18. Trauma

6.3K 248 6
                                    


"Trauma is not something that you can just cure it. It takes time and patience."


Tengku Juliana segera menerpa ke arah Aina yang tidak sedarkan diri itu. Aina sudah dibawa ke hospital untuk pemeriksaan. Namun, keadaan Aina masih lagi tidak begitu baik. Aina masih lagi trauma dengan kejadian yang terjadi.

" Saya memberinya ubat penenang. Dia tidak akan sedar buat masa ini. Keadaan dia agak teruk semasa dia dibawa ke hospital. It seems like her trauma come back by this incident. And I don't think that her trauma can be cure," ucap Dr Mashitah.

Tengku Hakimi memandang ke arah Aina yang pucat itu. " What's her trauma, doctor?" soal Tengku Hakimi tanpa memandang ke arah Dr Mashitah.

Dr Mashitah mengeluh. " That, I can't answer, tuanku. Saya rasa trauma dia berpunca daripada peristiwa silamnya," ucap jawab Dr Mashitah.

Tengku Juliana dan Aimi berpandangan. Mereka tahu apa yang sedang terjadi itu. Menurut kata-kata Adam, mereka dapat mengagak apa yang sedang berlaku pada Aina.

" So, will she be okay?" soal Aimi.

Dr Mashitah tersenyum. " Ya, tuanku. Dia akan okay selepas dia berehat beberapa hari. Saya nasihatkan supaya jangan bertanya kepadanya tentang apa yang terjadi pada malam ini kerana saya takut traumanya akan kembali lagi. It'll trigger her memories," ucap Dr Mashitah.

Mereka berempat menganggukkan kepala mereka.

" Kalau takde apa-apa, saya minta diri dahulu," ucap Dr Mashitah meminta diri daripada bilik itu.

" Kanda," panggil Tengku Juliana, perlahan.

" She will be okay, right?" soal Tengku Juliana.

Tengku Hakimi menganggukkan kepalanya. Dia memegang bahu adindanya yang sedang duduk di kerusi menghadap Aina.

" She will, Sara. Aina kan kuat?" ucap Tengku Hakimi, lembut.

" Sara, Aimi korang tak makan lagi kan?" soal Iskandar, tiba-tiba.

Tengku Juliana dan Aimi tidak menjamah apa-apa lagi sejak petang tadi memandang sewaktu majlis tersebut mereka terlalu sibuk melayan tetamu yang hadir.

" Kamu berdua pergi makan dahulu. Biar kami yang jaga Aina. If anything happen, I'll call you," ucap Tengku Hakimi.

" But, kanda..,"

" Sara, dengar kata kami. Kami taknak Sara pun sakit. Perut Sara sensitif. Sara kena makan, isi perut kosong tu," potong Tengku Hakimi. Nada suaranya agak tegas.

Tengku Juliana akur dengan arahan kandanya itu. Dia mengikut langkah Iskandar dan Aimi yang sudah keluar daripada wad vvip itu.

Tengku Hakimi mengambil tempat di sebelah Aina itu. Dia hanya memerhati sahaja wajah pucat Aina.

Dia mengeluh. " What exactly happen to you, princess?" ucap Tengku Hakimi, perlahan. Dia tahu Aina sedang menyorokkan sesuatu daripadanya dan hanya Tengku Juliana dan Aimi sahaja yang tahu perkara itu.

Tengku Hakimi mengeluh. Dia tahu dia tidak patut masuk campur dalam urusan peribadi Aina. Dan dia juga tahu yang bahawa hati Aina sangat sukar untuk dimiliki.

Tengku Hakimi membetulkan selimut yang menutupi badan Aina itu. Dia hanya memerhati sahaja Aina sambil memeluk tubuhnya. Lama dia berkeadaan seperti itu sehingga dia tertidur. Kepalanya terletak di atas katil itu.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tengku Hakimi terjaga apabila bahunya disentuh oleh seseorang. Dia mengangkat kepalanya daripada katil itu. Dia memandang ke arah orang yang menyentuh bahunya.

Bahagia Untuk AwakWhere stories live. Discover now