17. Serangan

5.3K 239 1
                                    


"Bila jadi sesuatu pada kita, kita kena minta pertolongan daripada orang lain. Don't leave it just like that!"


Aina menuruni tangga bas itu dengan berhati-hati. Dia mengucapkan terima kasih kepada driver bas itu lalu mula beredar daripada pondok bas itu.

Aina mengerling ke arah jam tangannya. Jam sudah menunjukkan pukul 10.30 malam. Nampaknya, dia agak lewat pulang ke rumahnya. Dia ada kerja yang perlu diselesaikan di kampus. Lagipun, dia malas bawa balik kerjanya ke rumahnya.

Aina mula rasa tak sedap hati apabila merasai seseorang sedang mengikutnya. Dia memandang sekilas ke arah belakangnya. Dia menarik nafas lega apabila nampak kelibat Adam yang mengekorinya di seberang jalan sana.

Dia berjalan dengan laju kerana dia mahu keluar daripada kawasan yang agak gelap itu. Maklumlah kawasan rumah orang-orang sederhana. Keselamatan agak bahaya sedikit berbanding di kawasan rumah orang-orang kaya.

"Argh," jerit Aina, agak kuat apabila tiba-tiba lengannya ditarik seseorang.

Aina berkalih memandang orang yang menarik tangannya. Dia terkejut apabila melihat lelaki yang sering mengikutnya ke mana-mana sahaja. Lelaki itu menariknya ke lorong kecil bahagian kanan jalan itu.

" What are you doing?" soal Aina sambil menarik lengannya daripada genggaman lelaki itu.

Lelaki itu tersengih. " Nothing. Aku nak main dengan kau. Tak boleh?" soal lelaki yang tidak dikenali itu.

Aina memandang lelaki itu. " Kau ni kenapa? Dah lah aku nak balik. Aku tak minatlah dengan benda-benda macam ni," ucap Aina, melangkah selangkah daripada kawasan itu.

Lelaki itu ketawa. " Kau tak kenal aku ke, Aina Natasya? Aku kan orang kampung kau. Malam tu? Takkan tak ingat," ucap lelaki itu, agak sinis.

Aina kembali memandang ke arah lelaki itu. Dia berpeluk tubuh. " Apa yang kau nak?" soal Aina. Suaranya agak menggeletar.

Lelaki itu mendekati Aina. Dia tersenyum sinis. " Kau boleh berlagak baik depan semua orang kat sini. Sebab? Diorang tak tahu apa yang berlaku kat kampung kan?" ucap lelaki itu.

" Then?" soal Aina.

Lelaki itu ketawa. " Kau ingat aku tak tahu yang kau ni perempuan murahan? Perempuan yang dah kotor dengan..,"

PANG!

" Don't you ever said that I'm dirty. Aku tahu jaga diri aku dan peristiwa kat kampung tu semuanya dusta," ucap Aina, lantang.

Lelaki itu memegang pipinya yang ditampar oleh Aina itu. Dia meludah ke jalan raya.

Lelaki itu memegang bahu Aina lalu menghentak Aina ke dinding bangunan itu. Dia mula mendekatkan mukanya ke arah Aina.

" Kau tak payah tunjuk baik kat sini. Hari ni aku akan kotorkan kau juga, Aina. Kat kampung kau ada abang-abang kau untuk jaga kau. Tapi, kat sini kau ada sape?" soal lelaki itu.

" ADAM!!" jerit Aina, kuat.

Lelaki itu ketawa apabila mendengar panggilan Aina itu. " Kau panggil sape? Takde orang kat sini. Aku boleh buat apa-apa sahaja pada kau, Aina," ucap lelaki itu.

Serentak itu, dia mendekatkan bibirnya dengan bibir Aina. Dia ingin mengucup Aina. Namun, tidak sempat dia menyentuh Aina, lelaki itu ditarik oleh seseorang. Aina terduduk sambil bersandar di dinding itu. Badannya menggeletar ketakutan.

Adam menumbuk lelaki itu. Dia berlawan dengan lelaki itu. Lelaki itu turut melawan Adam. Namun, kekuatannya tidak setanding dengan Adam yang merupakan bodyguard yang terlatih. Adam segera menggari lelaki itu.

Bahagia Untuk AwakWhere stories live. Discover now