dr Iskandar, kau bawa sekali kawan kau ni. Dia dah angau ngan lecturer kita tu," kata Aimi, mengusik Tengku Juliana.
" Ok. Ok. Nanti bila aku nak pergi jumpa dia, aku bawa kau, eh, Ju?" usik Aina.
Tengku Juliana merengus. " Tak aci la korang ni. Berpakat nak kenakan aku," ujar Tengku Juliana.
" Well, you know me," ujar Aina dan Aimi serentak sambil ketawa.
Tengku Juliana membuat muka. " Takpe korg. Lepas kelas korang kena dengan aku," ujar Tengku Juliana, tidak mahu membalas usikan mereka apabila nampak kelibat lecturer mereka melangkah masuk ke dewan kuliah itu.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
" Korg nak makan kat mana? Kat tempat biasa ke?" soal Aina.
Kelas mereka baru sahaja habis. Mereka tengah berjalan ke arah kereta Tengku Juliana yang terletak di tempat letak kereta fakulti itu.
Tengku Juliana menggelengkan kepalanya. " Nope. Taknak la. Mesti sekarang tengah ramai orang. Waktu lunch kan," kata Tengku Juliana.
YOU ARE READING
Bahagia Untuk Awak
RomanceBagi Aina Natasya, dia tidak layak untuk bahagia atas sebab-sebab tertentu. "Saya tak layak untuk dapat kebahagiaan." -Aina Natasya Namun, Tengku Hakimi datang untuk merawat hati Aina yang terluka. "Because you like the star to me. Cantik tapi susah...